Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Julai 03, 2016

Langkah 131 dan 313 untuk jenama Bona Fida

Merujuk pada artikel Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid dalam tempoh kurang 24 jam yang telah dipersembahkan petang ini. Ini kiranya adalah cerita susulan...


Ada pun antara sebab utama saya tidak keluar beriktikaf lama pada bulan Ramadhan kali ini  lalu kembali ke rumah selepas Subuh kurang 24 jam setelah keluar adalah disebabkan tengah hari itu saya harus menemani isteri mengambil 3 buah tanjak yang ditempah untuk  anak-anak lelaki kami. Tanjak-tanjak itu mahu dipakai pada hari raya dan ia dibuat oleh saudara Hamza yang berpengkalan di Teluk Intan, Perak. Sepatutnya dia dah pos tanjak-tanjak ini tetapi disebabkan hal tertentu dia terlewat lalu proses pos tidak dapat dilakukan kerana perkhidmatan ditutup untuk musim hari raya. Kebetulan terdapat beberapa lagi tanjak yang ditempah orang lain di sekitar Lembah Klang turut 'tersangkut' sama. Maka Hamzah membuat keputusan untuk turun sebentar ke Kuala Lumpur bagi menyerahkan tanjak-tanjak kepada para penempah atau pemiliknya.





Kebetulan juga penyerahan tanjak ini berlaku sehari lebih setelah kami suami isteri membuat keputusan untuk menerbitkan satu jenama untuk pakaian dan busana tradisional Melayu juga untuk produk-produk kesihatan dan kecantikan di bawah selenggaraan isteri. Sebetulnya sebelum keluar beriktikaf sehingga ke Tanjung Malim tengah hari Jumaat 26 Disember 2016 saya telah membantu isteri membuat satu blogspot untuk memperkenalkan jenama yang dipanggil Bona Fida berdasarkan nama beliau, Sila klik BONA FIDA untuk ke blogspot. Tentang pemilihan nama telah diterangkan panjang lebar pada artikel Kenapa Bona Fida? yang saya tuliskan untuk isteri sebelum sahur pagi Sabtu tadi.



Pertemuan dengan Hamza diadakan di hadapan stesyen LRT Masjid Jamek. Selepas itu kami mengambil Lebuh Ampang dalam perjalanan untuk keluar daripada Kuala Lumpur. Tengok-tengok ada pula kereta dengan nombor plet BFD 1313 di hadapan. Ah! Ini macam petanda baik bagi usaha kami suami isteri. Ini kerana BFD iaitu seperti singkatan untuk Bona Fida. Nombor 1313 pula adalah 4 nombor terakhir telefon rumah kami. Kami sukakan ia kerana mengandungi nombor 131 juga 313. Ada pun 131 bagi kami melambangkan home sweet home atau rumahku syurgaku, 313 adalah nombor perjuangan untuk memartabatkan Islam.


Seolah-olah juga perbincangan kami bersama Hamza yang lebih dikenali sebagai Seri Maulid di Internet kerana sudah cukup terkenal dengan tanjak-tanjak hasil karangan tangannya mendapat restu. Ada pun beliau sudah bersetuju untuk membekalkan tanjak-tanjak tertentu bagi dipasarkan dan dipromosikan atas nama Bona Fida. Ini dibuat supaya kami boleh melengkapkan koleksi pakaian busana yang mahu ditawarkan kepada umum. Model perniagaan kami adalah menggabungkan pelbagai produk yang dihasilkan kawan-kawan kami, atas nama Bona Fida mengambil kesempatan atas hal kami suami isteri sudah dikenali ramai kerana suka menggayakan busana tradisional Melayu yang diatur malah ada yang dijahit sendiri oleh isteri. 

Hal ini boleh dirujuk melalui artikel-artikel berikut :-







Untuk makluman sejak penghujung 2012 kami sering hadir ke majlis-majlis ilmu, budaya dan persilatan dengan memakai busana tradisional Melayu yang kami padankan sendiri melalui kreativiti isteri. Malah beliau selalu membantu saya menjalankan kerja-kerja NGO berkaitan demi mendaulatkan Melayu dan Islam. Masuk blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) dan lihat...



Harap para pembaca sekalian boleh mendoakan kejayaan usaha terbaru kami ini ya. Bab perniagaan saya serahkan kepada isteri, saya cuma akan membantu sikit-sikit kerana tumpuan saya adalah pada kerja-kerja perjuangan juga penulisan. Tolong masuk, like dan share Face Book page Bona Fida. Tolong sebarkan ia ke merata sejagat raya. Sila klik Bona Fida page untuk masuk ke sana...


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Moga Allah kurniakan rezeki berkat yg melimpah ruah

Radzi Sapiee berkata...

Amin, amin ya Rabbul Alamin...