Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Jun 10, 2015

Jejak Kalimantan Barat - Sejenak di Pontianak kemudian di Mempawah

Pada penghujung artikel Daulah Melayu - Memohon restu Sultan Alauddin di Pagoh ada disebut saya tidak dapat mengikut tim recce "Daulah Melayu" menyambung perjalanan ke utara kerana sudah dijadualkan akan membuat perjalanan lain ke Kalimantan meliputi tapak-tapak kerajaan lama Pontianak, Mempawah dan Sambas dalam masa terdekat. Sukacita dimaklumkan saya kini sedang berehat di Sambas, setelah 2 hari membuat perjalanan yang dimaksudkan. Sejak memulakan perjalanan tengah hari Isnin baru malam ini dapat menggunakan Wi-Fi, di sebuah hotel yang cukup selesa, tidak jauh daripada pusat kerajaan. Jadi sementara ada peluang biar dikongsikan cerita hari pertama perjalanan... 



Pagi Isnin 8 Jun 2015 setelah dua jam menaiki kereta api komuter daripada Rawang ke KL Sentral diikuti bas ke KLIA2 sampailah saya ke lapangan terbang untuk memulakan pengembaraan baru...


Turut bersama adalah Ustaz Hasan Yusof dari Melaka. Beliau pernah bersama saya dan beberapa orang anak muda berjalan-jalan di Aceh awal bulan Februari. Lihat Kompilasi artikel perjalanan ke-7 di Aceh. Kali ini kami mahu melihat tempat-tempat bersejarah di Kalimantan Barat, masuk melalui kota Pontianak menggunakan perkhidmatan Air Asia ke sana yang baru bermula sekitar 2 bulan lalu. Asalnya ada seorang anak muda mahu pergi bersama tapi tak dapat kerana tiba-tiba mendapat tugasan di Eropah.


OK. Biar dimaklumkan saya membuat cerita ini dalam keadaan amat kepenatan setelah 2 hari berterusan asyik berjalan ke sana ke mari sejak sampai ke Kalimantan. Sedangkan perjalanan terbaru ini dibuat setelah 6 hari mengikut tim recce Daulah Melayu pusing Terengganu, Johor dan Pahang, sebelum itu pula 3 hari mengikuti acara di Pasir Salak (rujuk beberapa artikel kebelakangan). Untuk dapat mempersembahkan artikel ini dengan baik saya harus terlebih dahulu menyediakan 4 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH, 5 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Jadi di sini tak perlulah saya bercerita panjang lebar ya. Tentang perjalanan naik kapal terbang lihat apa yang sudah dipersembahkan dalam artikel Flight to Pontianak.


Sampai sahaja ke lapangan terbang Pontianak saya lihat burung enggang menjadi satu macam lambang.


Kami kemudian dibawa pusing kota Pontianak menaiki kereta sewa. Ini ada ditunjukkan dalam artikel On to Pontianak city and across....


Tapi kami tidak lama di kota kerana mahu pergi lebih jauh ke utara. Rancangnya sebelum kembali ke Malaysia petang Jumaat baru kami betul-betul melihat Pontianak. Dalam perjalanan ke utara itu kami harus mengambil satu jalan yang menghala ke barat terlebih dahulu lalu kelihatan pintu gerbang jalan masuk ke kawasan pemakaman Kesultanan Pontianak. Kami pun singgahlah. Baru dapat tahu berdekatan situlah berlaku peristiwa pontianak menyerang Sultan Sharif Abdurrahman al-Qadri lalu baginda membalas dengan tembakan meriam. Hal ini membawa kepada pengasasan kesultanan hampir 250 tahun lalu. Lihat artikel-artikel berikut :-







Oh, Baru teringat. Sebelum ke makam kami singgah dahulu di satu tempat di mana yang dikatakan terletak di atas laluan tepat garisan Khatulistiwa yang membelah bumi kepada 2 bahagian - hemisfera utara dan hemisfera selatan. Lihat Tugu Khatulistiwa (Equator monument). Selepas itu saya dapati kawasan yang dilalui bernama Wajok Hulu diikuti Wajok Hilir. Ini mengingatkan pada kerajaan Bugis Wajo' (disebut Wajok) di Sulawesi Selatan lalu saya cuba mengambil gambar menunjukkan perkataan Wajok itu tanpa menganggu perjalanan kereta. Entah kenapa dapat yang ini paling terang...


Ikut rancangan kami mahu ke Sambas sekitar 6 jam perjalanan lalu bermalam di sana. Sambas pernah memiliki sebuah kesultanan yang diasaskan oleh anak cucu keturunan Sultan Brunei, letak pusatnya kira-kira 2 jam perjalanan daripada sempadan Malaysia iaitu di barat Sarawak...





Perjalanan ini memerlukan kami lalu di kabupaten atau daerah Mempawah, satu lagi wilayah yang pernah memiliki raja-raja sendiri.


Fikir kami selepas menginap satu malam di Sambas baru singgah dan bermalam di Mempawah iaitu dalam perjalanan kembali ke Pontianak.



Tetapi timbul rasa untuk singgah di kawasan istana Mempawah terlebih dahulu lalu apabila melihat ada peluang kami masuk ke istana kemudian ke masjid berdekatan istana. Di istana kami dilayan baik oleh menantu raja terakhir Mempawah lalu ditunjukkan segala macam barangan yang ada di dalam bangunan. Di masjid kami berkenalan dengan ramai anak tempatan selain dapat melihat pemandangan cantik di tepian Sungai Mempawah.

Di sini tak perlulah ditunjukkan gambar-gambar yang memperincikan keadaan mahupun diulas. Cukuplah apa yang sudah dikongsikan melalui artikel-artikel berikut :-



Masjid istana Mempawah (Mosque of the palace of Mempawah)




Disebabkan kami sampai ke masjid pun dah senja, kami menunggu sehingga masuk waktu Maghrib untuk solat berjemaah. Menyedari bahawa banyak lagi tempat boleh dan mahu dikunjungi di Mempawah dan kami tak mahu menunggu beberapa hari lagi baru boleh bertandang, kami membuat keputusan untuk mencari tempat penginapan berdekatan. Lagipun dari Mempawah masih memerlukan hampir 5 jam perjalanan, mungkin lebih untuk sampai ke Sambas. Buat apa bersusah-payah berpenat-lelah meredah kegelapan malam untuk berjalan begitu jauh? Kan rugi tak dapat melihat pemandangan sepanjang jalan? Maka rancangan untuk bermalam pertama di Sambas bertukar jadi bermalam di Mempawah. Keesokan malamnya iaitu malam ini, barulah sampai di Sambas di mana saya sedang menulis ayat ini dalam sebuah hotel selesa yang ada Wi-Fi.

Cukuplah ya. Saya harus berehat kerana perjalanan masih jauh. Ketika ini sudah jam 2,22 waktu Malaysia seperti kelihatan pada laptop saya. Di Kalimantan Barat pula sudah jam 1.22. Tapi sebelum jam 5 sudah masuk waktu Subuh. Selamat malam. :]



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mempawah sama dengan perkataan kelantan mempawah/pawoh.apa maksudnya mempawah kat kabupaten sana?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Radzie... aku Hari (Indonesia) apakah Radzie tahu letak makam Haji Saman bin Pengarah Saad? beliau adalah penasihat dari Sultan Omar Ali Saifuddien II Brunei, Haji Saman juga merupakan keturunan raja-raja Siak yang juga cukup terkenal di Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Salam. Saya selalu ikut blog ni. Kalau tak salah bermula masa srikandi tengah hot dulu. Lama dah rasanya... blog ni sangat santai dan kerap update. Cara penulisan membuatkan seperti saya ikut sekali dlm setiap perjalanan disamping gambar2 sempoi dan sekali-sekala menceritakn kisah hidup peribadi penulis. Teruskan usaha dan semoga mencapai kejayaan...

Tanpa Nama berkata...

Syarif abd rahman hussin alkadri beristeri anak saudara sultan banjar dianugerah pengeran sultan pontianak.syarif omar keturunan jamadil qubra dari kelantan beristeri kerabat kesultanan banjar dianugerah pengeran serta kesultanan berunai.raja sambas sultan adil keturunan kerajaan tua banjar radin tengah beekahwin dgn opu daeng kemasi akhirnya mewaris kesultanan sambas..mempawah daeng kelola terdsmpar dipukul ombak kemempawah membentuk keturunan daeng mempawah berkahwin dgn kerabat puteri2 kesultanan banjar dari susur ini ramai dtg ketanah melayu