Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mac 13, 2015

Perjalanan ke-7 di Aceh - Masjid Oman, Maulud di makam Syiah Kuala dan sapaan puncak Gunung Seulawah

Salam pagi Jumaat13 Mac, Friday the 13th. Sampai sudah masa untuk menutup siri. Masuk kita pada hari ke-7 dan terakhir perjalanan di Aceh 13-19 Februari, perjalanan ke-7 saya ke bumi Serambi Mekah itu. Bersambung daripada Perjalanan ke-7 di Aceh - Bincang Sejarah Adat dan Budaya Aceh-Malaysia.


Awal pagi 19 Februari 2015. Setelah 7 hari berada di Aceh saya tergerak untuk bersolat Subuh di Masjid Baiturrahman.



Sebelum ini bukan tak nak solat Subuh di masjid tapi tak berkesempatan. Paling dekat saya menginap adalah apabila berada di Hotel Medan, 1.3 km jarak berjalan kaki (kenderaan cuma dapat dipakai siang hari).  Dalam tempoh 7 hari 6 malam berada di Aceh kali ini cuma 3 malam saya menginap di hotel, pada masa lain di tempat-tempat yang begitu jauh daripada masjid. Pada 2 malam pertama di Hotel Medan pula iaitu ketika 5 orang lagi daripada Malaysia ada bersama 13-15 Feb, aktiviti harian kami begitu padat. Bila dah kepenatan, cukuplah bersolat Subuh di hotel. Lihat Perjalanan ke-7 di Aceh - Memberi rasa dan cinta kepada penggiat muda dan Perjalanan ke-7 di Aceh - Hol Tuan di Kandang dan Emansipasi Citra Lamuri.


Jam 9 Agam yang turut bermalam di hotel membawa saya keluar menaiki motosikal ke satu tempat. Kalau tak salah ingatan Muammar ikut sama dengan motosikalnya. Kami keluar untuk bertemu sejumlah aktivis budaya dan sejarah Aceh yang lebih tua


Terlihat gambar yang diambil dalam perjalanan baru teringat hari itu 19 Februari adalah sambutan Tahun Baru Cina termasuk di Malaysia. Di Indonesia ia dipanggil Imlek. Di Aceh ada masyarakat Cina tetapi kecil. Namun begitu mereka tetap menyambut perayaan tahun baru secara terbuka namun di kawasan-kawasan tertentu.



Satu lagi gambar menarik perhatian saya adalah iklan Minyak Cap Kapak. Baru teringat. Tadi tu yang nampak papan sepanduk tahun baru Cina itu adalah ketika melalui kawasan bernama Peunayong. Ia terkenal sebagai kawasan pasar yang menjadi penempatan utama kaum Cina di Aceh.


 Aktivis mahu ditemui di perkarangan masjid yang dipanggil Masjid Oman.


Seperti biasa apabila sampai ke masjid terutama yang belum pernah saya singgah (masjid ini selalu saya lihat daripada luar apabila lalu di jalan hadapan tetapi tak pernah masuk) saya pun mengambil peluang untuk melihat ke dalam. Lihat artikel Masjid Oman di Aceh (Oman mosque in Aceh) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.


Hampir jam 11 kami kembali ke hotel lalu check-out. Ustaz Mujib kemudian mengambil dengan kereta untuk ke satu majlis.





Ia adalah Maulidur Rasul di makam Syiah Kuala, ulamak besar bertaraf wali abad ke-17 yang sangat disanjung tinggi masyarakat Aceh.



Kelihatan pada mata kasar majlis dihadiri tidak kurang 10,000 orang. Lihat artikel Maulidur Rasul celebration at tomb of Syiah Kuala di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Nampaknya Maulidur Rasul dihadiri orang daripada seluruh Aceh. Setiap wilayah menghantar wakil dengan masing-masing ada membawa usungan seperti ini. Saya tertarik mengambil gambar kerana ada nombor 131 tertera. Untuk pengetahun nombor ini memiliki makna home sweet home atau rumahku syurgaku buat saya dan isteri...


Beginilah pakaian saya ke majlis.


Bergambar bersama Muammar.


Sebelum meninggalkan majlis kami menziarahi dahulu makam Syiah Kuala.


Makam beliau terletak di dalam kurungan besi, di sisi kanan dan kiri adalah makam murid-murid kanan...


Kami meninggalkan majlis sekitar jam 12.05 kerana saya harus berada di lapangan terbang untuk menaiki pesawat jam 2 lebih kembali ke Malaysia. Daripada sana saya cuba lagi mencuri pandang pemandangan Gunung Seulawah yang biasa tersergam indah begitu gagah. 


Untuk makluman sepanjang perjalanan kali ini di Aceh susah betul hendak kelihatan gunung akibat langit kurang terang. Pada hari ke-5 iaitu ketika keluar jauh daripada Banda Aceh menuju ke selatan baru kelihatan sedikit, itupun separuh. Lihat Perjalanan ke-7 di Aceh - Silaturrahim Daruddunia-Pedir, khususan Teungku Chik di Reubee Daeng Mansur.... Begitu juga keadaannya dari lapangan terbang pada hari terakhir saya di Aceh ini...


Siapa sangka puncak gunung itu akan 'menyapa' saya di atas kapal terbang? Sebetulnya apabila pesawat berlepas saya mula melelapkan mata akibat kepenatan pelbagai aktiviti sepanjang 7 hari susah hendak dibendung lagi. Selepas beberapa lama tiba-tiba terasa hendak melihat ke luar tingkap. Terus nampak puncak gunung yang saya sangat pasti adalah Seulawah. Kelihatan sekali sekelompok awan yang menutup pemandangan daripada arah Banda Aceh.


Setelah satu jam setengah penerbangan kapal terbang pun mendarat di KLIA2. Dengan ini cukuplah cerita. Adapun artikel ini adalah yang ke 1,297 di blogspot ini. Ia mengingatkan bahawa Sultan Malikus Saleh yang mengasaskan kerajaan Samudera dan Pasai telah mangkat pada tahun tersebut mengikut kiraan Masihi. Sekian, wassalam. :]


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Makam syiah kuala?!
Bole x terangkan apa hubungan dengan syiah!?
Sebab bila sebut syiah, ustaz wahabi selalu kehadapan dalam menyebar info..selalunya berbau kebencian (hate speech)..
dan mengelirukan orang awam seperti saya..