Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, September 29, 2014

Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Preview perjalanan tak disangka


Jumaat lalu saya ada membuat artikel bertajuk Hikayat Iskandar Zulkarnain dan panggilan tak disangka ke Borobudur lalu memberitahu akan berlepas ke Jogjakarta di Indonesia petang itu untuk menyahut satu panggilan tak disangka. Panggilan atau lebih tepat, jemputan itu adalah untuk mengikuti satu pakej tour meneliti kesan-kesan di Candi Borobudur yang katanya menyokong dakwaan seorang penulis Indonesia bahawa candi itu adalah peninggalan Nabi Allah Sulaiman AS. Penulis itu adalah KH Fahmi Basya, seorang yang ada kepakaran dalam bidang matematik dan pengajian agama. Dakwaan itu ditulis dalam buku bertajuk "Borobudur & Peninggalan Nabi Sulaiman". 

Kelihatan dalam gambar beliau berdiri di sebelah saya di bawah satu relief atau bentuk arca menunjukkan seorang wanita yang didakwa adalah Ratu Balqis. Buku tersebut sudah saya ulas panjang lebar dalam artikel Tentang dakwaan Borobudur adalah peninggalan Nabi Sulaiman lebih sebulan lalu. Jemputan di mana segala belanja dibiaya orang ini memberikan peluang untuk saya meneliti dengan lebih dekat dakwaan ini agar ulasan susulan nanti lebih adil dan saksama. Sepanjang perjalanan tak disangka yang bermula petang Jumaat itu, tiada seorang yang mengikuti pakej ini tahu saya seorang penulis sehinggalah pagi Ahad - apabila hamba Allah yang menaja perjalanan saya memberitahu seorang ahli wanita dari Indonesia yang ikut bersama.

Setelah kembali ke Malaysia malam semalam baru saya tahu bahawa tengah hari itu Pak Fahmi mendapat tahu saya adalah seorang penulis. Sepanjang tour yang diikuti hampir 20 orang peserta itu berjalan, saya naik satu kereta dengan beliau... ketika keluar sebentar untuk mengambil gambar sebuah tinggalan sejarah yang dikenali sebagai Candi Mendut lalu meninggalkan yang lain dalam kereta, ahli wanita tersebut memberitahu saya seorang penulis. Reaksi Pak Fahmi apabila mendapat tahu : "Ah! Kalau begitu ini saingan saya..." Walaupun ketika itu saya tidak tahu beliau sudah tahu saya dapati sejak itu Pak Fahmi kelihatan seperti lebih berhati-hati berkata-kata.

Bukanlah tujuan saya untuk mencari apa-apa keburukan atau salah silap... saya cuma mahu meneliti dengan lebih dekat segala dakwaan yang dibuat berserta hujah-hujahnya. Nanti akan saya ceritakan dengan teliti apa yang dilihat. Hamba Allah yang menaja perjalanan saya sering mengingkatkan, oleh kerana tulisan saya sering diikuti agak ramai orang, maka menjadi tanggungjawab saya untuk menceritakan hal yang sebenar sekurang-kurangnya dari sudut pandangan saya. Ini adalah kerana kalau yang diceritakan itu betul ia akan menjadi saham pahala buat saya, saham yang boleh jadi multi level atau bertingkat-tingkat apabila apa yang diceritakan itu disampaikan pula pembaca kepada orang lain. Begitu juga, kalau hal itu salah tetapi saya menyembunyikan atau tidak menyatakannya maka saya akan mendapat saham dosa yang bertingkat-tingkat kerana boleh menyebabkan orang ramai menjadi keliru malah sesat.

Buat masa ini cukuplah diberi ringkasan perjalanan - Petang Jumaat sampai ke Jogjakarta lalu bermalam di rumah penginapan berdekatan lapangan di mana Pak Fahmi sempat memberi tausiyah atau syarahan menggunakan slaid kepada peserta yang turut sama menginap. Pagi Sabtu, selepas sampai beberapa orang lagi peserta kami menuju ke sebuah bukit dalam hutan untuk melihat satu formasi batu yang menurut beliau didirikan oleh Raja Iskandar Zulkarnain. Sungguh, ini satu kebetulan yang menarik kerana dalam artikel Hikayat Iskandar Zulkarnain dan panggilan tak disangka ke Borobudur ada disebut saya baru sahaja menghabiskan hikayat tentang watak besar tersebut malam Jumaat. Selepas itu baru kami ke Borobudur lalu Pak Fahmi dan pembantunya menunjukkan satu persatu bahagian-bahagian candi yang katanya menyokong dakwaan ia adalah peninggalan Nabi Sulaiman.

Selepas bermalam di sebuah resort klasik tradisional berdekatan candi kami mendaki sebuah bukit untuk melihat pemandangan Candi Borobudur apabila matahari terbit. Selesai berehat selepas itu kami menuju ke timur Jogja (Borobudur terletak di barat laut kota) di mana terdapat tinggalan bangunan lama yang dikenali sebagai Keraton atau Istana Ratu Boko. Pak Fahmi mendakwa Ratu Boko yang dimaksudkan adalah tidak lain tidak bukan Ratu Balqis yang terkenal dalam cerita Nabi Sulaiman. Katanya dari situlah sebuah bangunan besar, sering disebut orang sebagai singgahsana Ratu Balqis dipindahkan jauh ke tempat lain dalam sekelip mata oleh seorang manusia yang pandai ilmu kitab. Cerita pemindahan itu memang disebut di dalam Al-Quran. Cuma Pak Fahmi mendakwa segalanya berlaku di Pulau Jawa dan bahagian atas Candi Borobudur adalah bangunan yang dipindahkan.

Saya rasa cukuplah preview setakat ini. Saya akan membuat beberapa artikel untuk menghuraikan penelitian, apabila ada kelapangan dan rasa rajin juga ada mood menulis ya. Tunggu... :]



1 comment:

Syafiq Azri said...

Assalamualaikum abg dari Malaysia ye