Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Disember 25, 2014

Membongkar Rahsia Dunia Melayu - Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah



Pada artikel Filem di UKM, gambus di UM dan kamera yang berkabus - Sedikit aktiviti untuk rakan aktivis Aceh yang ditulis 3 hari lalu saya ada menyebut telah menaiki kereta api komuter dari Rawang ke UKM pagi Ahad lalu mengisi masa sejam perjalanan dengan membaca buku. Sebenarnya masa yang diambil lebih menghampiri 90 minit. Buku dibaca adalah yang tertera di atas. Dalam tempoh itu saya sempat meneliti segala yang tertulis pada kulit buku depan dan belakang, daftar isi kandungan, prakata, puisi Melayu oleh Usman Awang, kata penerbit diikuti bab pertama bertajuk "Melayu dan Kelompok besar Austronesia" bab kedua "Sejarah Melayu dalam bukti Prasasti dan Rekod Antarabangsa" sehingga beberapa muka surat awal bab ketiga, "Melayu dan Orang Asli". Diakui begitu banyak maklumat menarik dapat ditelaah dalam tempoh itu tetapi saya harus memaksa diri untuk terus membaca. Mungkin kerana kepenatan sambil mahu menuju ke acara lain, pada peringkat ini saya rasa pembacaan agak membosankan. 

Teringat malam sebelumnya apabila isteri terlihat saya mengambil buku untuk dimasukkan ke dalam beg sandang. Beliau memberitahu seorang sahabat kami yang telah lebih awal membacanya mengatakan tidak ada apa yang perlu diperbesarkan tentang buku ini. Ini kerana sahabat tersebut sudah biasa membaca jurnal-jurnal akademik sejarah tulisan para cendekiawan tersohor di menara gading. Maka pada pandangan beliau buku ini tidaklah sehebat apa yang diwar-warkan sesetengah orang.

Apapun saya membaca dengan mengambil sikap seorang awam biasa yang memiliki sedikit minat sejarah. Walaupun saya sendiri berasal daripada latar belakang akademik tinggi kerana memiliki ijazah kepujian dalam bidang Matematik daripada University College of London, salah satu universiti tersohor di dunia, walaupun saya sering bergaul dengan para profesor dan cendekiawan ternama, apabila menilai sesetengah perkara saya mengambil sikap orang bawahan. Ini adalah antara ajaran pertama yang diterima semasa menjadi wartawan di kumpulan The New Straits Times (saya bermula di Sunday Mail sebenarnya, kemudian baru ke akhbar perdana NST yang lebih serius cara penulisannya). Saya diajar walau setinggi mana pemahaman kita, tidak ada gunanya jika kita tidak dapat menterjemahkan suatu perkara agar dapat ditatap seramai mungkin manusia. Maka itu selagi boleh, tinggalkan bahasa tinggi. Gunakan bahasa mudah dan mudahkan perkara yang susah.

Buku "Membongkar Rahsia Dunia Melayu" ini saya terima secara percuma 6 hari lalu daripada seorang hamba Allah yang meminta saya menilainya sejak lebih sebulan lalu. Sepatutnya ia sudah sampai seminggu lebih awal iaitu sebaik sahaja keluar di pasaran. Tetapi entah kenapa buku dipulangkan kepada pengirim lalu beliau terpaksa mengirimnya sekali lagi. Sejak awal lagi saya sudah diminta agar tidak terlalu keras mengkritik kerana ini adalah buku pertama oleh 3 orang penulis yang dikenali sebagai Srikandi, Al-Semantani dan Ibnu Rusydi. Walaupun baru dalam dunia penulisan buku, 3 nama ini sudah cukup terkenal di alam maya Internet sebagai penulis blog-blog sejarah yang bermanfaat, penuh dengan ilmu lalu telah menarik ramai peminat dan pengikut.

Ketika buku hampir sampai pula saya diingatkan bahawa telah berlaku sedikit kesilapan yang mungkin mencacatkan persembahan. Katanya terdapat info-info atau maklumat kecil yang diletakkan penerbit tanpa pengetahuan penulis untuk menyokong penulisan tetapi ada yang isinya bercanggah dengan penulisan. Saya memulakan bacaan dalam kereta api dalam keadaan sedia maklum tentang segala perkara ini. Biar diberitahu lebih awal, pada saya persembahan buku menggunakan kertas kilat (glossy paper), isi yang kelihatan pop berwarna-warni dengan gambar-gambar sudah cukup bagus. Walaupun ada mengkritik ini sebagai tidak akademik, tidak serius dan besifat picisan, pada saya pedulikan itu semua. Persembahan santai sebegini adalah lebih elok untuk mencapai sasaran rakyat kebanyakan yang dahagakan maklumat selain membantu menjawab pelbagai kekeliruan sejarah yang pada saya memang sengaja diwujudkan oleh sesetengah pihak untuk menafikan hak orang Melayu terhadap bumi yang kita pijak ini.

Lewat petang semalam, setelah 4 hari meninggalkan buku saya menyambung kembali pembacaan, daripada muka surat 80 (kalau campur prakata dan sebagainya, sudah masuk muka surat 96 sebenarnya). Saya terpaksa menyebut walaupun banyak maklumat dikongsikan pembacaan yang pada ketika itu sudah masuk tentang beberapa persamaan amalan dan kebudayaan Orang Asli dengan orang Melayu masih membosankan. Tetapi sebagai seorang peneliti saya tidak akan menebuk-nebuk isi. Pembacaan diteruskan dengan membaca setiap perkataan daripada muka surat ke muka surat. Apabila masuk bab ke-5 yang bertajuk "Pengaruh Melayu di Sri Lanka" baru terasa teruja membaca. Bab seterusnya "Siapa Temagi? Kekeliruan antara Thai dengan Sri Dharmaraja" pun terasa amat menarik.

Minat pembacaan saya meningkat tinggi pada bab ke-10 bertajuk "Keris Senjata Warisan Nusantara". Masuk bab ke-11, "Senjata Api di Alam Melayu", saya sedikit kagum, begitu juga apabila membaca bab ke-12 dan terakhir, "Melayu dan Austranesia : Viking Timur Jauh". Selepas jam 2 pagi tamatlah pembacaan keseluruhan buku hampir 360 muka surat ini. Walaupun saya lihat ia mengandungi beberapa kesilapan fakta selain typo error dan jalinan ayat yang kurang kemas, pada saya buku ini telah mencapai matlamatnya iaitu menjawab kekeliruan sejarah. Mereka yang sudah biasa menelaah jurnal-jurnal akademik peringkat tinggi di menara gading juga akademi-akademi setaraf mungkin tidak akan memandang tinggi hasil penulisan ini. Tetapi untuk rakyat kebanyakan terutama anak-anak Melayu yang sayangkan agama, bangsa dan tanah air, buku "Membongkar Rahsia Dunia Melayu - Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah" adalah bekalan yang cukup untuk memperkasakan diri dalam menjawab segala macam usaha mahu menjatuhkan kepentingan orang Melayu sekurang-kurangnya di negara Malaysia tercinta ini.

9 ulasan:

Old Frenz berkata...

Salam... :)...

Sori lah RED, lama kami tidak masuk sini... sibuk memanjangggg...
ni ada frenz lama minta bagi konstruktif sikit pasal buku :
"Membongkar Rahsia Dunia Melayu - Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah".....tulisan sulong TRIO Sejarahwan tersebut. huhu... :)

So, cuma kami dapat komen secara santai jerlah ya...

Bagi yang rasa akademik tinggi sangat tu sesampai kata buku ini picisan maka bacalah lampiran komen kami di bawah.

"Mengaku MELAYU maka KAMU adalah "Seekor BEROK"

Hakikatnya ahlul sejarah moden mengatakan MELAYU adalah SIAMANG AFRIKA @ BEROK pak aweee... namun ada beza antara Melayu dan Malayu.....teruskan membaca...

Sejak beberapa tahun ni bertungkus lumus frenz kita buat kajian utk menjawab tuduhan ini, jadi harapkan buku ini kalau tidak dapat menjawab semuanya dapat menepis sikit pun jadilah...

Tak ada lah intelek dan tinggi sangat ilmu tu kalau bila orang tuduh dan label awak Melayu keturunan Berok Afrika pun tak mampu nak tepis. Orang tuduh pendatang pun seyap jer...jadi Yess Man jer...janganlah sombong dan egois tinggi melangit...kami berpendapat buku ini bakal menjadi anti-thesis yang HOT!!! di kemudian hari...

"Carilah Kebaikkan Dalam Segala Hal".

Nak tahu ker... Maka belilah sebiji buku ni ya...jangan maraaah ya,...:)

Wallahualam...

bersambung...

********************

Tajuk: Malayu BUKAN Berasal Dari Berok Afrika, "Australopithecus afarensis".

TIDAK WUJUD~ Proto Malayu dan Deutro Malayu migrasi dari Afrika.

Kalau mengikut ahlul Sejarah, Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunannya sampai kini ialah Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi.

Melayu Deutro inilah katanya sebagai terasnya keturunan orang Melayu di Malaysia. Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Melayu Deutro atau Melayu Muda adalah sebutan yang dulu dipakai untuk menunjuk populasi yang dikira datang pada "gelombang kedua" setelah "gelombang pertama" iaitu Melayu Proto. Populasi ini dikatakan datang pada Zaman Logam (kurang lebih 1500 SM). Suku bangsa di Indonesia yang dimasukkan dalam Melayu Muda adalah Aceh, Minangkabau, Jawa, Sunda, Melayu, Betawi, Manado, dlln. Betul kah sejarah begitu???... teruskan membaca...

Dari produk akal pandangan Ilmiah tentang manusia, Manusia itu termasuk dalam spesies homo sapiens, tentu saja ini berdasarkan klasifikasi mahluk hidup- Evolusi,..ya evolusi...INGAT prakata disini ya....

Menurut piawai kebijakkan Darwinis, ketika berlaku proses evolusi, yang dipercayai berlaku sekitar 4-5 bilion tahun yang lalu, didakwa terdapat beberapa "formasi peralihan" (transtional forms) di antara manusia moden dan nenek moyangnya. Berdasarkan kepada senario khayalan ini, empat kategori asas peringkat kejadian evolusi manusia telah disenaraikan:
1. Australopithecines (Australopithecus)
2. Homo habilis
3. Homo erectus
4. Homo sapiens

bersambung...

Old Frenz berkata...

Para evolusionis menamakan kategori ini sebagai "Australopithecus afarensis dan Australopithecus specis" yang bermaksud "Berok Afrika Selatan dan Berok Kecil". Australopithecus, yang tidak lebih daripada sejenis beruk purba yang telah pupus, mempunyai beberapa jenis. Sebahagiannya memiliki susuk tubuh yang sempurna, sementara yang lain bertubuh kecil dan kurus.

Darwinis mengklafikasikan peringkat berikutnya sebagai "homo", iaitu manusia. Menurut dakwaan mereka, hidupan pada peringkat "Homo" ini lebih maju daripada Australopithecus, dan kononnya tidak banyak berbeza dengan manusia moden kini. Manusia moden ini, yang dikenali sebagai "homo sapiens", dikatakan telah mengalami perubahan pada peringkat terakhir proses evolusi spesies ini.

Ini penting!!!... Apakah yang disebut specis manusia itu… homo sapienskah…atau keturunan langsung dari Adam AS kah… ataukah hominid yang lain semisal homo erectus, homo wajakensis, austropithecus dll… Kenapa hal itu penting?… kerana hal-hal itu selalu saling dikaitkan dengan bangsa dan wujud kaum manusia ketika dan saat ini...… Tidak terkecuali ia telah di jenamakan pada bangsa Melayu kita dari keturunan sebangsa monyet yang berhijrah dari Afrika (proto/deutro).... padahal hakikatnya tidak saling bersambungan apabila kita dapat menjawab pertanyaan mendasar tadi iaitu..." Apakah Manusia itu…?"

Homo sapiens (spesis manusia lengkap/bijak) yang dikatakan terevolusi dari spesis homonid Australopithecus afarensis "Berok Afrika Selatan" ternyata hidup lebih awal lagi kira-kira 800 juta tahun sebelum berok afrika ini muncul. Berok Afrika hanya dapat kesan-kesan kehadirannya pada lingkungan 1.7 juta tahun dahulu. Bermakna TUDUHAN dan ANDAIAN bahawa Proto Malayu dan Deutro Malayu yang dikatakan bangsa evolusi dari spesis Australopithecus afarensis "Berok Afrika Selatan", yang migrasi dari Arika, yang bertutur bahasa Austronesia adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Ini bermakna tidak wujud bangsa Proto Malayu dan Deutro Malayu yang datang dari Afrika.

Dengan mengambil kira neraca Agama, jika kita memikirkan tentang manusia yang sudah sosial-berbudaya dan beragama Tauhid (kehadiran Adam AS) maka kemungkinan itu terjadi pada akhir zaman Ais (sekitar 9 -11 ribu tahun yang lalu).

Kalau sekiranya neraca sejarah moden di ambil sebagai fakta dan data... jika pula yang dimaksudkan asal-muasal manusia secara genetik maka kita mesti menilai fakta evolusi tentang homo africanus (hidup antara 400 - 100 ribu tahun). Kemudian bermigrasi dari Afrika melewati Asia (homo soloensies, homo wajakensies etc) hingga Australia (austropithecus) tepatnya pada waktu zaman Ais-berg berlangsung, dimana pada waktu itu daratan bumi menjadi hamparan padang yang luas. Agaknya zaman inilah mengikut ahlul sejarah Proto Malayu dan Deutro Malayu migrasi ke dataran Nusantara sini. Itulah hasil kupasan dari data-data modenis iaitu bangsa (Melayu+Berok Afrika)...sinis!!...ini adalah SATU PENIPUAN.

Masuk link sini jika mahu berkenalan dgn Australopithecus afarensis BEROK itew , LINK:

bersambung...

Old Frenz berkata...


Berlanjutan pula, jika yang dimaksud manusia adalah manusia yang sudah moden (berbentuk seperti kita ini dilabel mereka sebagai -homo sapiens) maka mestilah di rujuk tentang manusia berhidup sekitar 40 ribu tahun yang lampau di gua-gua dan celah-celah gunung kerana ahlul sejarah yang meletakkan sifat mereka begitu....kami di fahamkan fakta dari sejarah moden pada waktu itu bentuk manusia sudah menjadi homo sapiens.

Mungkin orang cenderung mengambil rangka gergasi yang di temui beberapa tahun lepas di Mesir, di nyatakan sebagai kaum Aad umat Nabi Hud sebagai perbandingan saiz asal tubuh Adam AS dengan 30 meter tinggi....kononnya masa menentukan. Hakikatnya tidak benar kerana bukti menunjukkan homo sapien hidup 800 juta tahun sebelum Australopithecines (Australopithecus), Homo habilis dan Homo erectus, seterusnya mereka hidup bersama hingga beberapa ketika.

...iskh sebenarnya banyak lagi yang mesti di nilai... kalau Adam AS bersaiz begitu bagaimana agaknya saiz kuda, ayam, cicak tokek, ikan bilis, pokok jering, petai, rumput dan lain-lain pada masa itu ya... mahunya semua berskala gergasi jugak...:)...itu belum lagi cerita zaman dinasour dan ottroman.. huhu...

Cerita manusia dari cikal bikal Adam AS itu sebenarnya sikit sahaja yang di ajarkan pada anak bangsa kita,.....tetapi yang tercatat, dicatatkan, di luahkan pada minda sedar dan separa sedar kita atau mereka iaitu:~ Dengan jelasnya mereka diajarkan, di didik berusul asal dari Proto Malayu juga Deutro Malayu di dalam buku-buku tek pelajaran sejarah yang hakikatnya mempunyai kesinambungan dalam teori evolusi .Kalau tak percaya cubalah anda cari nama Adam AS didalamnya ...kot-kot ada lah...

Menurut kebijakkan mereka, Proto dan Deutro adalah kaum migrasi, dari spesis terevolusi yang datang dari Afrika... Siapa tu?...Bermuara dari sini, sebelumnya mereka menamakan kategori ini sebagai "Australopithecus" yang bermaksud "Berok Afrika Selatan". Lepas itu Homo Habilis iaitu spesis beruk yang pertama diperkenalkan sebagai manusia, Homo rudolfensis, Homo erectus, Homo heilderbergensis, Neanderthel Man, Cro-Magnon dan Homo sapiens...dan agaknya berbagai homo lagi...huhu.. Tak adalah bezanya, sebab penamaan bahasa mereka senada yang bertutur bahasa Austronesia juga... "Austronesia -bahasa vs Australopithecus -bangsa"...apa bezanya?... bukankah bahasa menunjukkan bangsa.

Perhatikan betul-betul perkataan "Australopithecus" dan Austronesia. Dalam erti yang mendasar Austronesia ialah bahasa yang di tuturkan oleh "Berok Afrika Selatan". Dua dua datang dari konatasi yang sama, jadi selama ini kita belajar sesuatu yang sangat mengarut dan "entah apa apa". Kita telah mengajarkan pada anak-anak bangsa kita supaya menerima asal usul kita dari berok...sesuatu yang tak masuk dek akal...Subhanallah...

Baik melayu proto atau melayu deutro dua-duanya dikatakan berasal dari bangsa terevolusi dan "Australopithecus" ini juga dikatakan bangsa teras yang ada di Australia, perhatikan sekali ayat 'AUSTRA'.... Jadi Kami rasa memang patut subjek sejarah dikaji dan di rombak sepenuhnya...huhu :)

Ironinya Australopithecus yang agaknya berbahasa Austranesia di copkan pada proto dan deutro Malayu tadi, walau secara tidak langsung dan terselindung, sebenarnya mereka telah di wartakan sebagai bahasa dan sebangsa adik beradik satu jalur keturunan juga...iaitu budaya dan bahasa berok...Taubat, kami tak setuju fakta khayalan ini ditujukan bagi bangsa kita ini....Anda bagaimana pula?...cukup-cukup lah tu mengajarkan satu kebohongan dan menyesatkan anak bangsa sendiri... Mengakui berok sebagai asal keturunan bolih terkeluar dari garis-garis keimanan...teruskan membaca...

Masuk link sini utk bahasa AUSTRA... LINK: http://en.wikipedia.org/wiki/Austronesian_languages

bersambung...

Old Frenz berkata...


Tahukah anda... Pada tahun 1932, di kawasan Kanjera sekitar Tasik Victoria di Kenya, para arkeologis telah menemui beberapa fosil kepunyaan pertengahan Zaman Pleistocene (1.8 juta tahun dahulu sehingga 11,000 tahun), dan sifat ia tidak berbeza daripada manusia moden. Sempurna sifat sebagai manusiawi.

Di Sepanyol pada tahun 1995 yang mendedahkan bahawa sejarah Homo sapiens adalah lebih tua daripada yang dijangkakan sebelum ini dengan penemuan fosil lengkapnya bersifat manusia moden. Fosil tersebut telah ditemui di sebuah gua bernama Gran Dolina di Atapuerca. Fosil tersebut kepunyaan wajah seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan ia kelihatan sepenuhnya seperti manusia moden. Juga sempurna sifat sebagai manusiawi. Jadi, ia telah berlalu selama 800 ribu tahun sejak kematian budak tersebut. Kalau kanak-kanak itu sempurna sifat sebagai manusiawi bermakna nenek moyang poyang oneng-onengnya yang wujud lebih lama dari dia, juga mempunyai sifat-sifat yang sama.

Fosil tersebut telah membuktikan bahawa sejarah Homo sapiens telah bersambung ke 800 ribu tahun dahulu ataupun dengan penemuan fosil itu telah ternafinya mahkluk sebangsa manusia yang di jenamakan homo, ertinya tak ada jenis homo-homo tersebut hakikat yang ada hanyalah MANUSIA sejak kira-kira 800 ribu tahun lampau...di ulangi Lapan Ratus Ribu Tahun hanya ada manusia yang mempunyai akal.

Alat-alat dalam bentuk artifak yang di temui hari ini yang berusia ratusan juta tahun dahulu seperti jarum, tembikar, gendang besi, rumah batu, senjata dan lain-lain di bina dengan kebijakkan akal dan penciptanya perlu memiliki akal siapa lagi kalau mahkluk manusia yang di bekalkan dengan akal oleh Tuhan. Malah sepihan tengkorak, tulang rangka yang di buat ujian usia karbon didapati telah berusia juta juta jutaan tahun lamanya. Hari ini Tuhan Maha Esa telah membongkar tinggalan arkeologi sejarah jutaan tahun tertanam di Bukit Bunuh Perak dan Sg Tua di Lembah Bujang. Terbaru ada tulang-tulang dinosur pula di temui di Pahang dan Terengganu. Bermakna kita ada kazanah yang sangat tinggi nilai dan mutunya.

Fitnah !!! .. Kerana terlihat dan dikaitkan Melayu dari proto dan deutro 'geng-geng berok primitif' serta kolot tinggal dalam gua maka kelihatan bangsa Malayu seolah-olah tidak mempunyai tamadun tinggi, perang pun guna keris berkarat sahaja. Namun hakikatnya sudah lama senapang, meriam dan rifel kita ada. Sudah lama kita ada kompas jarum, astrolab, teknologi merin, perkapalan, teknologi nano pada nikel dan berbagai lagi peralatan sains yang canggih.

Mengambil kira teori gerakkan benua, pemisahan daratan, banjir besar, teknologi binaan piramid, teknologi kristal, teknologi antariksa (alien), tulisan pada manuskrip gilgamesh, kitab batu gua, bukti kewujudan lamuria dan atlantis serta banyak lagi dari pemahaman baru para arkeologi maka kita beriltizam mengatakan Malayu ada cerita dan sejarahnya yang tersendiri. Ini di kuatkan lagi bahawa hakikat ilmu pengetahuan pada amnya telah memberi jawapan yang sangat nyata sejak dahulu akan asal muasal kita.

Jadi sejarah kaku yang bersifat andaian serta khayalan sepatutnya hadir dengan kata-kata fakta, maka eloklah di bakul sampahkan sahaja kerana ia akan diadili sendiri oleh Mahkamah Sejarah dan sejarahwan sesumpah eloklah pencen bersama jemaah menteri Tok Musang Berjanggut.... :) huhu...

Wallahualam...

### LINK berok Afrika yang di SAHKAN :http://www.harunyahya.com/en/Articles/22770/a-second-embarrassing-ardi-case

http://en.wikipedia.org/wiki/Australopithecus

Old Frenz berkata...

Kalau bukan berasal dari Proto Malayu dan Deutro Malayu migrasi dari Afrika.

Lalu datang dari mana wahai ilmuan dan sejarahwan???

Nak tahu... haa kena belilah buku

"Membongkar Rahsia Dunia Melayu - Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah" yang di katakan PICISAN in...

wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

kena faham bro, diorg tulis buku ni untuk bacaan umum.. Nak tarik budak2 muda untuk baca something cam subjek sejarah ni bukannya senang.

Kalau la buku tu ditulis dlm gaya journal, ada ke bdk2 muda yg sanggup baca sampai habis?

Radzi Sapiee berkata...

OK. Masing2 ada tugasnya. Yang menulis buku untuk bacaan anak2 muda ni dapat ilmu daripada mana? Betul2 ke turun padang buat site visit merata tempat, interview pelbagai kaum lalu berusaha memahami bahasa2 mereka yang pelbagai ragam untuk mencari kesamaan, buat DNA sampling dan genetik test bagai, pasang kapal outrigger dan sebagainya? Bukankah mereka dapat ilmu2 ini daripada jurnal2 penulisan yang terperuk dalam universiti lalu tak sampai pada orang ramai itu?

Messagenya... bagus le dapat sampaikan ilmu pada orang ramai. Tapi jangan sampai bolot semua, usaha orang terdahulu rintis hutan tanam benih kita nafikan. Bila dapat buah kita kata semuanya tanam sendiri. Inilah yang berlaku pada generasi anak muda sekarang, baca buku macam ni dapat ilmu alhamdulillah. Tapi lupa ilmu tu dapat daripada mana asalnya, senang2 je kata orang lama lembap tak buat kerja sedangkan ramai anak muda ni setakat keyboard warrior je... tak pernah merasa penat lelah risiko nyawa dan sebagainya apabila turun padang di dunia nyata...

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa ko ni anti melayu lah... Orang yang mengkaji tentang bangsa melayu dan yang menulis buku ni lagi pakar dan hebat daripada ko ni. Setakat copy paste kek fakta dari laman web lain baik tak payah. Teori Melayu dari Yunnan tu dah tak boleh Pakai
lah!!!!

Unknown berkata...

Saye sangat minat nak bace dan teroke buku hebat tu, sebagai orang melayu kite patut tau sejarah kite yang serumpun ni, mudah-mudahan nanti saye dapat buku tersebut, luar biase tks datok merah silu, old ftenz.