Ahad, Mac 31, 2013

Ke Tanah Suci menyahut panggil Ilahi... juga panggilan leluhur...

Assalamualaikum semua. Hari ini Ahad 31.3.13, ada tarikh yang terasa yang amat cantik untuk melakukan sesuatu yang bermakna sekurang-kurangnya buat diri saya dan keluarga. Ketika bulan ini bermula 1.3.13 saya terasa mahu membuat artikel pada setiap blogspot saya. Untuk tarikh ini juga saya telah membuat perkara yang serupa. Lihat artikel Mission to conduct HIKMAH IV di blogspot BERPETUALANG KE ACEHTempat-tempat dilawati untuk HIKMAH IV (Places visited for HIKMAH IV) di  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan Peralihan dari HIKMAH IV di Kelantan ke HIKMAH V di Terengganu di Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).

Sekarang bolehlah diumumkan satu perkara. Esok Isnin 1 April saya dan isteri akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah. Adapun saya ini jarang sekali mengumumkan akan membuat suatu perjalanan kerana perangai saya lebih suka bercerita apabila segalanya sudah selesai dengan selamat. Cuma dalam kes tertentu dan untuk tujuan tertentu sahaja saya akan memberitahu rancangan misalnya supaya pembaca dapat berjumpa di tempat sekian-sekian. Rancangan untuk menunaikan umrah pula baru hari ini diumumkan kerana adatnya mahu ke Tanah Suci itu biarlah diiringi doa dan keredhaan orang. Sedangkan persiapan sudah dibuat sejak hampir 3 bulan lalu...

Dengan ini kami suami isteri memohon ampun dan maaf atas apa-apa kesilapan tutur kata dan perbuatan, apa-apa sahaja yang menyinggung perasaan kalian. Halalkan juga makan minum kami atau/dan jika ada apa-apa yang terambil samada disengajakan atau tidak. Biar diberitahu ini adalah kali kedua saya mahu menunaikan umrah, kali pertama buat isteri. Untuk bacaan sementara saya tidak menulis apa-apa di blogspot buat satu tempoh biar disajikan kembali sejumlah tulisan berkaitan yang pernah dibuat bertahun dahulu kemudian diletakkan di sidebar kanan blogspot ini.

Semasa  pertama kali pergi umrah 8 tahun lalu saya tidak peduli mahu mengambil gambar. Ketika itu saya tidak terasa ada apa-apa kenangan perlu ditunjukkan. Sesungguhnya sebelum rajin mengambil gambar dan menulis di blogspots penghujung 2006 saya telah melakukan begitu banyak pengembaraan dan melalui pelbagai pengalaman yang tidak pernah dirakam dalam apa-apa bentuk kecuali penulisan yang dibuat lama kemudian. Maka untuk umrah baru ini saya akan cuba mengambil sebanyak mungkin gambar terutama tempat-tempat yang ada diceritakan pada artikel-artikel di bawah. Sekian. wassalam.




Satu kisah yang membawa kepada umrah tahun 2005



Melompat jauh ke zaman dewasa, ketika sudah memasuki umur 35 tahun 2005. Ketika itu saya sudah lebih 3 tahun meninggalkan kerjaya sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times dan sering keluar mengembara ke sana sini demi mencari jawaban kepada berbagai persoalan yang melanda fikiran. Dalam keadaan inilah saya terjumpa seorang yang wanita yang tiba-tiba beriya-iya mahu menjadi isteri saya. Dicampur kehadiran seorang lain yang pernah menjadi teman wanita lama berlaku pelbagai perkara yang peliknya kemudian membawa saya pergi menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan menziarahi kota Madinah. Lebih pelik lagi di sana saya bertemu seorang lagi wanita yang turut mahu menjadi isteri saya!


Cerita An-Nur - Satu pertemuan yang tak dijangka

Cerita An-Nur - Pertemuan tak dijangka., tapi dengan Nur pula....

Cerita An-Nur - Apa masalah si Nur?

Cerita An-Nur - Cerita sebenar Nur dan kaitan dengan banyak perkara...

Cerita An-Nur - Ke Segamat bersama jodoh baru? Dan lisan agama dan keturunan yang keluar daripadanya...

Cerita An-Nur - Penerimaan yang memberangsangkan keluarga di Segamat

Cerita An-Nur - Ke Perak untuk berbincang hal buku

Cerita An-Nur - Apabila si gadis cantik naik gila...

Cerita An-Nur - Berubat menggunakan air kelapa gading di Janda Baik?

Cerita An-Nur - Pertemuan dengan keluarga Nur...

Cerita An-Nur - Akhirnya terpisah kerana fitnah siapa agaknya ya?


Bahagian tentang umrah...


Umrah 2005 - Pertolongan Nur dan percubaan berhenti merokok