Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mac 26, 2013

Misi penganjuran HIKMAH IV - Sungai Lembing, Gua Charas dan tempat pusing kunci yang hilang

Setelah beberapa lama masuklah kita ke penceritaan hari terakhir perjalanan solo motosikal besar 26 Feb-1 Mac yang dibuat untuk mengatur persiapan bagi menjayakan acara HIKMAH IV di Kandis, Bachok 16 Mac. Sambil menunggu masa yang sesuai untuk membuat cerita, dua buah artikel tentang majlis yang sudah berlalu telah pun dibuat di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Lihat HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Pembentangan pagi dan tengah hari yang disatukan serta kuda dan silat dan HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Dinar dirham sebagai tunjak kekhalifahan Islam. Sekarang kita sambung cerita dari Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari Tokku Paloh ke Tanjung Api.


Tengah hari 1 Mac 2013 baru saya meninggalkan persekitar bandar Kuantan dan rumah sepupu tempat saya bermalam. Asalnya saya mahu bertolak pagi. Tapi saya 'tersangkut' kerana terasa harus membuat artikel baru pada setiap blogspot milik saya mengambil kesempatan atas tarikh cantik hari itu yang bersamaan 1.3.13 apalagi ia hari Jumaat. Lihat A niece's Malay-'Scottish' wedding ceremonyGaleri (Gallery of) Akademi Nik Rashiddin, Misi penganjuran HIKMAH IV - Bermotosikal solo meredah banjir dan hujan lebat dan Berkat Tok Kenali untuk menjayakan HIKMAH IV di Akademi Nik Rashiddin 16 Mac.


Untuk hari itu sasaran saya adalah melihat tempat-tempat menarik di Sungai Lembing, sekitar 40 km dari bandar Kuantan. Saya sudah bercadang untuk ke sana sejak membuat perjalanan bermotosikal dari Gua Musang ke Tasik Kenyir bersama seorang sahabat penghujung September 2012. Persinggahan ke Sungai Lembing dirancang mahu dibuat dalam perjalanan kembali dari Terengganu atau dari Kuantan tapi kami tak sempat. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete

Maka dari satu segi perjalanan ke Sungai Lembing hari Jumaat itu juga bertujuan untuk memenuhi hasrat lama yang terpendam. Sambil itu terlihat bukit batu kapur Gua Charas. Timbul pula rasa mahu ke sana.


Namun jangan sampai lupa tujuan asal. Perjalanan diteruskan menghala ke Sungai Lembing. Berhenti sebentar melihat Sungai Kuantan di satu bahagian. Lihat artikel Kuantan river near the Kenau estuary di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tidak lama kemudian sampailah ke Sungai Lembing.


Sampai juga ke masjid dan sempat solat Jumaat. Ketika sampai orang sedang berdiri raka'at pertama.


Cuma ada masalah sedikit apabila saya hendak berkejar masuk ke dalam saf. Apabila hendak mematikan enjin tengok-tengok tempat masuk kunci dan pusing hidup/mati enjin telah hilang, entah tercabut dan jatuh di mana agaknya (lihat bahagian berlubang). Inilah kali pertama perkara ini berlaku sejak saya menunggang motosikal besar kesayangan tahun 1997. Untuk pengetahuan enjin boleh dimatikan dengan menekan punat tutup pada  handle. Tapi ia boleh dihidupkan sesiapa sahaja jika tidak dikunci di bawah. Selain itu lampu hadapan akan sentiasa menyala dan ini boleh memakan bateri. Nasib baik saya tidak mati akal. Timbul ilham agar membuka seat lalu mencabut fius untuk betul-betul mematikan enjin.


Begitulah keadaan selepas itu. Kalau mahu berhenti lama saya harus mencabut suis kemudian memasangnya balik untuk menghidupkan enjin dan menyambung perjalanan. Apapun pekan Sungai Lembing ini agak menenangkan. Saya berehat lama sedikit di masjid sebelum melihat pekan. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Sungai Lembing   di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Ini adalah pemandangan pekan dari atas sebuah bukit. Lihat The quaint town of Sungai Lembing.


Di puncak bukit terdapat Muzium Sungai Lembing. Biar diberitahu kawasan ini pernah terkenal kerana aktiviti perlombongannya yang sangat pesat dahulukala. Katanya ia memiliki lombong tertutup atau bawah tanah terbesar di dunia. Lihat Muzium (Museum of) Sungai Lembing.


Selepas puas melihat Sungai Lembing saya pun berpatah balik menghala ke Kuantan untuk ke Gua Charas. Oh. Dalam perjalanan saya berhenti untuk melihat Sungai Kuantan satu tempat. Lihat River Kuantan between Kenau and Gua Charas.


Untuk ke Gua Charas harus masuk dan mengelilingi sebuah ladang kelapa sawit.


Apabila naik untuk ke gua kita harus melalui satu kawasan kuil. Sebaik sahaja melepasi tembok terus disambut seekor dinosaur...


Tengok-tengok ada lagi satu dinosaur menyambut. Saya terus deja vu.


Dipendekkan cerita saya masuk gua sampai ke atas. Lihat The caves at Gua Charas.


Selepas Gua Charas saya ada berhenti di sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kuantan. Lihat Kuantan river from the Kuantan-Sungai Lembing bridge. Selepas itu sudah tidak jauh untuk masuk ke Lebuhraya Pantai Timur. Saya pun mengambilnya, berhenti minum teh ais di tempat rehat Gambang...


Sampai di tempat rehat Temerloh saya berhenti lagi, kali ini untuk menikmati hidangan ikan patin buah.


Perjalanan disambung ketika sudah masuk Maghrib. Gambar ini diambil sejurus sebelum menyeberangi Sungai Pahang. Saya sampai ke rumah lebih 2 jam kemudian. Apabila disemak meter ternyata saya telah menunggang motosikal besar seorang diri sejauh sekitar 1,350 km untuk menjayakan HIKMAH IV.


Tiada ulasan: