Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, April 20, 2013

Ziarah dan umrah 2013 - 'Menjakunkan' diri di KLIA dan dugaan 1 April

Selamat sejahtera. Pada artikel Ziarah dan umrah 2013 - Satu pengenalan yang dibuat 3 hari lalu telah diberitahu saya akan memulakan satu siri baru berdasarkan subjek berkenaan. Hari ini, tanpa membuang masa biar kita terus ke penceritaan...


Pagi Isnin 1 Apri 2012. Selepas bermalam di rumah kakak isteri di Jenjarom berdekatan Banting saya dan isteri pun bersedia untuk memulakan satu perjalanan yang sangat bermakna dalam hidup kami.


Untuk perjalanan kali ini kami rasa lebih elok anak-anak ditinggalkan agar kami dapat memberikan lebih tumpuan. Dari Jenjarom kami menuju ke Bukit Changgang, rumah abang sulung isteri.


Di situ kami boleh meninggalkan kereta. Memang selalunya kami akan berbuat begitu apabila keluar berjalan ke luar negara kerana rumah abang cuma 15-20 minit dari lapangan terbang KLIA. Tapi sebelum itu abang menghantar dengan kereta kami ke KLIA.


Turun di pintu pelepasan antarabangsa kami berposing sebentar. Isteri tersenyum gembira. Ini kerana satu, ia adalah kali pertama beliau akan mengambil kapal terbang dari terminal utama KLIA. Sebelum ini beliau cuma pernah mengambil dari terminal tambang murah ataupun LCCT. Selain itu beliau gembira kerana akan menunaikan nazar yang tertunggak sejak tahun 2008. Isteri ada berjanji kalau dapat mencapai sesuatu dia akan menunaikan umrah. Setelah beberapa lama baru muncul kelapangan dan rezeki.


Pada saya pula ini adalah umrah yang kedua setelah menunaikan yang pertama tahun 2005. Rujuk cerita-cerita yang diletakkan pada artikel  Ke Tanah Suci menyahut panggil Ilahi... juga panggilan leluhur.... Namun saya juga menyimpan hajat. Sejak berkahwin dengan isteri hampir 5 tahun lalu saya teringin untuk membawa beliau ke tempat-tempat yang pernah saya jejaki dahulu.

Selain itu saya teruja kerana kali terakhir menaiki kapal terbang dari KLIA adalah untuk umrah pertama itu. Sebelum itu saya cuma pernah berlepas dari KLIA semasa masih berkhidmat sebagai wartawan dengan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times, sehingga penghujung 2001. Sempatlah pergi ke Peranchis dan Phuket dari sana. Teringat juga mengikut rombongan Menteri Pengangkutan meninjau perkembangan di KLIA ketika ia hampir siap untuk dibuka, kalau tak salah tahun 2000.


Jam 2.30 petang kami check-in. Ketika inilah kami dapat tahu penerbangan yang dijadualkan berlepas sekitar 5.30 ditunda ke 8 malam.


Masa menunggu pun jadi lebih lama. Tak mengapa, kami sudah cukup seronok dengan prospek mahu berlepas untuk umrah walaupun lambat. Saya dan isteri 'menjakunkan' diri merayap ke serata terminal, ada masanya dengan gaya kanak-kanak gumbira berjalan. Seronok sebenarnya buat-buat jakun ni tanpa mempedulikan pandangan pelik orang. Ini diselang-selikan dengan mood orang dewasa. Lihat artikel Views from the KLIA viewing area di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
.

Setelah beberapa lama sampailah masa untuk masuk ke tempat pelepasan.


Seronok isteri menaiki kereta api laju menuju ke bangunan satelit di mana pesawat kami akan berlepas.


Di bangunan satelit sekali lagi kami 'menjakunkan' diri melihat apa yang ada. Sesungguhnya memang KLIA ini hebat dan memiliki ciri-ciri lapangan terbang antarabangsa sebuah negara maju. Saya berani cakap kecanggihan yang sekurang-kurangnya dapat dibuktikan dengan mata kasar (saya tak tahu apa di belakang tabir) berserta saiz lapangan terbang itu sendiri  mengatasi apa yang pernah saya lihat misalnya di lapangan terbang Heathrow di London, Charles de Gaule di Paris dan Schiphol di Amsterdam.

Teringat semasa zaman saya masih belajar di London 1991-1995, ketika KLIA belum wujud. Apabila kembali ke Malaysia dan turun di Subang, lapangan terbang utama Malaysia buat beberapa dekad, terasa sungguh ianya begitu kecil dan terkebelakang apabila dibandingkan dengan apa yang ada di Barat. Terus terang cakap saya terasa berada di Third World atau Dunia Ketiga, satu label yang biasa diberikan Barat pada negara-negara yang mereka senaraikan masih di peringkat membangun atau lebih ketinggalan. Apabila muncul KLIA yang diwujudkan hampir selari dengan berdirinya Menara Telekom di Bukit Nenas dan Menara Berkembar KLCC (di satu kawasan yang saya masih ingat adalah padang lumba kuda), ia terus melonjakkan status Malaysia di mata dunia.



Ah. Tertarik dengan tengkorak (milik seorang profesor Jerman agaknya) yang 'tersidai' di hadapan sebuah kedai. Mana tak tinggal tulang? Terkehel sejak tahun 1851... :]


Jam 6.30 kami berehat di bangku separa-baring tidak jauh dari pintu berlepas.


Namun ketika gambar ini diambil jam 8.18 malam, penumpang masih ramai menunggu di hadapan pintu.


Camana ni? Jangankan berlepas jam 8, ketika itu pun pesawat masih tak kelihatan.


Apabila dilihat paparan jadual masa berlepas telah diubah tanpa menyatakan bila. Apabila ditanya pada pekerja yang bertugas, bawah satu badan yang dipanggil KLAS kalau tak salah ingatan, jawaban yang diberikan agak mencurigakan. Kata seorang, kapal terbang sudah sedia ada di belakang tetapi belum dibawa ke tempat berlepas. Kemudian ditambah, kapal terbang dah boleh berlepas tapi juruterbang tak muncul-muncul, begitu juga krew. Ait? Takkan juruterbang tertidur kat mana-mana kot?


Kemudian ada penumpang menunjukkan saya ke paparan ini pula. Penerbangan kami ke Jeddah ditunda ke 2 April? Hah? Biar betul! Ketika ini jam 8.55. Ramai penumpang dah gelisah tapi tak diberitahu apa-apa. Saya dan beberapa orang penumpang yang lebih pro-aktif mengambil inisiatif untuk bertanya lagi pada pekerja. Jawaban yang diberikan kurang menyakinkan dan masih kelihatan berdalih. Ada masalah teknikal katanya...

Namun sebab masalah kedengaran pelik. Ada yang cakap pihak berkuasa di Arab Saudi tidak membenarkan kapal terbang mendarat. Ada pula yang sebut kapal terbang masih di sana tak sampai Malaysia lagi. Dah pulak. Saya mula meninggikan suara : "Cakap betul-betul sekarang. Malam ni ada penerbangan ke tak? Kalau tiada beritahu supaya kami tahu apa yang patut dibuat!". Selepas itulah ada pekerja yang kelihatan lebih kanan memberitahu dengan perlahan. Memang kapal terbang tidak dapat berlepas malam itu. Tapi jangan beritahu orang ramai lagi. Langkah seterusnya sedang diusahakan.


Lihat ni. Ramai dari kami sudah sampai sejak selepas Zuhur lagi. Sekarang dah lepas 9 malam masih menunggu begini?  Bayangkan, ada sekitar 400 orang jemaah menunggu untuk berlepas, ada sekurang-kurangnya 5 kumpulan, termasuk kumpulan saya yang terdiri daripada 79 orang. Saya dapat melihat dua kumpulan besar dari Indonesia turut menunggu sama. Di kalangan mereka ramai orang tua yang datang transit dari Jakarta sejak Subuh kalau tak salah termasuk satu kumpulan yang datang dari Jambi di Pulau Sumatera.

Sedikit sebanyak saya tahu keadaan trafik dan perjalanan di Indonesia termasuk di Pulau Jawa. Saya percaya antara mereka ini ada yang memakan masa 2-3 hari untuk sampai ke Jakarta kemudian harus pula menunggu lama lagi sehingga ramai berbaring di lantai. Selepas beberapa lama saya harus mengambil inisiatif membuat pengumuman pesawat tidak akan berlepas lalu disambut beberapa penumpang yang menyampaikan pada yang lain. Sekurang-kurangnya mereka dan ketua mereka boleh merancang apa yang patut dibuat seterusnya, bukan sekadar termanggu-manggu menunggu tak tahu apa-apa berita.


Apabila pihak berkuasa lapangan terbang juga apa-apa pihak lain termasuk agensi travel tidak kelihatan menguruskan perkara saya dan beberapa orang ahli jemaah kumpulan harus mengurus sendiri keadaan. Saya diberitahu ikut undang-undang penerbangan, selepas 6 jam (atau 8 jam?) tertunda syarikat penerbangan harus menyediakan hotel 3 bintang ke atas untuk penginapan. Sambil itu kami sudah sangat lapar kerana menunggu begitu lama. Kalau ikut jadual perlepasan 8 malam tentu kami sudah selamat makan di atas pesawat.

Kelihatan di sini kumpulan saya menunggu di aras bawah berdekatan terminal bas. Ketika gambar diambil sudah hampir jam 11 malam. Ketika itu bas pun kami tak tahu datang ke tak, kalau datang jam bila, hotel mana duduk pun tak tahu. Jangankan itu, masalah makan malam pun tak selesai lagi. Sedangkan semasa kami mula dapat tahu pesawat tertunda hingga entah bila iaitu selepas jam 8 tadi kami diberitahu oleh pekerja KLAS bahawa kupon untuk set makan di Burger King akan diberikan kepada setiap penumpang.

Oh, tadi baru saya semak di Google. Memang KLAS yang beritahu. KLAS maknanya KL Airport Service Sdn Bhd.. Saya difahamkan memang skop tugas mereka meliputi menjaga kebajikan penumpang selagi belum berlepas. Tapi bila timbul masalah sebegini akan timbul juga hal lain. KLAS menjaga di sini tapi bab bas dan penginapan itu kerja siapa? Bila semua pihak kelihatan seolah berlepas tangan, siapa lagi kalau tidak kami penumpang menjadi mangsa?


Bayangkan dijanjikan kupon makan sejurus lepas jam 8 tapi masuk jam 11 masih tak nampak bayang. Akhirnya ada antara kami yang naik angin lalu menekan. Selepas itu baru dapat kupon. Mana tak lambat? Setelah beberapa lama baru dapat kebenaran pihak atasan. Setelah dapat kebenaran setiap kupon mahu dipadankan pula secara manual dengan nama setiap penumpang menggunakan boarding pass. Penumpang ada sekitar 400 orang! Gila ke hapa lepas 3 jam masih lagi mengira-mengira?

Kelihatan dalam gambar saya dan beberapa orang ahli jemaah lelaki menunggu makanan untuk kumpulan kami di restoran paras tengah. Gambar diambil jam 11.46 sedangkan ketika itu baru berapa bungkus je siap. Bayangkan...


Ini adalah gambar yang diambil jam 12.19 malam, selepas kami makan. Ramai dah tertidur dah atas lantai. Bayangkan. Ada antara penumpang memerlukan suntikan insulin sedangkan segala pakaian dan peralatan sudah tersimpan rapi entah di mana selepas check-in, tidak boleh dibawa keluar.


Jam 1.13 bas pertama untuk jemaah kami pun sampai untuk membawa ke hotel. Hotel pun bukan dekat, Holiday Inn di Glenmarie, Shah Alam. Dan kami harus menunggu lagi satu bus untuk mengambil baki dari 79 orang jemaah kami. Ketika ini saya lihat jemaah Indonesia sudah tiada, mungkin orang mereka sudah menguruskan pergerakan lebih awal, saya difahamkan ke Nilai, ke hotel Allson Kelana kalau tak salah. Ada yang memberitahu mereka telah berlepas jam 12 menaiki bas yang sebenarnya disediakan untuk kumpulan kami yang ketika itu sedang sibuk makan. Pada saya tak mengapalah kerana kumpulan Indonesia itu tentu lebih penat.

Namun ada lagi satu atau dua kumpulan menunggu untuk ke hotel yang sama dengan kami. Yang pasti selepas mendapat makanan dari Burger King tadi ada satu kumpulan menunggu kemudian. Ah. Baru teringat. Ada kumpulan namanya Tiram, dari Malaysia juga. Teringat kes Kiram di Lahad Datu. Siang tadi kami sempat bergurau, entah-entah ni jemaah dari Sulu. Jaga-jaga... :]


Akhirnya saya dan isteri sendiri sampai ke hotel selepas 2 pagi. Gambar ini diambil jam 2.18 ketika menjejakkan kaki naik ke lobi. Cukuplah cerita bab dugaan awal ini ya. Ramai juga antara kami menyebut agaknya ini terjadi disebabkan mengambil penerbangan 1 April, hari yang disebut April Fool. Tapi saya tak suka sangat nak sebut perkataan April Fool, semenjak mendapat tahu ungkapan ini muncul akibat umat Islam di Eropah ditipu beramai-ramai lalu dibunuh lebih 500 tahun lalu.

Sesungguhnya saya tidak gemar apa yang berlaku dan tidak mahu ia dipanjangkan. Selama beberapa hari juga saya merenung apakah patut diceritakan kerana ia menunjukkan kelemahan pihak-pihak tertentu menguruskan keadaan. Bab penerbangan tertunda tu mungkin tidak dapat dielakkan tapi bab penumpang terkandas beberapa jam dalam kelaparan? Saya rasa apabila dah agak lewat melepasi jam 8, waktu pesawat dijadualkan berlepas (itupun selepas ditunda dari jam 5.30), sekurang-kurangnya patut ada kakitangan mana-mana pihak yang bertanggungjawab menawarkan pek air mineral percuma yang boleh dibeli murah misalnya dari Tesco untuk memujuk setiap penumpang... sementara menunggu dapat makanan yang betul-betul boleh menghilangkan kelaparan.

Sepatutnya penumpang seperti saya tidak perlu bersusah-payah untuk mengambil tahu dan mengatur keselesaan jemaah. Ini kerja pihak lain yang harus bertanggungjawab. Biar ini dijadikan iktibar, sempadan dan tauladan. Selepas ini baru kita boleh menyambung dengan cerita gembira dapat pergi umrah. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,100 di blogspot ini. Cukup... :]



2 ulasan:

Anaknda Bertuah berkata...

Ada HIKMAH disebalik sedikit kesusahan tersebut... Percayalah dan Yakinlah pasti ada HIKMAHnya... kita yg tidak tahu... Hanya ALLAH yg Maha Mengetahui segalanya... SubhaanAllah...MaashaaAllah...

Tanpa Nama berkata...

AB ni kerja THkah? Skrip sama aja