Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mac 21, 2013

Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari Tokku Paloh ke Tanjung Api

Assalamualaikum. Adapun acara HIKMAH IV sudah selamat berlangsung Sabtu lepas. Lihat artikel HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Pembukaan yang mendebarkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Tapi cerita tentang perjalanan yang dibuat 2 minggu lebih awal pula masih tak selesai. Maka bersambung kita dari artikel Misi penganjuran HIKMAH IV - Mesyuarat di Kandis sebelum meredah hujan dan banjir ke Kuala Terengganu yang dibuat 10 hari lalu.



Khamis 28 Februari 2013. Selepas puas bermalam di Masjid Tokku Paloh saya pergi menziarahi makam sang wali empunya nama.


Di situ juga saya bertemu seorang kenalan Facebook yang sering mengikuti perkembangan HIKMAH lalu diajak bersarapan di sebuah warung berdekatan. Berjumpalah dengan beberapa orang waris Tokku Paloh.


Kemudian saya ke pusat bandar raya Kuala Terengganu. 


Singgah di sebuah warung di mana saya boleh menggunakan pancaran gelombang wi-fi dari kedai sebelah untuk melihat perkembangan di Intenet. Kewujudan wi-fi yang nampaknya sentiasa hidup 24 jam ini saya dapat tahu malam sebelumnya. Ketika mula terlelap di Masjid Tokku Paloh saya telah diganggu nyamuk lalu mendapati terlupa hendak membawa ubat nyamuk bersama dalam perjalanan. Saya pun keluar mencarinya tetapi apabila mendapati kedai banyak telah tutup menuju ke pusat bandar raya lebih 4 km dari masjid. Sampai ke bandar pula timbul rasa untuk melihat Internet lalu mencari Cyber-Cafe tapi tak jumpa satu pun yang dibuka tengah malam.

Entah atas gerak apa agaknya saya singgah di sebuah kedai 7-Eleven walhal telah melepasi dua buah kedai serupa sebelumnya. Di situ saya membeli ubat nyamuk dan tergerak untuk bertanya tentang Cyber Cafe lalu diberitahu di KT memang semua Cyber Cafe tutup awal. Seterusnya saya bertanya jika ada kedai mamak berdekatan yang masih dibuka dan ada wi-fi. Selepas itulah saya diberitahu ada kedai berdekatan (bukan kedai makan) yang sentiasa hidup wi-finya walaup kedai sendiri sudah tutup dan saya turut diberitahu password atau kata kuncinya.


Selepas puas melihat Internet saya singgah lagi di Masjid Putih.


Seperti pada malam sebelumnya saya juga ke Pasar Payang lagi untuk menikmati telur penyu rebus. Dah jadi penyakit agaknya asal sampai ke KT mesti nak makan telur penyu. Kali ini saya betul-betul layan. Walaupun harga sebiji RM4, saya makan lagi 7 biji untuk mencukupkan 13 (6 biji pada malam sebelumnya). Dicampur 1 biji versi jeruk yang dimakan malan itu, kira saya makan 13 biji + 1 jeruk... ada faktor 131. :]


Sekitar 12. 30 tengah hari baru saya meninggalkan KT.


Selepas atau sekitar Marang gitu saya berhenti lagi, kali ini untuk menikmati air nipah. Teringat bagaimana selepas meninggalkan Lumut, sehari setelah acara HIKMAH III selesai 27 Januari saya ingin mendapatkan minuman ini yang banyak dijual di warung tepian  jalan menghampiri Teluk Intan tapi kedai-kedai dah tutup. 


Cuaca setakat itu agak terang. Berhenti pula di Kuala Abang untuk melihat formasi batu yang sentiasa menarik perhatian apabila lalu di sini.


Hampir ke Dungun hujan mulai turun. Saya pun mengambil peluang untuk berehat dan tidur sebentar. Kebetulan ada kedai makan tutup saya boleh tumpang...


Selepas hujan cukup surut baru saya menyambung perjalanan dengan memakai baju hujan. Tidak lama kemudian sampailah ke Chukai, Kemaman.


Di sini saya sempat singgah di dua buah masjid sambil menjemur pakaian yang lembap. Di Kemaman hari kelihatan begitu terang. Saya juga mengambil peluang untuk menikmati pemandangan Sungai Kemaman dari dua tempat. Lihat artikel-artikel yang telah diletakkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan BERPETUALANG KE ACEH...








Masuk ke negeri Pahang saya singgah di pantai Cherating.


Di sini saya bermain-main di pantai kemudian makan tengah hari lewat iaitu sekitar 5.30 petang. Lihat Enjoying the waters of Cherating.



Saya juga meninjau jalan ke pusat peranginan terkenal Club Med lalu mendapati ada pusat pembiakan penyu berdekatan.


Sampai ke Kuantan saya terus menuju ke satu tempat bernama Tanjung Api. Saya sudah lama mahu singgah setelah melihatnya dari Tanjung Lumpur iaitu dari seberang Sungai Kuantan. Entah apalah yang ada kat sini selain tebing utara kuala Sungai Kuantan. Terasa ada semacam aura yang agak istimewa. Apakah kerana saya sampai malam Jumaat? Lihat Masjid (Mosque of) Tanjung Api, Kuantan dan Kuantan river mouth from Tanjung Api.


Tiada ulasan: