Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Januari 13, 2013

Seminar Memartabatkan Islam Agama Negara di Pusat Islam

Assalamualaikum. Hari ini 13/1/13 bersamaan 1 Rabiuawal, hari pertama bulan Maulidur Rasul biarlah dibuat penceritaan yang sudah 'tertunggak' lebih seminggu ini.


Sabtu minggu lepas iaitu pada 5 Januari 2013 saya pergi ke Pusat Islam bersebelahan Masjid Negara di Kuala Lumpur untuk menghadiri satu seminar.



Dianjurkan oleh MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia) dengan kerjasama JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), difahamkan ia adalah satu daripada rangkaian seminar yang dipanggil SEMAIAN (Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara), rangkaian yang katanya dimulakan tahun 2012.



Saya diberitahu sebelum ini seminar telah diadakan di beberapa tempat pada peringkat negeri. Yang ini baru peringkat nasional. Bertemakan "Memartabatkan Islam Sebagai Agama Negara" ia bermula dengan ucapan aluan oleh Presiden MUAFAKAT, Tuan Ismail Mina Ahmad diikuti ucapan aluan Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Othman Mustapha. Kemudian Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang pun memberikan ucapan perasmian.



Saya sendiri sampai pada sesi selepas itu... ketika ucap utama oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim baru hendak bermula jam 10 lebih.


Menyebut beberapa bahagian perlembagaan negara, beliau memberitahu bahawa kedudukan agama Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN sebenarnya adalah terjamin malah menurut perlembagaan lagi, kedudukan undang-undang syariah mengatasi undang-undang sivil and jenayah berdasarkan common law  mengikut sistem perundangan penjajah iaitu Inggeris. Itupun yang sudah lapuk iaitu undang-undang tahun 1965...



Disebabkan beberapa hal dengan dua fasal dalam common law dijadikan alasan, secara praktiknya penggunaan undang-undang penjajah di Malaysia mengatasi undang-undang syariah dan ini harus ditangani jika kita betul-betul mahu memartabatkan undang-undang Islam.


Sambil mendengar semua ini saya teringat 10 resolusi yang dibuat HIKMAH sehingga menjadi Pernyataan HIKMAH Melaka yang diumumkan di hadapan Istana Kesultanan Melaka 2 Disember 2012. Lihat artikel  Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman? blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Pada resolusi ke-enam ada disebut begini :- 


6. Memohon undang-undang syariah diangkat mengatasi common law dan muamalat Islam berdasarkan pengunaan dinar dan dirham mengatasi sistem ekonomi konvensyional seperti pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511.



Perasan le saya sekejap. Mungkin topik-topik untuk seminar ini dipilih dan mahu dikupas sebegitu rupa setelah mendapat tahu tentang isi Pernyataan HIKMAH Melaka. Chewah...

.

Selepas itu ada sesi pembentangan dengan kertas kerja bertajuk "Islam, Raja dan Melayu Sebagai Paksi Keutuhan Negara Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan" oleh Dato' Mohd Noor Abdullah, mantan Hakim Mahkamah Rayuan diikuti "Ancaman Terhadap Kedudukan Islam Agama Negara" oleh Haji Mahamad Naser Disa dari Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Tapi saya pula harus berlepas ke KLCC untuk memenuhi satu jemputan di Petronas Gallery. Lihat artikel  Taman Nurani, Garden of the Heart dan Taman Nurani selected works di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Kemudian KL dilanda hujan lebat sedangkan saya keluar dari rumah menaiki motosikal. Selepas menunggu sehingga jam 2.30 petang begitu nak tak nak saya terpaksa juga meredah hujan yang ketika itu sudah renyai. Terus meletakkan motosikal di pintu masuk luar dewan.



Saya sudah tertinggal satu tayangan khas yang kalau tak salah menunjukkan taktik halus sesetengah pihak mengancam kedaulatan agama Islam dalam usaha mahu memurtadkan orang Melayu di Malaysia. Tapi saya masih sempat mengikuti sesi pembentangan petang yang bermula dengan kertas kerja bertajuk "Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara - Peranan Raja-raja Melayu Berpaksi Perlembagaan Persekutuan" oleh Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, pensyarah undang-undang UIA dan "Islam Agama Negara : Antara Tuntutan HAM Sejagat dan Kedaulatan Islam Dalam Perlembagaan" oleh Azril Mohd Amin, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).


Ketika itulah saya menyedari bahawa saya duduk di belakang barisan kerusi yang mana satu di hadapan kanan saya bernombor 131, satu nombor yang ada makna home sweet home buat saya. Kebetulan pula artikel ini baru ditulis 13 Januari iaitu 13/1. Hmm...


OK. Sebelum ini saya ada menulis artikel bertajuk Majlis perjumpaan Dunia Seni Silat Melayu di Taman Tasik Titiwangsa walhal majlis tersebut berlangsung sehari selepas seminar di Pusat Islam. Artikel tentang seminar ditulis kemudian kerana saya bercadang mahu mengupas banyak perkara berkaitan peruntukan perlembagaan dan undang-undang. Namun setelah difikirkan balik tidak perlulah saya bersusah-payah bercerita secara mendalam. Cukuplah disebut bahawa boleh dirumuskan, seminar menyebut perlembagaan Malaysia sudah cukup memberi jaminan demi mendaulatkan agama Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN. Kedudukan raja-raja sebagai ketua agama Islam turut terjamin. Cuma persoalan yang timbul, kalau begitu kenapa kedudukan Islam dan raja-raja kini terancam? 

Kesimpulan yang dapat saya lihat, selain ada peruntukan lapuk undang-undang Inggeris mengacau lalu memberi kesempatan kepada pihak bukan Islam memainkan peranan mengancam dan memperkecilkan Islam kelihatannya raja-raja seperti tidak berani ke hadapan atas sebab-sebab tertentu. Habis sahaja sesi seminar, dewan pun dibuka untuk peserta memberi soalan dan melontarkan pandangan. Kalau ikutkan saya mahu bercerita sedikit tentang HIKMAH tetapi disebabkan beberapa penyoal sebelum saya sudah banyak mengambil masa, saya terus mengemukakan soalan. Saya letak di sini seperti yang saya ingat.

1. Apakah yang menyebabkan raja-raja kelihatan tidak dapat bertindak untuk mempertahankan Islam? Apakah kerana mendapat nasihat yang salah dari para ahli politik yang berkepentingan? Saya tanya ini kerana saya pernah mendengar dari mulut beberapa orang politik bahawa raja-raja kini tidak lebih dari rubber stamp. Tugasnya cuma mengesahkan apa yang telah diputuskan ahli politik...

2. Jaminan terhadap kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sekarang wujud dalam perlembagaan seperti disebut dalam seminar. Namun katakan satu hari nanti pihak bukan Islam berjaya mendapatkan undi majoriti 2/3 ahli parlimen untuk mengubah perlembagaan. Apakah jaminan yang tinggal demi memartabatkan Islam dan untuk memastikan kedudukan orang Melayu dan raja-rajanya tidak terancam?

Jawaban yang saya dapat tangkap untuk soalan pertama (saya ingat-ingat lupa ya dan jawaban diberikan setelah dikupas beberapa sudut lain) raja-raja harus menunjukkan keperibadian yang tinggi agar dapat dicontohi dan diikuti. Teringat pula perkara kedua dalam Pernyataan HIKMAH Melaka...

2. Memohon raja-raja menonjolkan peranan sebagai ketua agama dan bangsa melalui contoh keperibadian yang tinggi sesuai dengan kedudukan mulia baginda sebagai punca kuasa negeri dan negara yang berdaulat.

Untuk soalan kedua pula jawaban yang diterima adalah dalam perlembagaan ada perkara tidak bertulis yang secara prinsipnya boleh digunakan untuk mempertahankan kedudukan Islam juga hak orang Melayu dan raja-raja. Namun kalau sudah berlaku perlembagaan diubah untuk meminggirkan semua ini adalah elok umat Melayu dan Islam dapat bangkit bersatu untuk sama-sama mempertahankannya. Cukup.



Tiada ulasan: