Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Jun 26, 2012

Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Ipoh, Papan dan legasi orang Mandailing

Setelah 2 minggu melupakan hal perjalanan ke Pantai Timur 26 Mac-4 April yang fasa penceritaannya sudah membawa kembali ke Pantai Barat saya rasa eloklah cerita diteruskan malam ini. Bersambung dari Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Tentang gigi Rasyid dan ziarah ke makam Raja Ashman...


Pagi Isnin 2 April 2012 kami singgah ke makam Tok Temong.


Malam sebelumnya, setelah menziarahi makam Raja Ashman yang baru beberapa hari dikebumikan di Bukit Chandan, kami bermalam di sebuah surau berdekatan. Dalam lawatan terbaru ke makam Tok Temong ini baru saya tertarik dengan sebuah makam lain di kawasan sama. Lihat artikel Makam di sebelah Tok Temong (The tomb besides Tok Temong) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas berjalan-jalan di sekitar Temong hingga ke Chegar Galah kami lalu di Lubuk Merbau di mana terdapat sekolah ini.


Kemudian masuk kembali ke bandar diraja Kuala Kangsar.


Makan laksa di sebuah kedai kegemaran.


Letaknya berhampiran Masjid Kota Lama Kanan, masjid yang agak terkenal kerana terdapat sebatang batu nesan di saf hadapan makmum, nesan yang menandakan tempat ghaibnya seorang sultan...



Perjalanan diteruskan menghala ke Ipoh, lalu di Tanjung Rambutan singgah di masjidnya. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Tanjung Rambutan, Ipoh.


Dari Tanjung Rambutan jalan ke pusat bandar raya Ipoh membawa ke masjid yang agak cantik ini. Lihat Masjid (Mosque of) Muhibbuddin Shah, Ipoh.


Buat satu pusingan di pusat untuk mencari masjid lain yang mahu diambil gambar. Lihat Masjid (Mosque of) India Muslim, Ipoh.


Kemudian baru meninggalkan Ipoh untuk ke pekan kecil Papan.


Ada satu bangunan bersejarah yang mahu diziarahi di situ.


Pemandangan dari halaman bangunan ke pekan Papan, dahulunya salah satu pusat utama melombong bijih timah di Perak.


Inilah bangunan bersejarah yang dimaksudkan, rumah kepada seorang pemimpin masyarakat Mandailing bernama Raja Bilah yang pernah menguasai aktiviti perlombongan di sini. Lihat Rumah (House of) Raja Bilah.


Di hadapannya terdapat sebuah masjid yang kelihatan lebih kurang sama tua. Lihat Masjid (Mosque of) Raja Bilah.


Semasa mahu meninggalkan Papan saya tertarik dengan sebuah rumah milik Cina tetapi memilki satu ciri unik rumah lama tradisional orang Melayu Perak. Lihat Rumah batu dengan lidah terjulur di Papan (A brick house with hanging tounges in Papan).


OK. Saya dah lupa di manakah gambar ini diambil. Kalau tak salah di pekan/bandar Batu Gajah.


Yang pasti dari situ kami mengambil jalan menghala ke Gopeng. Selepas menyeberangi Sungai Kinta kami dapat melihat papan tanda ini...



Juga ini...


Kami pun mengambil jalan kecil tersebut. Ia menyusuri Sungai Kinta menghala ke hulu.


Ada sesuatu yang ingin saya lihat di sini. Jalan membawa ke satu kawasan pendalaman.


Kelihatanlah satu bangunan milik seorang lagi pemimpin Mandailing. Lihat Makam (Tomb of) Raja Asal.



Seterusnya kami singgah di Kellie's Castle.


Kami sempat melihat setiap bilik yang ada di setiap tingkat. Lihat Kellie's Castle, Batu Gajah.


Walaupun hari mula hujan, kami tetap naik sampai ke bumbung paling atas untuk menikmati pemandangan. Lihat artikel Views from on top of Kellie's Castle di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami juga melihat tinggalan rumah lama di belakang. Lihat Kellas House.


Selepas itu kami menghala ke Lumut. Berhenti sebentar di Bota Kanan untuk menziarahi makam Sultan ke 13 Perak, Sultan Muzaffar Shah III.




Sampai di Lumut kami singgah dahulu di masjid jamek.


Kemudian baru ke pusat bandar lalu melihat pemandangan tepian Sungai Dinding.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AsSalamualaikum,

Gambar yang Tuan ambil di pekan kecil Batu Gajah itu adalah sebenarnya pekan kecil yang bernama "Pusing", iaitu kampung sebelah bapa saya. Saya cicit dpd Raja Bilah disebelah ibu.

Fatimah Adenan
Ipoh

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terima kasih kerana mengingatkan. Tu le. Gambar tu diambil hampir 3 bulan lalu. Masa mula2 ingat le. Bila dah lama sangat baru nak masuk dalam artikel boleh jadi lupa. Mekasih sekali lagi... :]

Radzi Sapiee berkata...

Ni ada perkongsian dari seorang hamba Allah yang memakai nama Joe Kinta tapi diletak di chatbox. Saya copas balik kat sini...


Salam Ms sebenarnya di atas Makam raja asal ada 2 kubur Tok Chandang dan Isteri dan Batu ghaibnya Tok Ckt. Piatu. Kawasan ini kawalan keramat Tok Ckt. Piatu

Sy pernah di minta secara ghaib mencari 2 bukur ini 4 thn lalu dan sy menjumpainya. 2 kubur ini dijaga harimau hitam. Tok Ckt. Piatu adalah org \yang membuka Daerah Kinta .

Tok Chandang digelar Maharaja KINTa Oleh Sultan MUzaffar shah ke 2. Raja Asal datang kemudian dan bertapat di sini. Itulah sebabnya Makamnya di bawah dari kubur dan Batu ghaib keramat ini. dan

Maka tidaklah boleh disebut Bukit ini Tanah Adat mendailig sebab ia di bawah Jagaan Keramat Ckt. Piatu.

unwrittenbella berkata...

Salam macm mane sy ingin berhubung dengan joe kinta?

Sy ingin mengetahui lebih lanjut tentang kubur Tok changkat Piatu ini.

unwrittenbella berkata...

Salam macm mane sy ingin berhubung dengan joe kinta?

Sy ingin mengetahui lebih lanjut tentang kubur Tok changkat Piatu ini.