Setelah 2 minggu melupakan hal perjalanan ke Pantai Timur 26 Mac-4 April yang fasa penceritaannya sudah membawa kembali ke Pantai Barat saya rasa eloklah cerita diteruskan malam ini. Bersambung dari Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - Tentang gigi Rasyid dan ziarah ke makam Raja
Ashman...
Pagi Isnin 2 April 2012 kami singgah ke makam Tok Temong.
Malam sebelumnya, setelah menziarahi makam Raja Ashman yang baru beberapa hari dikebumikan di Bukit Chandan, kami bermalam di sebuah surau berdekatan. Dalam lawatan terbaru ke makam Tok Temong ini baru saya tertarik dengan sebuah makam lain di kawasan sama. Lihat artikel Makam
di sebelah Tok Temong (The tomb besides Tok Temong) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Selepas berjalan-jalan di sekitar Temong hingga ke Chegar Galah kami lalu di Lubuk Merbau di mana terdapat sekolah ini.
Kemudian masuk kembali ke bandar diraja Kuala Kangsar.
Makan laksa di sebuah kedai kegemaran.
Letaknya berhampiran Masjid Kota Lama Kanan, masjid yang agak terkenal kerana terdapat sebatang batu nesan di saf hadapan makmum, nesan yang menandakan tempat ghaibnya seorang sultan...
Perjalanan diteruskan menghala ke Ipoh, lalu di Tanjung Rambutan singgah di masjidnya. Lihat Masjid
jamek (Main mosque of) Tanjung Rambutan, Ipoh.
Dari Tanjung Rambutan jalan ke pusat bandar raya Ipoh membawa ke masjid yang agak cantik ini. Lihat Masjid
(Mosque of) Muhibbuddin Shah, Ipoh.
Buat satu pusingan di pusat untuk mencari masjid lain yang mahu diambil gambar. Lihat Masjid
(Mosque of) India Muslim, Ipoh.
Kemudian baru meninggalkan Ipoh untuk ke pekan kecil Papan.
Ada satu bangunan bersejarah yang mahu diziarahi di situ.
Pemandangan dari halaman bangunan ke pekan Papan, dahulunya salah satu pusat utama melombong bijih timah di Perak.
Inilah bangunan bersejarah yang dimaksudkan, rumah kepada seorang pemimpin masyarakat Mandailing bernama Raja Bilah yang pernah menguasai aktiviti perlombongan di sini. Lihat Rumah
(House of) Raja Bilah.
Di hadapannya terdapat sebuah masjid yang kelihatan lebih kurang sama tua. Lihat Masjid
(Mosque of) Raja Bilah.
Semasa mahu meninggalkan Papan saya tertarik dengan sebuah rumah milik Cina tetapi memilki satu ciri unik rumah lama tradisional orang Melayu Perak. Lihat Rumah
batu dengan lidah terjulur di Papan (A brick house with hanging tounges in
Papan).
OK. Saya dah lupa di manakah gambar ini diambil. Kalau tak salah di pekan/bandar Batu Gajah.
Yang pasti dari situ kami mengambil jalan menghala ke Gopeng. Selepas menyeberangi Sungai Kinta kami dapat melihat papan tanda ini...
Juga ini...
Kami pun mengambil jalan kecil tersebut. Ia menyusuri Sungai Kinta menghala ke hulu.
Ada sesuatu yang ingin saya lihat di sini. Jalan membawa ke satu kawasan pendalaman.
Kelihatanlah satu bangunan milik seorang lagi pemimpin Mandailing. Lihat Makam
(Tomb of) Raja Asal.
Seterusnya kami singgah di Kellie's Castle.
Kami sempat melihat setiap bilik yang ada di setiap tingkat. Lihat Kellie's
Castle, Batu Gajah.
Walaupun hari mula hujan, kami tetap naik sampai ke bumbung paling atas untuk menikmati pemandangan. Lihat artikel Views
from on top of Kellie's Castle di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kami juga melihat tinggalan rumah lama di belakang. Lihat Kellas
House.
Selepas itu kami menghala ke Lumut. Berhenti sebentar di Bota Kanan untuk menziarahi makam Sultan ke 13 Perak, Sultan Muzaffar Shah III.
Sampai di Lumut kami singgah dahulu di masjid jamek.
Kemudian baru ke pusat bandar lalu melihat pemandangan tepian Sungai Dinding.
AsSalamualaikum,
BalasPadamGambar yang Tuan ambil di pekan kecil Batu Gajah itu adalah sebenarnya pekan kecil yang bernama "Pusing", iaitu kampung sebelah bapa saya. Saya cicit dpd Raja Bilah disebelah ibu.
Fatimah Adenan
Ipoh
Wassalam. Terima kasih kerana mengingatkan. Tu le. Gambar tu diambil hampir 3 bulan lalu. Masa mula2 ingat le. Bila dah lama sangat baru nak masuk dalam artikel boleh jadi lupa. Mekasih sekali lagi... :]
BalasPadamNi ada perkongsian dari seorang hamba Allah yang memakai nama Joe Kinta tapi diletak di chatbox. Saya copas balik kat sini...
BalasPadamSalam Ms sebenarnya di atas Makam raja asal ada 2 kubur Tok Chandang dan Isteri dan Batu ghaibnya Tok Ckt. Piatu. Kawasan ini kawalan keramat Tok Ckt. Piatu
Sy pernah di minta secara ghaib mencari 2 bukur ini 4 thn lalu dan sy menjumpainya. 2 kubur ini dijaga harimau hitam. Tok Ckt. Piatu adalah org \yang membuka Daerah Kinta .
Tok Chandang digelar Maharaja KINTa Oleh Sultan MUzaffar shah ke 2. Raja Asal datang kemudian dan bertapat di sini. Itulah sebabnya Makamnya di bawah dari kubur dan Batu ghaib keramat ini. dan
Maka tidaklah boleh disebut Bukit ini Tanah Adat mendailig sebab ia di bawah Jagaan Keramat Ckt. Piatu.
Salam macm mane sy ingin berhubung dengan joe kinta?
PadamSy ingin mengetahui lebih lanjut tentang kubur Tok changkat Piatu ini.
Salam macm mane sy ingin berhubung dengan joe kinta?
PadamSy ingin mengetahui lebih lanjut tentang kubur Tok changkat Piatu ini.