Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Jun 13, 2012

Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Tentang gigi Rasyid dan ziarah ke makam Raja Ashman

Assalamualaikum. Berbalik pada perjalanan Pantai Timur 26 Mac-4 April 2012, perjalanan yang sebenarnya meliputi hampir separuh Semenanjung Malaysia. Tetapi biar ia dibuka dengan satu cerita tentang gigi...


Adapun sebelum perjalanan Pantai Timur itu bermula berlaku sesuatu yang agak menggusarkan. Ahad 25 Mac malam Isnin, anak saya Muhammad Al-Aminul Rasyid yang ketika itu berumur dua setengah tahun bermain pusing-pusing seorang diri di ruang tamu rumah. Tiba-tiba dia terpijak majalah lalu tergelincir jatuh. Bukan dia tidak pernah jatuh malah biasa sangat jatuh kerana sifatnya yang lasak. Tapi kali ini dia tidak sempat menahan dengan tangan, mukanya terus tersembam ke lantai.

Akibatnya sebiji gigi hadapannya tercabut... bukan patah tetapi tercabut dari akar lalu keluar seketul gitu! Itulah dalam gambar yang diambil di atas. Walaupun keluar darah agak banyak, walaupun awalnya Rasyid menangis dia kemudian elok bersemangat bermain balik. Isteri saya yang terfikir hendak membatalkan perjalanan ke Pantai Timur pun lega.

Cuma saya sedikit gusar. Apakah ada makna tersirat daripada hal gigi tercabut ini? Kata orang tua-tua kalau mimpi gigi tercabut itu bermakna ada orang yang kita kenal rapat akan meninggal dunia. Tapi itu kalau mimpi. Kalau betul-betul terjadi di alam nyata bagaimana pula? Sekarang baru kita boleh menyambung cerita daripada artikel sebelumnya, Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Sungai Pengkalan Datu, makam Tok Panjang dan faktor 313...



Awal pagi Ahad 1 April, setelah 3 hari bermalam di Kota Bahru, di sebuah hotel tepi sungai yang terletak sangat dekat dengan masjid utama bandar raya iaitu Masjid Muhammadi baru saya singgah ke masjid itu untuk solat Subuh.


Selepas itu saya keluar menghantar anak sulung, Kakak dan adiknya Angah ke sekolah. Kerana di Kelantan sekolah Ahad hingga Khamis. Dengan itu mereka pun kembali kepada rutin biasa menetap di rumah bapa saudara sementara saya, isteri dan anak-anak lain akan mengorak langkah kembali ke rumah di Selangor. Saya pun berpatah balik ke hotel... singgah sebentar di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian.


Terlihat Quran besar dibiarkan terbuka.


Ah. Surah Al-Sajadah. Saya pun membacanya kemudian bersujud.


Sampai ke hotel saya berehat sebentar bersama isteri dan anak-anak. Tengah hari baru check out. Kami sudah bersedia untuk meninggalkan Kelantan. Tapi singgah dahulu di Pasar Siti Khadijah...


Saya teringin nak makan jering rebus dengan kelapa. Tetapi tiada pula orang menjual hari itu. Oh, saya ada singgah di masjid sebelah pasar. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Pasar Siti Khadijah di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kemudian baru kami meninggalkan bandar raya menuju ke bandar Tanah Merah. Singgah sebentar di masjid jameknya. Lihat Masjid Ismail Petra, Tanah Merah waktu siang (The mosque of Ismail Petra, Tanah Merah during daytime).


Dari Tanah Merah kami melepasi bandar Jeli. Terlihat bukit batu kapur ini. Terasa hendak melihat lebih dekat.


Inilah bukit yang dipanggil Gunung Reng. Ia terkenal di kalangan warga tempatan kerana menurut ceritanya ia asalnya sebuah gunung yang diterbangkan dari tempat lain lalu diterbalikkan di sini untuk menghempap beberapa orang taik judi yang sedang leka membuat aktiviti...


Di kakinya ada masjid. Kami singgah sebentar. Lihat Masjid (Mosque of) Gunung Reng, Jeli.



Perjalanan diteruskan masuk ke negeri Perak.



Berhenti di satu tempat rehat yang kalau tak salah terletak di tempat paling tinggi di lebuh raya timur-barat Jeli ke Gerik, lebuh raya yang mendaki bahagian utara Banjaran Titiwangsa. Untuk gambaran keadaan lihat artikel lama Sedikit rasa di atas kayangan? yang ditulis pertengahan 2007. Rasanya itulah kali terakhir saya mengambil laluan sini sebelum perjalanan 2012. Isteri pula memang tak pernah sampai seumur hidup...


Ke hadapan lagi kelihatanlah Tasik Banding, tasik besar buatan yang terbentuk akibat bahagian hulu Sungai Perak dijadikan empangan.


Kami pun singgah ke tepian tasik yang boleh membawa masuk ke hutan simpan Royal Belum. Tengok-tengok air tasik melimpah jauh masuk ke tebing. 


Kami tetap seronok berjalan-jalan malah sempat main air bah. Lihat artikel Entry point to the Royal Belum forest di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dari Tasik Banding kami ke bandar Gerik lalu singgah di masjid jameknya. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Gerik.


Sampai ke bandar diraja Kuala Kangsar kami terus naik ke Bukit Chandan lalu pergi ke Masjid Ubudiyah.



Dari masjid kami ke kawasan pemakaman diraja. Maka barulah cerita boleh dikaitkan dengan hal gigi tercabut yang disebut pada awal artikel ini...


OK. Selepas gigi Rasyid tercabut Ahad malam Isnin saya mendapat berita yang memeranjatkan kurang 5 hari kemudian. Awal pagi Jumaat jam 1-2 gitu saya mendapat sms memberitahu bahawa Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah anakanda kepada Sultan Azlan Shah yang memegang takhta negeri sekarang baru sahaja mangkat. Berita ini amat memeranjatkan kerana setahu saya beliau sifat walafiat. Umurnya sekitar 55 tahun gitu dan sekadar yang saya tahu beliau tidak pernah mengalami apa-apa penyakit yang boleh mengancam nyawa.


Saya mengenali almarhum Raja Ashman sudah lebih 10 tahun kerana kadangkala menghadiri majlis zikir dan Maulidur Rasul di rumahnya yang diwakafkan untuk acara Tariqat Naqsyabandiah Haqqani di Bukit Damansara. Selain itu kami sebenarnya ada hubungan darah tetapi dari cabang berlainan keluarga besar kesultanan yang sudah banyak berpecah jurai.


Beliau pernah mendukung anak saya Rasyid semasa umurnya baru dua bulan lalu terkesan dengan cara mata anak kecil itu memandang tajam. Lalu saya terfikir apakah gigi Rasyid tercabut itu satu petunjuk akan kemangkatan beliau?


Apapun memang saya bercadang untuk singgah ke kawasan pemakaman diraja apabila meninggalkan Kelantan untuk kembali ke rumah, kerana mahu menziarahi makam moyang dan mereka yang ada kena-mengena di satu sudut terdekat dengan masjid. Sebelum perjalanan dimulakan lagi saya sudah merancang mahu mengambil laluan Jeli-Gerik, apalagi isteri tidak pernah lalu dan saya sendiri sudah lebih 5 tahun tidak ke situ. Dari Gerik jalan ke selatan memang melalui Kuala Kangsar...


Jadi apabila mendapat tahu kemangkatan Raja Ashman saya mahu menziarahi makamnya sekali. Tak sangka pula malam kami sampai, Ahad malam Isnin ada acara tahlil hari ketiga kemangkatan di makam... selepas diadakan acara serupa di Istana Iskandariah yang terletak berdekatan. Al-Fatihah...





Tiada ulasan: