Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Jun 03, 2012

Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Sungai Pengkalan Datu, makam Tok Panjang dan faktor 313

OK. Beralih kembali ke perjalanan Pantai Timur 26 Mac-4 April. Bersambung dari Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ke Danau Tok Uban.


Esok pagi Sabtu 31 Mac, sekali lagi saya menghantar Kakak ke sekolahnya untuk kelas tambahan. Kemudian saya ke warung berdekatan untuk sarapan.


Selepas itu singgah di Masjid Kampung Laut.


Berehat di dalam sementara menunggu anak sulung tersebut tamat kelas tambahan.



Selepas Zuhur baru kami semua keluar anak beranak. Lalu di satu bahagian bandar raya Kota Bahru tidak jauh dari hotel kami kelihatan bangunan ini.


Ia sebenarnya makam seorang bangsawan Patani-Kelantan dahulukala. Hal makam ini dan pemiliknya pernah diceritakan dalam artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Antara Long Sulaiman dan Long Deraman yang dibuat setahun lalu.


Tak tahulah apa yang sudah terjadi sehingga bumbungnya roboh begini. Dengan itu kami pun keluar dari bandar raya.


Kami mengambil jalan ke Pulau Melaka melepasi Kedai Lalat lalu terus ke barat laut menghala ke kawasan pantai. Saya mahu melihat keadaan sebuah sungai. Lihat artikel Pengkalan Datu river close to the river mouth di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kawasan yang dimaksudkan terletak di sekitar Pantai Sabak.


Dalam artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Menyusuri jejak Raja-raja Jembal dengan lebih teliti yang dibuat Mei tahun lepas saya ada menunjukkan gambar-gambar Sungai Pengkalan Datu daripada beberapa tempat. Sungai ini merupakan laluan utama raja-raja Kelantan dari Dinasti Jembal keluar masuk ke  pusat bersemayam di Kota Jembal. Mereka memerintah sebelum dinasti sekarang muncul sekitar 300 tahun lalu. Dalam perjalanan kali ini ke Kelantan saya teringin sangat mahu melihat kuala sungai. Lihat Pengkalan Datu river at its mouth.


Selepas itu baru makan di sebuah kampung berdekatan.


Warung yang dipilih terletak bersebelahan sebuah sungai yang mengalir masuk ke Sungai Pengkalan Datu. Di sini nelayan selalu menurunkan tangkapan segar.


Dari Pantai Sabak kami ke Pengkalan Chepa...


Lalu di tepian lapangan terbang...


Dengan mengambil jalan belakang kami pun pergi ke Pantai Cahaya Bulan.


Johan yang ketika itu berumur 44 hari menikmati angin laut. Lihat The beach called Pantai Cahaya Bulan.


 Seterusnya kami singgah di kawasan makan Kedai Buluh.


Letaknya di tepian Sungai Kelantan memberikan pemandangan yang menarik. Lihat Kelantan river at Kedai Buluh jetty.

Kami ke Kedai Buluh kerana mahu menemui seorang kenalan. Kenalan bernama Qori (tak tahu le betul ke ejaan. Yang pasti begitu bunyinya...)  itu kemudian membawa saya masuk ke Kampung Tok Panjang yang terletak berdekatan, terus ke pinggir sungai ini.


Kami pertama kami bertemu ketika cuba mencari sebuah makam lama di sekitar ini, setelah mendapat cerita daripada orang di kampung lain berdekatan kuala Sungai Kelantan. Ketika itu Qori pun tak tahu kedudukan makam yang dimaksudkan. Tetapi dia ada mendengar cerita. Lihat artikel lama Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Tahun Baru di sekitar kuala Sungai Kelantan.


Selepas pertemuan itu baru dia mendapat tahu makam itu terletak betul-betul di hadapan ini seberang sungai. Qori pun membawa saya menaiki perahu kecil yang asyik beroleng-oleng. 


Suspense wooo naik perahu oleng-oleng. Patutlah awal-awal lagi Qori meninggalkan kunci kereta, telefon bimbit dan segala barang penting di tebing tempat kami berlepas. Sampai satu peringkat perahu nyaris-nyaris terbalik akibat saya tidak pandai mengimbangkan badan. Basah le jugak seluar sampai ke peha. 

Sikit-sikit saya boleh berenang tapi tak le pandai. Kalau terbalik bagaimana pula dengan telefon bimbit dan kamera yang saya letak dalam beg pinggang? Nasib baik dapat juga pergi dan balik dengan selamat. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Panjang, Kota Bahru? di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Nota: Baru tersedar. Hari itu 31 haribulan Mac bersamaan 31/3... 313. Hmm...



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pilunya melihat khazanah bangsa semakin terpinggir... mungkin ianya tiada nilai kebendaan bagi pihak tertentu....