OK. Beralih kembali ke perjalanan Pantai Timur 26 Mac-4 April. Bersambung dari Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ke Danau Tok
Uban.
Esok pagi Sabtu 31 Mac, sekali lagi saya menghantar Kakak ke sekolahnya untuk kelas tambahan. Kemudian saya ke warung berdekatan untuk sarapan.
Selepas itu singgah di Masjid Kampung Laut.
Berehat di dalam sementara menunggu anak sulung tersebut tamat kelas tambahan.
Selepas Zuhur baru kami semua keluar anak beranak. Lalu di satu bahagian bandar raya Kota Bahru tidak jauh dari hotel kami kelihatan bangunan ini.
Ia sebenarnya makam seorang bangsawan Patani-Kelantan dahulukala. Hal makam ini dan pemiliknya pernah diceritakan dalam artikel Menjejak
kegemilangan lama Pantai Timur : Antara Long Sulaiman dan Long Deraman yang dibuat setahun lalu.
Tak tahulah apa yang sudah terjadi sehingga bumbungnya roboh begini. Dengan itu kami pun keluar dari bandar raya.
Kami mengambil jalan ke Pulau Melaka melepasi Kedai Lalat lalu terus ke barat laut menghala ke kawasan pantai. Saya mahu melihat keadaan sebuah sungai. Lihat artikel Pengkalan
Datu river close to the river mouth di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kawasan yang dimaksudkan terletak di sekitar Pantai Sabak.
Dalam artikel Menjejak
kegemilangan lama Pantai Timur : Menyusuri jejak Raja-raja Jembal dengan lebih
teliti yang dibuat Mei tahun lepas saya ada menunjukkan gambar-gambar Sungai Pengkalan Datu daripada beberapa tempat. Sungai ini merupakan laluan utama raja-raja Kelantan dari Dinasti Jembal keluar masuk ke pusat bersemayam di Kota Jembal. Mereka memerintah sebelum dinasti sekarang muncul sekitar 300 tahun lalu. Dalam perjalanan kali ini ke Kelantan saya teringin sangat mahu melihat kuala sungai. Lihat Pengkalan
Datu river at its mouth.
Selepas itu baru makan di sebuah kampung berdekatan.
Warung yang dipilih terletak bersebelahan sebuah sungai yang mengalir masuk ke Sungai Pengkalan Datu. Di sini nelayan selalu menurunkan tangkapan segar.
Dari Pantai Sabak kami ke Pengkalan Chepa...
Lalu di tepian lapangan terbang...
Dengan mengambil jalan belakang kami pun pergi ke Pantai Cahaya Bulan.
Johan yang ketika itu berumur 44 hari menikmati angin laut. Lihat The
beach called Pantai Cahaya Bulan.
Seterusnya kami singgah di kawasan makan Kedai Buluh.
Letaknya di tepian Sungai Kelantan memberikan pemandangan yang menarik. Lihat Kelantan
river at Kedai Buluh jetty.
Kami ke Kedai Buluh kerana mahu menemui seorang kenalan. Kenalan bernama Qori (tak tahu le betul ke ejaan. Yang pasti begitu bunyinya...) itu kemudian membawa saya masuk ke Kampung Tok Panjang yang terletak berdekatan, terus ke pinggir sungai ini.
Kami pertama kami bertemu ketika cuba mencari sebuah makam lama di sekitar ini, setelah mendapat cerita daripada orang di kampung lain berdekatan kuala Sungai Kelantan. Ketika itu Qori pun tak tahu kedudukan makam yang dimaksudkan. Tetapi dia ada mendengar cerita. Lihat artikel lama Menjejak
kegemilangan lama Pantai Timur : Tahun Baru di sekitar kuala Sungai Kelantan.
Selepas pertemuan itu baru dia mendapat tahu makam itu terletak betul-betul di hadapan ini seberang sungai. Qori pun membawa saya menaiki perahu kecil yang asyik beroleng-oleng.
Suspense wooo naik perahu oleng-oleng. Patutlah awal-awal lagi Qori meninggalkan kunci kereta, telefon bimbit dan segala barang penting di tebing tempat kami berlepas. Sampai satu peringkat perahu nyaris-nyaris terbalik akibat saya tidak pandai mengimbangkan badan. Basah le jugak seluar sampai ke peha.
Sikit-sikit saya boleh berenang tapi tak le pandai. Kalau terbalik bagaimana pula dengan telefon bimbit dan kamera yang saya letak dalam beg pinggang? Nasib baik dapat juga pergi dan balik dengan selamat. Lihat artikel Makam
(Tomb of) Tok Panjang, Kota Bahru? di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
pilunya melihat khazanah bangsa semakin terpinggir... mungkin ianya tiada nilai kebendaan bagi pihak tertentu....
BalasPadam