Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, April 23, 2012

Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - dari Janda Baik ke Raub, Kuala Lipis dan Gunung Senyum

Kira-kira 19 hari lalu saya ada membuat artikel pengenalan Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - si cilik membuka langkahnya... menyebut bahawa saya dan keluarga ada membuat perjalanan baru di mana saya telah memandu kereta sejauh 2374.9 km. Sekarang biarlah scerita tentang perjalanan yang memakan masa 10 hari 9 malam itu dimulakan...



Isnin 26 April 2012. Setelah begitu lama kami anak beranak asyik terperap di rumah akibat isteri bersalin anak baru Muhammad Alauddin Johan kami pun bersedia untuk membuat perjalanan jauh.


Kalau ikutkan Johan baru sahaja berumur 39 hari ketika itu, belum habis tempoh berpantang. Tetapi atas sebab tertentu yang akan diterangkan nanti, perjalanan harus dimulakan...


Dari rumah kami ke bandar raya Kuala Lumpur sebelum masuk ke Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang melalui jalan lama.


Selepas berehat di surau tempat kami biasa singgah di tepi sungai kami makan malam sup tulang.


Kami bermalam di rumah almarhum Nenek, ibu kepada ayah saya di Raub. Esoknya Selasa 27 April ziarah ke makamnya...


Makan tengah hari ikan keli gulai asam rong di Simpang Kallang.


Kemudian timbul gerak untuk ke Kuala Lipis. Terus ke Kampung Relong mencari makam orang yang dikenali sebagai Tok Linggi.


Nasib baik ada makcik ini menunjukkan jalan. Kalau tak susah juga nak cari walaupun saya pernah sampai beberapa tahun lalu. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Linggi, Kampung Relong di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Satu pemandangan di Kampung Relong...


Seterusnya kami singgah di masjid berdekatan bandar Kuala Lipis. Lihat Masjid (Mosque of) Sultan Mahmud, Kuala Lipis.



Kemudian pusing kawasan bandar lama.


 Kami menghilir Sungai Jelai sehingga sampai ke Kuala Tembeling.


Saja melihat suasana sungai yang merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara. Kemudian baru ke bandar seterusnya iaitu Jerantut.


Singgah di masjid besar ini pula. Lihat Masjid (Mosque of) Tengku Mahkota Abdullah,Jerantut.


Dari Jerantut kami ke satu kampung yang terletak di ceruk selatannya iaitu Lubuk Pelang.


Ada sekelompok makam berbatu nesan Aceh yang belum pernah kami ziarahi sebelum ini. Lihat Makam (Tomb of) Lubuk Pelang.


Perjalanan membawa kami kembali ke bandar Jerantut sebelum melalui jambatan terdekat menyeberangi Sungai Pahang.


Timbul rasa untuk mengabadikan gambar untuk blogspot. Jambatan yang sempit memaksa saya meletakkan kereta sebelum berjalan kaki ke tengah. Lihat artikel  Pahang river at Jerantut Ferry di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami masuk ke Jengka mencari destinasi seterusnya.


Destinasi tersebut adalah Gunung Senyum. 


Rupa-rupanya ia lebih dekat dengan bandar Temerloh. Kenapa dipanggil Gunung Senyum? Mungkin kerana ada di antara gua-guanya membentuk satu senyuman...


Yang pasti ia ada banyak gua. Kami anak beranak baru pertama kali sampai. Lihat The caves of Gunung Senyum.



Dalam satu gua ada pula makam. Lihat Makam (Tomb of) Tok Long, Gunung Senyum. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 979 di blogspot ini.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TUAN RAZI....
TERIMAKASIH DIATAS INFORMASI SAUDARA TERUTAMA DALAM TAJUK HANG TUAH.
SEBAGAI SEORANG PENGAJAR SAYA PERNAH BAGI ADD... TUAN KEPADA SEORANG PELAJAR...TAK SANGKA IA MENJADI SATU TREND PULAK PADA PELAJAR-PELAJAR SAYA KINI DULU MEREKA SIBUK DENGAN FB JA SEKARANG BLOG TUAN JADI TUMPUAN MEREKA TAHNIAH....
TERUSKAN USAHA MURNI TUAN.

Radzi Sapiee berkata...

Sama2. Sukacita saya mendengar blog ini menjadi tumpuan anak2 muda. :]