Kira-kira 19 hari lalu saya ada membuat artikel pengenalan Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - si cilik membuka langkahnya... menyebut bahawa saya dan keluarga ada membuat perjalanan baru di mana saya telah memandu kereta sejauh 2374.9 km. Sekarang biarlah scerita tentang perjalanan yang memakan masa 10 hari 9 malam itu dimulakan...
Isnin 26 April 2012. Setelah begitu lama kami anak beranak asyik terperap di rumah akibat isteri bersalin anak baru Muhammad Alauddin Johan kami pun bersedia untuk membuat perjalanan jauh.
Kalau ikutkan Johan baru sahaja berumur 39 hari ketika itu, belum habis tempoh berpantang. Tetapi atas sebab tertentu yang akan diterangkan nanti, perjalanan harus dimulakan...
Dari rumah kami ke bandar raya Kuala Lumpur sebelum masuk ke Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang melalui jalan lama.
Selepas berehat di surau tempat kami biasa singgah di tepi sungai kami makan malam sup tulang.
Kami bermalam di rumah almarhum Nenek, ibu kepada ayah saya di Raub. Esoknya Selasa 27 April ziarah ke makamnya...
Makan tengah hari ikan keli gulai asam rong di Simpang Kallang.
Kemudian timbul gerak untuk ke Kuala Lipis. Terus ke Kampung Relong mencari makam orang yang dikenali sebagai Tok Linggi.
Nasib baik ada makcik ini menunjukkan jalan. Kalau tak susah juga nak cari walaupun saya pernah sampai beberapa tahun lalu. Lihat artikel Makam
(Tomb of) Tok Linggi, Kampung Relong di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Satu pemandangan di Kampung Relong...
Seterusnya kami singgah di masjid berdekatan bandar Kuala Lipis. Lihat Masjid
(Mosque of) Sultan Mahmud, Kuala Lipis.
Kemudian pusing kawasan bandar lama.
Kami menghilir Sungai Jelai sehingga sampai ke Kuala Tembeling.
Saja melihat suasana sungai yang merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara. Kemudian baru ke bandar seterusnya iaitu Jerantut.
Singgah di masjid besar ini pula. Lihat Masjid
(Mosque of) Tengku Mahkota Abdullah,Jerantut.
Dari Jerantut kami ke satu kampung yang terletak di ceruk selatannya iaitu Lubuk Pelang.
Ada sekelompok makam berbatu nesan Aceh yang belum pernah kami ziarahi sebelum ini. Lihat Makam (Tomb of) Lubuk Pelang.
Perjalanan membawa kami kembali ke bandar Jerantut sebelum melalui jambatan terdekat menyeberangi Sungai Pahang.
Timbul rasa untuk mengabadikan gambar untuk blogspot. Jambatan yang sempit memaksa saya meletakkan kereta sebelum berjalan kaki ke tengah. Lihat artikel Pahang
river at Jerantut Ferry di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kami masuk ke Jengka mencari destinasi seterusnya.
Destinasi tersebut adalah Gunung Senyum.
Rupa-rupanya ia lebih dekat dengan bandar Temerloh. Kenapa dipanggil Gunung Senyum? Mungkin kerana ada di antara gua-guanya membentuk satu senyuman...
Yang pasti ia ada banyak gua. Kami anak beranak baru pertama kali sampai. Lihat The
caves of Gunung Senyum.
Dalam satu gua ada pula makam. Lihat Makam
(Tomb of) Tok Long, Gunung Senyum. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 979 di blogspot ini.
TUAN RAZI....
BalasPadamTERIMAKASIH DIATAS INFORMASI SAUDARA TERUTAMA DALAM TAJUK HANG TUAH.
SEBAGAI SEORANG PENGAJAR SAYA PERNAH BAGI ADD... TUAN KEPADA SEORANG PELAJAR...TAK SANGKA IA MENJADI SATU TREND PULAK PADA PELAJAR-PELAJAR SAYA KINI DULU MEREKA SIBUK DENGAN FB JA SEKARANG BLOG TUAN JADI TUMPUAN MEREKA TAHNIAH....
TERUSKAN USAHA MURNI TUAN.
Sama2. Sukacita saya mendengar blog ini menjadi tumpuan anak2 muda. :]
BalasPadam