Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mei 06, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Makam Tok Janggut, Kampung Laut dan masuk lubang kubur di makam Tok Selehor

Sudah 11 hari saya membiarkan penceritaan siri tergantung. Maka biar disambung daripada artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Berkejar ke Kota Bahru.



Pagi Isnin 27 Disember 2011. Setelah hujan semalaman timbul langit cerah.




Ia adalah hari ketiga dalam perjalanan ke Pantai Timur. Sampai masa untuk memulakan aktiviti, berjalan kaki sebentar ke sebelah rumah melihat sebuah kolah air lama, kalau tak salah ingatan pernah digunakan di surau lama (kini tiada) yang pernah dikelolakan oleh almarhum datuk kepada Cikgu Najib, seorang dari keturunan wali Allah Tok Pulau Manis yang telah berhijrah dari Terengganu ke Kelantan.



Kiranya kami telah bermalam di rumah Cikgu Najib. Selain tumpang berehat kami mahu memastikan rancangan perjalanan. Biar diingatkan satu sebab utama beliau menjemput kami ke Kelantan adalah untuk membawa saya melihat sekolah-sekolah pondok juga pusat-pusat tariqat di wilayah Patani yang terletak di selatan Thailand.



Namun Cikgu Najib telah didatangi urusan tidak disangka. Maklumlah dia bekerja di Istana Kelantan yang diketahui sedang mengalami pergolakan besar ketika itu. Maka kami sepakat... biar Cikgu najib menyelesaikan urusannya dalam tempoh 3 hari sementara saya membawa anak-anak dan isteri berjalan. Selepas itu baru saya ikut dia ke Patani. Di atas adalah gambar ketika kami keluar dari lorong meninggalkan rumah Cikgu Najib. Tertera perkataan Pasti Tok Wan Ali Kutan merujuk kepada ulamak besar Kelantan Sheikh Wan Ali Kutan yang hidup 1837-1913.




Kami terus keluar menghala ke Kota Bahru.




Namun sebelum jambatan menyeberangi Sungai Kelantan ke bandaraya kami mengambil jalan kecil susur kiri.




Ada tempat yang sudah lama ingin saya tuju.




Inilah makam pahlawan Melayu Kelantan yang dipanggil Tok Janggut. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Janggut, Kelantan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.


Dari jalan kecil kampung kami masuk ke satu jalan besar.



Jalan ini membawa ke bulatan berdekatan Wakaf Baru lalu saya ke sana melihat masjidnya. Lihat Masjid (Mosque of) Wakaf Baru.



Selepas itu saya menghala ke utara. Oh, sebenarnya sebelum ke Wakaf Baru saya ada singgah sebuah masjid di Kubang Labu. Lihat Masjid (Mosque of) An-Nur, Kubang Labu.




Kemudian saya ingin membawa keluarga ke Kampung Laut.



Untuk makluman di kampung inilah pernah terletak Masjid Kampung Laut yang disebut sebagai masjid tertua masih wujud dengan bangunan asal di Malaysia. Namun masjid berusia ratusan tahun itu telah dialihkan ke Nilam Puri kira-kira 19 km dari sini kerana tapak asalnya sudah terhakis dan kini menjadi sebahagian dari Sungai Kelantan. Lihat artikel Al-Rasyid's first visit to Masjid (Mosque of) Kampung Laut yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH 11 hari lalu. Lihat juga pemandangan Sungai Kelantan di sekitar itu pada artikel Kelantan river at the Kampung Laut jetty.




Sebaliknya Kampung Laut memiliki sebuah masjid lain yang dibina 1960an untuk menggantikan fungsi masjid asal. Di masjid ini terdapat beberapa barangan asal yang diambil dari masjid lama. Lihat Masjid 'baru' ('New' mosque of) Kampung Laut.



Seterusnya saya membawa isteri dan anak-anak ke Kok Majid.


Terletak di delta Sungai Kelantan ia menawarkan satu pengalaman menarik...

Seronok jalan-jalan naik bot menikmati pemandangan perairan Sungai Kelantan hampir ke Laut China Selatan. Lihat klip-klip video di Al-Rasyid dan abang serta kakaknya pusing-pusing di sekitar delta Sungai Kelantan. Untuk gambar-gambar lihat artikel Kelantan river from Kok Majid dan Going around the Kelantan river delta.




Seterusnya kami menghala ke Tumpat.


Tetapi belum lagi ke bandar Tumpat. Sebaliknya kami mahu pergi ke kawasan sekolah pondok yang pernah diasaskan ulamak besar bertaraf wali Tok Selehor yang hidup sezaman dengan Tok Kenali kira-kira seabad lalu.




Saya menyuruh isteri dan anak-anak ke hadapan sementara saya masuk ke masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Tok Selehor.



Kemudian baru kami sama-sama menziarahi makam Tok Selehor. Lihat Tomb of Tok Selehor revisited.




Oh. Tidak jauh dari makam, dalam tanah perkuburan sama di hadapan masjid terdapat bangunan pondok ini.




Selepas mendapatkan kunci dari bahagian lain perkampungan sekolah pondok, kami anak-beranak pun masuk ke dalam lubang terdapat di dalam pondok.



Ketahuilah lubang ini pernah digunakan untuk bersuluk semasa Tok Selehor masih hidup. Ia dikelilingi tanah perkuburan dan letaknya memang pada aras mayat biasa ditanam. Malah memang ada mayat-mayat ditanam beberapa kaki sahaja di setiap sudut keliling lubang. Difahamkan selepas diberi zikir tertentu, seorang salik atau anak murid pencari kebenaran boleh mengalami dengan jelas proses yang berlaku apabila seseorang meninggal dunia lalu dikebumikan. Lihat artikel 'Facing' death at Tok Selehor's special meditation hole.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seingat aku, di masjid kg laut tu satu ketika dulu... tuan tabal & Mufti Hj Wan Musa (anak tuan tabal) pernah berulang ke situ untuk mengajar dari Kota Bharu dengan menaiki gajah untuk seberang sungai. Tapi kemudian sikit, Hj Wan Musa buka surau sendiri di Kg Laut dan diwarisi hingga kini dan dijaga oleh ahli keluarga beliau. Sekarang, dimasjid tu lah jadi tempat 'ratib tok syeikh' yang masih diamalkan oleh penduduk setempat sampai sekarang.

Radzi Sapiee berkata...

Terima kasih atas maklumat menarik ini. Jadi di masjid 'baru' tu selalu ada ratib ya? Apakah dibawa oleh anak cucu Tuan Tabal lagi? Apakah dari Tariqat Ahmadiah?

sya berkata...

Assalamualaikum saudara Radzi,

terimakasih kerana menyiarkan gambar kolah masjid Kg Surau tu.Rasa terharu lak, sbb dh berpuluh tahun saya x melihat kolah surau tu.Dulu masa kecil saya masih ingat rupa surau tu dan keadaan kampung Kutan Sungai yg berdekat dengan surau tu. Macamana saudara boleh sampai ke sana ye? sbb seingat saya dah x de jalan nak ke sana.Rumah saya boleh di lalui melalui lorong Tok Wan Ali Kutan tu,insyaAllah kalau saudara berkunjung ke Kelantan lagi saya nak jemput datang ke rumah.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Ooo, namanya Kampung Surau ya? Saya bermalam di rumah sebelah saja. Kalau tak salah ingat, kata tuan rumah iaitu Cikgu Najib kolah tu adalah milik datuknya gitu. Malam2 lalu situ katanya kadang2 boleh nampak orang berjubah putih duduk atas kolah tetapi saya yakin itu bukan datuknya, sekadar benda lain yang mahu memaparkan imej serupa.

Apapun gambar diambil kerana malam hari sebelumnya saya telah diberitahu tentang kolah itu lalu pergi melihatnya. Siangnya baru dapat mengambil gambar. Ia diletakkan dalam artikel ini kerana rupanya lebih kurang sama kolah Masjid Kampung Laut yang juga ditunjukkan di sini tetapi lebih kecil. Cuma saya terlupa hendak menulis perbandingan dalam artikel.

wan kelate' berkata...

sudara merah silu, terima kasih krn menziarahi kg2 saya dan singgah bersolat di masjid AnNur Kota Kubang Labu.

x sangke pula sudara sampai kesini dlm rangka pengembaraan saudara.
x trsempak pulak saya dgn sdra di masjid annur. xdak rejeki kot.

Radzi Sapiee berkata...

Sama2. :]