Assalamualaikum semua. Merujuk pada artikel
Perjalanan 2,367 km dan 4,743 gambar yang dibuat lebih 3 bulan lalu, setelah beberapa lama sibuk dengan hal-hal dan artikel-artikel lain, hari ini 15 April 2011 Masihi bersamaan 11 Jamadil Awal 1432 Hijrah biar dimulakan siri tentang perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010, perjalanan yang dibuat antara lain untuk melihat keadaan wilayah Patani di selatan Thailand. Mari.
Sekitar pertengahan 2010 saya telah mendapat panggilan telefon daripada seseorang yang memperkenalkan diri sebagai Cikgu Najib. Dia mendapat tahu dari beberapa orang kenalan juga melalui Internet bahawa saya ada pengetahuan tertentu berkenaan Sharif Muhammad Baghdadi yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu juga tentang seorang keturunan Sharif iaitu Waliyullah Tok Pulau Manis yang hidup semasa Sultan Zainal Abdidin I memerintah Terengganu abad ke 18 Masihi. Kata Cikgu Najib yang bekerja dengan Istana Kelantan, beliau adalah dari keturunan Tok Pulau Manis yang berhijrah ke Kota Bahru. Beliau ingin berbincang dengan saya lalu meminta agar dapat datang ke sana.
Kata Cikgu Najib lagi beliau biasa dengan institusi pondok di Patani, selatan Thailand lalu membuat tawaran untuk membawa saya berjalan-jalan berjumpa guru-guru naik hingga ke Kresik dan sekitarnya. Ah. Saya memang sudah lama menyimpan hajat untuk ke sana. Cuma kata saya tunggulah sehingga hujung tahun kerana kami sekeluarga memang sudah merancang mahu ke Pantai Timur melihat anak-anak yang menetap bersama bapa saudaranya di Kota Bahru. Dan kami sememangnya sudah memikirkan hendak masuk ke selatan Thailand melalui Takbai naik ke Patani hingga ke Singgora kemudian turun melalui Hatyai terus ke samada Kedah ataupun Perlis...
Hari yang ditunggu pun sampai. Mengambil kesempatan atas cuti Krismas 25 Disember 2010 yang jatuh hari Sabtu lalu digantikan dengan cuti hari Isnin digabungkan dengan cuti hujung minggu berserta cuti tahun baru 1 Januari 2011 yang turut jatuh hari Sabtu (maka digantikan dengan cuti Isnin seterusnya) isteri saya memohon cuti panjang. Sebelum jam 10 pagi Krismas bergeraklah kami. Oh... kena kosongkan meter kereta terlebih dahulu.
Seperti diberitahu tadi, kami memang sudah lama mahu ke Pantai Timur untuk melihat anak-anak. Kali terakhir saya membawa isteri ke sana adalah bulan Ramadhan 2009, sekembalinya kami dari satu perjalanan ke Aceh. Ketika itu isteri sedang sarat mengandungkan anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid. Lihat
Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan".
Pertengaham tahun 2010 pula saya ada ke Pantai Timur untuk satu kerja lalu tidak membawa isteri. Lihat
Projek buku keretapi.
Kiranya inilah kali pertama saya dapat membawa isteri berserta anak kecil kami Al-Rasyid ke Pantai Timur. Ketika itu dia berumur setahun dua bulan setengah. Sampai di satu bahagian Lebuhraya Utara Selatan kelihatan papan iklan ini. Inilah harinya untuk apa ya? Yang pasti ia hari Krismas. Dan Insyaallah ia hari pertama Al-Rasyid akan menjejakkan kaki di negeri Kelantan...
Hujan rintik turun.
Masuk ke negeri Perak.
Kami berhenti makan di perhentian Tapah.
Tidak lama kemudian kelihatan papan tanda arah untuk naik ke Cameron Highlands. Kami memang bercadang mahu ke sana tetapi melalui jalan lain.
Kali pertama saya menjejakkan kaki di air terjun itu adalah sekembalinya dari perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan 2009. Kami telah bermalam di Cameron Highlands lalu pergi ke sana apabila turun dari kawasan gunung. Oh. Sedar tak sedar dah sampai Ipoh...
Kelihatan arah untuk satu lagi simpang naik ke Cameron Highlands.
Al-Rasyid keriangan di belakang.
Sampai satu bahagian atas gunung kami berhenti.
Ada tempat untuk rehat dan makan minum. Kelihatan 'tengkorak' ini dipaku pada dinding. Agaknya beginilah nasib hantu jembalang yang ditangkap oleh orang paranormal. Ataupun beginilah keadaan orang yang terlalu banyak minum Kopi Jantan?
Tidak lama kemudian sampailah kami di pinggiran bandar (ke kira pekan?) Gua Musang. Lihat
On to Gua Musang.
Sampai di satu tempat meter kereta menunjukkan kami sudah berjalan 333.3 km.
Kami pun masuk untuk berehat dan bersolat. Kelihatan Al-Rasyid melakukan gaya orang melaungkan azan. Entah kenapa sebaik sahaja melihat masjid ini dia mengangkat tangan sambil melaungkan "Ta... ta... ta..." dengan gaya seperti orang azan. Ternyata sejak itu, dia akan berbuat begitu setiap kali terlihat masjid dan surau terutama dalam perjalanan ini... :]
4 ulasan:
Assalamualaikum...
1)Semoga anda sekeluarga diberkati ALLAH..... Saya amat berterima kasih kerana saudara telah berkongsi cerita tentang perjalanan ini (Patani) kerana saya juga menyimpan hasrat yg teramat tinggi untuk menziarahi negeri saudara seagama dan sebangsa dengan kita ini....
2)Mudah2an saudara dan keluarga akan dilimpahi rezeki yang banyak....dan seterusnya membuatkan saudara akan lebih banyak berkongsi cerita2 sebegini..
Terima kasih.
Wassalam. Amin! :]
Assalamualaikum,
Blog merahsilu antara laman yang menjadi kegemaran saya dimana perjalanan saudara di dalam mencari jatidiri disertai isteri dan Al Rashid yang sangat comel dan cerdik amat dihargai. Melalui blog ini membuatkan rasa kecintaan saya untuk bumi Melayu yang bertuah ini semakin mendalam serta mengubat kerinduan saya selama ini. Insyaallah semoga Allah sentiasa memberi rezeki dan kebahagiaan yang hakiki terhadap saudara sekeluarga. Amin..
Amin...mudah-mudahan.
Catat Ulasan