Setelah melihat Laut China Selatan dari satu kawasan persisiran pantai saya pun bersedia untuk kembali ke Brunei.
Terus-terang saya terasa begitu teruja untuk melepasi pos immigresyen...
Saya sebut 3 cara logik akal kerana di luar logik pula mungkin ada yang berkata... eleh... apa nak heran? Lainlah kalau sampai ke Brunei melalui jalan bawah tanah, dari angkasa lepas atau 'meloncat' antara 2 tempat ala film Hollwood Jump... tiba-tiba boleh muncul begitu sahaja. Kalau boleh tentu saya dah buat. Tapi apa nak buat ilmu saya rendah lagi tak berdaulat. Orang biasa macam saya mana boleh menandingi kehebatan orang-orang 'mutlak' atau 'hak' yang mampu berjalan atas air dan selut tanpa tenggelam... boleh keluar masuk alam jin dan bunian sesuka hati malah naik ke langit ketujuh dan lebih atas lalu boleh melihat roh para wali, nabi dan entah apa lagi... :]
Sekarang tinggal sedikit lagi masa untuk melihat apa yang berada di Brunei lalu saya meminta pemandu agar membawa kami ke Kuala Belait pula.
Bandar Kuala Belait cuma terletak kira-kira 12 km sahaja dari bandar Seria tetapi baru kini kami ada peluang dan masa untuk melihatnya.
Selain melihat bandar saya teringin melihat kuala sungai yang menjadi punca nama bandar dan tempat. Pemandu sedia menurut. Lihat artikel The river that gives name to Kuala Belait di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Seperti di kawasan lain berdekatan pantai yang telah diziarahi sebelum ini (Muara, Lumut, Seria dan Miri) saya juga ingin melihat Laut China Selatan. Walaupun tidak banyak beza kerana ia laut yang sama, dan mukabumi sepanjang tempat-tempat yang disebut termasuk di Kuala Belait juga serupa iaitu mendatar sahaja tidak sah bagi saya jika tidak melihat dengan mata kepala sendiri keadaan di setiap tempat. Lihat South China Sea from Kuala Belait.
Kemudian baru kami kembali ke Seria melalui jalan persisiran pantai di mana kami dapat melihat perubahan secara berperingkat keadaan sekitar yang berkaitan industri minyak. Lihat The coastal road from Kuala Belait to Seria.
Menariknya seperti di Bandar Seri Begawan saya juga dapat melihat beberapa buah rumah atau bangunan yang memakai bentuk bumbung Minangkabau. Apakah kaitannya dengan Brunei?
Kami kembali ke rumah ibubapa Hajah Sopiah untuk berehat dan bersiap. Mariam dan Jep keluar dengan kereta lain untuk menghantar sepupu mereka kembali ke rumah berdekatan lalu tidak lagi kelihatan. Petang sikit setelah mengucap selamat tinggal kepada isi rumah, pemandu pun menghantar saya anak-beranak kembali ke Bandar Seri Begawan.
Kami sampai selepas Maghrib. Sambil itu saya cuba memikirkan apakah kaitan Brunei dengan Minangkabau. Diakui memang ada orang dari sana pernah datang dahulukala untuk menetap di sini termasuk ahli keluarga diraja. Tetapi lebih menarik lagi, pada Batu Tarsilah iaitu batu yang tersurat salasilah raja-raja Brunei ada disebut begini...
...Negeri Brunei yang turun temurun yang mengambil Pusaka Nobat Nakara dan Ganta Alam dari Minangkabau...
Lihat artikel Makam diraja dan Tarsilah Brunei (The royal mausoleum and the inscribed stone called Tarsilah Brunei), rujuk tulisan pada gambar di bahagian akhir artikel Pameran di Muzium Brunei (Exhibits at Brunei Museum) 2, kedua-duanya di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Mungkin ini boleh menerangkan kaitan sebenar Brunei dengan Alam Minangkabau? Mungkin benar telahan sesetengah pihak bahawa Sultan Syarif Ali yang diiktiraf sebagai Sultan ketiga Brunei itu pernah bermukim di Pagar Ruyung sebelum datang ke sini?
OK. Biar diberitahu walaupun sejarah rasmi menyebut Syarif Ali berasal dari keturunan cucu sulung Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Hassan dari jalur keturunan yang merajai Mekah iaitu Syarif Mekah, ada pihak lain percaya baginda sebenarnya adalah keturunan langsung Sultanul Awliya iaitu Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani. Memang Sheikh Abdul Qadir juga adalah keturunan Saidina Hassan tapi dari cabang yang lain. Memikirkan ini saya teringat bahawa di bahagian tengah Pulau Sumatera iaitu di satu tempat yang dipanggil Batu Hampar, tempat yang turut dikaitkan dengan Alam Minangkabau terdapat makam seorang penting yang katanya bernama Syarif Ali.
Adapun Syarif Ali di Batu Hampar itu katanya adalah keturunan terdekat Sultan Malikus Salih yang mengasaskan kerajaan berkembar Samudera dan Pasai hampir 800 tahun lalu. Tetapi apabila mengaitkan semua ini dengan kaitan rahsia yang saya tahu wujud antara Sultan Malikus Salih dengan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani, terbetik di hati. Apakah Syarif Ali di Batu Hampar itu memang sama orangnya dengan Syarif Ali yang datang ke Brunei? :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan