Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Ogos 16, 2010

Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Satu pembukaan?








Assalamualaikum semua. Nampaknya cerita perjalanan ke Aceh bulan Januari terganggu lagi. Walaupun terganggu rasanya tetap ada kena-mengena juga...

OK. Dalam beberapa buah artikel yang lepas saya pernah menyebut tentang apa yang dipanggil sebagai Dinasti Al-Kamil. Tak payahlah dihuraikan sangat atau diletakkan links berkaitan, saya cuma mahu bercerita ringkas. Cukuplah disebut bab Dinasti Al-Kamil ini pernah disebut oleh Profesor Hamka dalam tahun 1980an kalau tak salah ingatan tetapi kemudian senyap. Saya pula percaya yang dimaksudkan adalah dinasti pemerintahan dari anak cucu seorang Ahlul Bait bernama Abdullah bin Hassan Muthanna bin Saidina Hassan (juga dikenali sebagai Abdullah Al-Kamil) yang katanya pernah muncul di Aceh lama dahulu.

Apapun Abdullah yang hidup abad ke 8 Masihi ini memang ketua para Ahlul Bait iaitu anak cucu Nabi Muhammad SAW pada zamannya. Memang ramai anak cucu baginda menjadi raja-raja, wali dan ulamak besar di seluruh pelusuk Islam dan saya ada sebab untuk percaya mereka-mereka ini turut memimpin di Alam Melayu ini. Kemudian ada sumber menyebut pernah muncul seseorang bernama Sultan Muhammad Al-Kamil meninggalkan Bandar Khalifah di Perlak, (kini dalam Aceh) kira-kira 700 tahun lalu iaitu sebelum kemunculan kerajaan Melayu Melaka seperti diketahui sejarah. Baginda membuka kerajaan di Muar tetapi selepas itu tidak ada berita tentang apa yang berlaku pada kerajaan ini..

Ceritanya seolah ada kesamaan dengan Hikayat Malim Dewa yang menyebut tentang seorang raja besar bernama Tuanku Malim Gombang Dewa meninggalkan Aceh lalu membuka negeri bernama Kuala Bandar Muar gitu. Hujung minggu baru ini saya, isteri dan anak telah kembali untuk menyambung puasa di kampung di Muar lalu mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan menjejaki tempat-tempat yang mungkin berkaitan Dinasti Al-Kamil ini.

Kalau saya bercerita lebih panjang atau mahu meluahkan terus apa yang berlaku harus ia menjadi sekurang-kurangya 2 artikel di blogspot ini dan beberapa lagi di blogspots saya yang lain. Jadi lebih elok kalau mahu bercerita panjang-lebar pun simpan sahaja untuk hari dan waktu yang lain. Penceritaan perjalanan ke Aceh mesti diteruskan dan kalau boleh diselesaikan bulan Ramadhan. Maka cukuplah beberapa perenggan ini dengan 3 gambar sebagai pembukaan...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang aku pernah dengar Keturunan Al Kamil ni dari salasilah Laksamana Syeihk Burhanuddin Al-Kamil,(tahun 1128M agaknya)

Tapi dia dari aliran ahlul bait Syiah dalam dynasty Fatamiyah.Banyak pengikut Al kamil ni di sekitar Minang,Area Batak,Barus dll beberapa tempat lain.

Dia antara pemula yg membawa aliran syiah ke sini hingga bertempur dan tertewas dgn Aliran Sunni yg datang kemudian.Maaf kalau tersalah fakta.

Ahlan berkata...

Betul ke Syiah sampai dulu sebelum Sunni??? Sape ada bukti??

Radzi Sapiee berkata...

Syeikh Burhanudin tu cabang, salah satu pecahan anak cucu. Induknya adalah Abdullah bin Hassan Al-Muthanna bin Saidina Hassan yang mula2 dipanggil Al-Kamil, hidup tahun 700an Masihi gitu 400 tahun lebih awal. Memang Syiah datang lagi awal dari Sunni tapi Syiah yang dimaksudkan bukan seperti sekarang iaitu Syiah Imam 12 yang mengkafirkan para sahabat dan memaksumkan imam mereka yang 12. Syiah tu dari segi bahasa cuma bermaksud penyokong. Ia mula digunakan untuk membezakan penyokong Saidina Ali dengan penyokong Muawiyah.

Syiah yang datang ke Tanah Melayu dahulukala itu adalah para penyokong dan pengikut Ahlul Bait anak cucu Nabi. Para Ahlul Bait ini lari ke Tanah Melayu kerana ditindas puak Bani Umaiyah juga Bani Abbasiyah kerana perebutan kuasa sedangkan orang ramai menyokong mereka kerana percaya pada kewibawaan dan keadilan Ahlul Bait. Abdullah dan anak-anaknya adalah keturunan Saidina Hassan yang mengambil sikap berbeza berbanding sesetengah keturunan Saidina Hussein yang terlalu memperjuangkan kelebihan Ahlul Bait sehingga ke peringkat menerbitkan mazhab baru yang kini dikenali sebagai Syiah Imamiyah atau Imam 12. Puak Syiah ini percaya imam mereka yang 12 itulah kononnya Imam Mahdi sedangkan konsep ini tidak wujud pada keluarga Al-Kamil yang mengambil pelajaran dari nasab kemuliaan Abdullah yang hidup sezaman dengan Imam Ja'afar as-Sadiq yang dikultuskan sebagai Imam Syiah ke 6.