Assalamualaikum semua. Nampaknya cerita perjalanan ke Aceh bulan Januari terganggu lagi. Walaupun terganggu rasanya tetap ada kena-mengena juga...
OK. Dalam beberapa buah artikel yang lepas saya pernah menyebut tentang apa yang dipanggil sebagai Dinasti Al-Kamil. Tak payahlah dihuraikan sangat atau diletakkan links berkaitan, saya cuma mahu bercerita ringkas. Cukuplah disebut bab Dinasti Al-Kamil ini pernah disebut oleh Profesor Hamka dalam tahun 1980an kalau tak salah ingatan tetapi kemudian senyap. Saya pula percaya yang dimaksudkan adalah dinasti pemerintahan dari anak cucu seorang Ahlul Bait bernama Abdullah bin Hassan Muthanna bin Saidina Hassan (juga dikenali sebagai Abdullah Al-Kamil) yang katanya pernah muncul di Aceh lama dahulu.
Apapun Abdullah yang hidup abad ke 8 Masihi ini memang ketua para Ahlul Bait iaitu anak cucu Nabi Muhammad SAW pada zamannya. Memang ramai anak cucu baginda menjadi raja-raja, wali dan ulamak besar di seluruh pelusuk Islam dan saya ada sebab untuk percaya mereka-mereka ini turut memimpin di Alam Melayu ini. Kemudian ada sumber menyebut pernah muncul seseorang bernama Sultan Muhammad Al-Kamil meninggalkan Bandar Khalifah di Perlak, (kini dalam Aceh) kira-kira 700 tahun lalu iaitu sebelum kemunculan kerajaan Melayu Melaka seperti diketahui sejarah. Baginda membuka kerajaan di Muar tetapi selepas itu tidak ada berita tentang apa yang berlaku pada kerajaan ini..
Ceritanya seolah ada kesamaan dengan Hikayat Malim Dewa yang menyebut tentang seorang raja besar bernama Tuanku Malim Gombang Dewa meninggalkan Aceh lalu membuka negeri bernama Kuala Bandar Muar gitu. Hujung minggu baru ini saya, isteri dan anak telah kembali untuk menyambung puasa di kampung di Muar lalu mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan menjejaki tempat-tempat yang mungkin berkaitan Dinasti Al-Kamil ini.
Kalau saya bercerita lebih panjang atau mahu meluahkan terus apa yang berlaku harus ia menjadi sekurang-kurangya 2 artikel di blogspot ini dan beberapa lagi di blogspots saya yang lain. Jadi lebih elok kalau mahu bercerita panjang-lebar pun simpan sahaja untuk hari dan waktu yang lain. Penceritaan perjalanan ke Aceh mesti diteruskan dan kalau boleh diselesaikan bulan Ramadhan. Maka cukuplah beberapa perenggan ini dengan 3 gambar sebagai pembukaan...
Yang aku pernah dengar Keturunan Al Kamil ni dari salasilah Laksamana Syeihk Burhanuddin Al-Kamil,(tahun 1128M agaknya)
BalasPadamTapi dia dari aliran ahlul bait Syiah dalam dynasty Fatamiyah.Banyak pengikut Al kamil ni di sekitar Minang,Area Batak,Barus dll beberapa tempat lain.
Dia antara pemula yg membawa aliran syiah ke sini hingga bertempur dan tertewas dgn Aliran Sunni yg datang kemudian.Maaf kalau tersalah fakta.
Betul ke Syiah sampai dulu sebelum Sunni??? Sape ada bukti??
BalasPadamSyeikh Burhanudin tu cabang, salah satu pecahan anak cucu. Induknya adalah Abdullah bin Hassan Al-Muthanna bin Saidina Hassan yang mula2 dipanggil Al-Kamil, hidup tahun 700an Masihi gitu 400 tahun lebih awal. Memang Syiah datang lagi awal dari Sunni tapi Syiah yang dimaksudkan bukan seperti sekarang iaitu Syiah Imam 12 yang mengkafirkan para sahabat dan memaksumkan imam mereka yang 12. Syiah tu dari segi bahasa cuma bermaksud penyokong. Ia mula digunakan untuk membezakan penyokong Saidina Ali dengan penyokong Muawiyah.
BalasPadamSyiah yang datang ke Tanah Melayu dahulukala itu adalah para penyokong dan pengikut Ahlul Bait anak cucu Nabi. Para Ahlul Bait ini lari ke Tanah Melayu kerana ditindas puak Bani Umaiyah juga Bani Abbasiyah kerana perebutan kuasa sedangkan orang ramai menyokong mereka kerana percaya pada kewibawaan dan keadilan Ahlul Bait. Abdullah dan anak-anaknya adalah keturunan Saidina Hassan yang mengambil sikap berbeza berbanding sesetengah keturunan Saidina Hussein yang terlalu memperjuangkan kelebihan Ahlul Bait sehingga ke peringkat menerbitkan mazhab baru yang kini dikenali sebagai Syiah Imamiyah atau Imam 12. Puak Syiah ini percaya imam mereka yang 12 itulah kononnya Imam Mahdi sedangkan konsep ini tidak wujud pada keluarga Al-Kamil yang mengambil pelajaran dari nasab kemuliaan Abdullah yang hidup sezaman dengan Imam Ja'afar as-Sadiq yang dikultuskan sebagai Imam Syiah ke 6.