OK. Merujuk pada artikel bertajuk
Mimpi pelik Kuala Selangor..., ada yang memberi pandangan pulau hanyut yang kelihatan dalam mimpi merujuk kepada Pulau Angsa yang terletak di Selat Melaka berdekat kawasan pantai sekitar Jeram dan Sungai Buloh, Kuala Selangor (bukan Sungai Buloh berdekatan Kepong dan Kuala Lumpur ya...)
Petang Ahad baru ini tiba-tiba muncul rasa untuk membawa anak dan isteri melihat persekitaran yang membawa ke Pulau Angsa. Sampai di pekan Sungai Buloh saya teringin melihat jeti kerana difahamkan ia merupakan satu tempat utama untuk berlepas ke Pulau Angsa.
Jeti ini cukup dekat dengan Bukit Jeram...
Ada jalan tanah merah...
Jalan itu boleh membawa sehingga ke Pantai Jeram.
Dari pantai kita boleh melihat Pulau Angsa dan beberapa pulau berdekatan.
Kami berlegar di sekitar sehingga matahari terbenam...
Moga-moga dengan membuat perjalanan kecil ini akan timbul lagi petunjuk baru untuk pencarian saya terutama dalam memahami kaitan lama kerajaan Selangor dan Perak yang melibatkan keluarga?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan