OK. Seperti dijanjikan pada artikel
Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete! mari kita mulakan siri cerita keretapi. Untuk makluman saya baru sahaja menamatkan perjalanan 1,000 km dengan keretapi hujung minggu baru ini. Tetapi apa yang ingin diceritakan terlebih dahulu adalah satu perjalanan yang dibuat 3 bulan lalu... dari fail gambar Februari...
Sabtu Februari 6, satu pertemuan diatur antara saudara Faiz Al-Shahab dari syarikat penerbitan Karnadya...
Pertemuan diatur di Rembau kerana di situ ada rumah seorang ibu angkat di mana isteri saya dan anak dapat bermalam nanti. Faiz akan membawa saya melihat stesyen-stesyen keretapi selatan hingga ke Johor Bahru. Kami perlu bermalam di sana meninggalkan anak isteri...
Setelah menghantar isteri ke rumah ibu angkat, saya menaiki satu kereta dengan Faiz ke Tampin.
Di situ terletak stesyen keretapi yang pertama mahu dilawati...
Untuk makluman stesyen keretapi Tampin terletak di dalam negeri Melaka. Lihat artikel
The train station of Pulau Sebang di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Seterusnya kami ke Gemas di mana terdapat persimpangan jalan keretapi utara ke selatan dengan selatan ke pantai timur. Lihat
Train station of Gemas...
Dari Gemas kami menghala ke Segamat...
Sampai ke Segamat saya mengambil peluang mengajak Faiz untuk melihat satu kawasan pemakaman yang bersejarah. Lihat artikel
Kawasan pemakaman (Burial ground of) Raja Temenggung Muar di
blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)...
Kembali dari makam kereta kami sempat ber'
posing' di bawah jambatan keretapi. Adapun kereta Volvo model baru ini sedang dipandu-uji oleh Faiz untuk satu artikel dalam sebuah majalah kereta. Letak jambatan ini tidak jauh dari stesyen keretapi Segamat. Lihat
Segamat train station.
Selepas singgah di stesyen kami pun mengorak langkah meninggalkan bandar Segamat.
Satu pandangan pusat bandar sebelum kami keluar...
Laluan yang diambil menuju ke Kluang...
Sampai satu simpang kami mengambil jalan kecil untuk ke pekan Paloh melihat stesyen keretapi yang ada. Lihat
The small station at Paloh.
Dari Paloh kami mengambil jalan dalam menuju ke Kluang...
Beberapa minit kemudian kelihatan Gunung Lambak yang terletak di pinggir bandar Kluang.
Kluang meninggalkan banyak kenangan buat saya yang pernah bersekolah menengah di sana. Stesyen keretapi Kluang pula terkenal unik dengan hidangan kopi sedap di kantinnya. Lihat
Kluang railway station and its famous coffee.
Seterusnya kami ke Renggam yang juga memiliki stesyen keretapi. Lihat
Renggam train station.
Dari Renggam kami pergi ke Simpang Renggam untuk memasuki jalan utama menghala ke Johor Bahru. Sempatlah singgah mengambil gambar di stesyen keretapi Kulai sebelum gelap. Lihat
Kulai train station.
Kami sampai ke JB sekitar jam 8 malam. Jadi biarlah gambar stesyen keretapinya diambil siang esoknya. Ini adalah gambar stesyen waktu malam dilihat dari hotel kami.
Pusat bandaraya JB di sebalik kegelapan malam. Alhamdulillah, dapat juga saya melepaskan cerita setakat ini setelah membiarkan koleksi gambar terperap selama 3 bulan...
2 ulasan:
MS, good project especially utk org2 yg bnyk bejalan mcm ko.. As i said, its good time for you now to invest for DSLR camera, then mcm2 buku lg ko boleh produce... consider that bro!
Insyaallah. Ini projek company lain le bro, siap bawak photographer lagi. Nak produce buku bukan senang... masa, macam-macam kerja, modal, promosi, distribution, kerenah sales... buat masa ni aku dah letih. Aku concentrate on menulis cukup leee...
Catat Ulasan