Hmm. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...
Anda boleh membesarkan lagi gambar dengan cara membuka image di dalam windows baru. Perhatikan bahawa website tersebut telah menyenaraikan Sultan ke 6 dan ke 8 Perak sebaris dengan Sultan ke 3 dan 4 juga seorang puteri yang berkahwin dengan Raja Aceh. Ini dibuat untuk menunjukkan mereka semua kononnya adik-beradik...
Allah Maha Besar. Pihak yang cuba membuat perubahan ini (kerana saya pasti salasilah sebelumnya menunjukkan Sultan ke 6 dan ke 8 sebagai anakanda puteri + Raja Aceh) nampaknya terlepas pandang. Maklumat tentang Sultan ke 6 dalam website yang sama menyebut "Baginda adalah putera saudara perempuan Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin (Sultan ke 3) dan Almarhum Sultan Tajul Ariffin (Sultan ke 4)"... bermakna puteri yang berkahwin dengan Raja Aceh itu sahaja yang merupakan adik-beradik kepada Sultan ke 3 dan ke 4, sedangkan Sultan ke 6 iaitu Sultan Mukaddam Shah adalah anakanda sang puteri merangkap anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin dan Sultan Tajul Ariffin.
Maklumat tentang Sultan ke 8 iaitu Sultan Mahmud pula menyebutnya sebagai adinda Sultan Mukaddam. Tak perlulah ditunjukkan snapshot sebagai bukti lagi. Yang penting sudah cukup terang Sultan ke 6 dan ke 8 adalah anak saudara Sultan ke 3 dan ke 4, bukannya adik-beradik. Cuma takut nanti fakta pada paparan maklumat akan diubah untuk menyokong salasilah baru yang kelihatan cuba menyembunyikan hakikat sebenar bahawa terdapat 2 orang Sultan Perak terawal yang merupakan anakanda Raja Aceh...
Ini pula bahagian salasilah yang menunjukkan Sultan ke 15 hingga ke 18 semuanya adik-beradik, katanya anak kepada Sultan ke 14...
Namun peliknya, Sultan ke 17 iaitu Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda boleh dikenali sebagai "Marhum Sulong" walhal maklumat di sini turut menyebut baginda sebagai adinda kepada Sultan Mahmud Shah yang menjadi Sultan Perak sebelumnya. Kalau mereka memang betul adik-beradik kandung sebapa bagaimana mungkin Sultan ke 17 dikenali sebagai Marhum Sulong dan pada masa yang sama menjadi adinda kepada Sultan ke 16? Kecualilah Sultan Alauddin Mansur sebenarnya adik ipar Sultan Mahmud, maka boleh jadi baginda adalah anakanda sulong kepada seorang Sultan atau kerabat diraja lain!
Sekarang rujuk balik pada luahan yang dibuat dalam artikel
Jalan semakin terang : Kaitan sebenar kerabat diraja Aceh-Bugis dalam pemerintahan Perak... . Dahulu saya cuma tahu bagaimana salasilah dan keturunan sebenar seseorang boleh diubah apabila seorang menantu dikatakan anak kandung... maka sang menantu pun dibinkan kepada bapa mertua dalam salasilah lalu terkait dengan keturunan lain. Tetapi percubaan samada sengaja atau tidak mengubah isi salasilah yang melibatkan Sultan ke 6 dan Sultan ke 8 Perak, masing-masing anak Raja Aceh menunjukkan anak-saudara pun boleh dijadikan adik-beradik. Maka tak mustahil pengolahan kreatif salasilah sudah berlaku beberapa kali lebih awal dan terus dilakukan beberapa kali kemudian, atas sebab-sebab yang mungkin cuma diketahui pihak yang berkepentingan.
Hasilnya adalah satu salasilah rasmi yang menunjukkan kerabat diraja yang ada semuanya kononnya berasal dari satu keturunan walhal ada raja-raja yang sebenarnya berasal dari keturunan yang lain, misalnya kerabat diraja Bugis juga Aceh. Natijah kedua adalah sesetengah kerabat diraja dari keturunan lain yang dimaksudkan dapat dikeluarkan dari salasilah rasmi kerajaan sedangkan mereka yang tidak layak, anak angkat, anak gundik dan sebagainya pula dimasukkan terutama setelah campurtangan Inggeris yang menyokong kenaikan takhta mereka yang sudi mengikut telunjuk Barat. Sekian.
5 ulasan:
Salam saudara Radzi.Saya baru menjumpai Blog saudara ini.Saya dahulu pernah menyertai forum rawatan alternatif tetapi jarang membuat posting dan cuma membaca forum sahaja.Dari situ saya mengenali serba sedikit merah silu.Apabila terjumpa Blog ini banyak perkara tentang salasilah keturunan Bugis yang saudara tuliskan terutama kaitan antara Raja-raja di Perak berdarah Bugis.
Saya juga terkejut apabila saudara pernah sampai ke Kuala Kangsar dan pernah tidur di Masjid Kota Lama Kanan yang hanya ada satu batu tanda Almarhum Sultan Mansur Syah.Ini kerana masjid tersebut bersebelahan dengan rumah saya. Saya baru membuat Blog tentang Kuala Kangsar di http://bandarkkangsar.blogspot.com
Jika di izinkan Allah semoga kita bertemu satu hari nanti.
jangan risau pasal penggelapan salah silah keturunan ni......
kerja orang yahudi dari dulu sama....dia akan memadamkan nama muhammad dalam kitab taurat dan injil......hingga lah sekarang....dia akan gelapkan mana2 orang yg bersangkutan daengan keturunan nabi ini.....he he
next time jakau nak copy bende yang kat screen.. alt+PrintScreen.
lepas tu masukkan dalam Paint lepas tu save as..
tulah cara yg basic sekali.
nak senang baca ni pun boleh
http://office.microsoft.com/en-us/help/HP010382841033.aspx
hehehe,,, tapi kalau nak pakai kamera jugak pun boleh..
OK. Aku dah buat balik guna print screen. Mekasih pada Perpatih Tulus kerana menunjukkan caranya! :]
Nasab Sultani akan dibisikkan kepada Sultan yang naik takhta.
Sultan ialah ibarat bapa, subjeknya sekalian rakyat adalah ibarat anak-anak (termasuk pembesar). Salasilah keturunan mengikut kelahiran . Salasilah kesultanan berbeza, kerana Anak bin Bapa bermaksud Bapa2 bin Bapa1. Kalau Bapa2 bukan anak kandung Bapa1, Bapa kandung kepada Bapa2 kena diangkat iktiraf Sebagai Sultan, tapi tak masuk dalam Salasilah. Logiknya begitulah gamaknya yeop.
Catat Ulasan