Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Ogos 07, 2009

Dari Syiah Kuala keluar Banda Aceh... singgah di 'Anjung' juga di 'Kandang'...

Assamualaikum semua. Setelah sebulan kita bertukar angin ke tempat-tempat dan topik lain, mari kita sambung balik cerita-cerita tentang perjalanan yang dibuat saya dan isteri di Aceh pertengahan bulan Jun ya. Bersambung daripada artikel Baru sampai ke makam Syiah Kuala yang amat terkenal itu! .


Selepas puas melihat kompleks makam Syiah Kuala termasuk Laut Andaman di hadapannya, kami pun menghala kembali ke Banda Aceh.


Laluan yang diambil termasuk di tepian Kreung Aceh atau Sungai Aceh sangat menarik. Sila lihat artikel From Syiah Kuala to Kreung Aceh... yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi...

Dari kawasan pasar Peunayong, kami menyeberangi Sungai Aceh untuk masuk ke satu kawasan yang kalau tak salah ingatan dipanggil Keudah atau Kampung Keudah, katanya sempena penduduknya dahulu berasal dari Kedah...


Ke dalam sedikit terdapat sebuah bangunan dengan batu ingatan ini. Batu ingatan apakah ini?



Untuk makluman, ini adalah salah satu tugu atau batu ingatan untuk memperingati peristiwa tsunami yang melanda Aceh 26 Disember 2004. Batu ingatan sebegini dibina di sejumlah tempat pada ketinggian berbeda. Masing-masing menandakan ketinggian air tsunami yang melanda sesuatu kawasan.


Lebih menarik adalah bangunan di belakang batu ingatan tadi. Di dalamnya terdapat makam seorang ulamak besar Aceh dahulukala yang dikenali sebagai Teungku di Anjung. Sila lihat artikel Makam dan masjid (Tomb and mosque of) Teungku di Anjung di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .


Seterusnya kami keluar untuk mencari satu lagi kawasan makam di sekitar ini juga. Singgah sebentar di surau ini di mana isteri saya ingin bersolat Dhuha. Yang menarik adalah papan amaran di hadapan surau. Ia menyebut mereka yang ditangkap khalwat akan didenda sebelum dinikahkan di Masjid Teungku di Anjung iaitu bersebelahan batu ingatan tsunami tadi!



Di hadapan surau kelihatan sebuah tanah perkuburan luas. Kalau tak salah saya, ia adalah salah satu tanah perkuburan 'massal' atau perkuburan beramai-ramai untuk menyemadikan mayat mangsa-mangsa tsunami...




Kemudian baru kami pergi ke kawasan kompleks makam Tuan di Kandang. Di sini terdapat banyak batu-batu nesan Aceh yang sudah tercabut dari tapak akibat serangan tsunami. Sila lihat artikel Makam (tomb of) Tuan di Kandang..., juga di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ...





Balik dari makam melalui jalan lain, kelihatan pula rumah ini...




Rupa-rupanya ada banyak lagi rumah-rumah sebegini merata-rata. Untuk pengetahuan ia adalah antara rumah-rumah yang dibina oleh 'donator' (begitulah orang Aceh menyebutnya) atau penderma antarabangsa, melalui pelbagai badan NGO sebagai ganti untuk rumah-rumah yang hancur roboh akibat serangan tsunami...




Kawasan yang saya lalui ini berdekatan tebing utara Sungai Aceh...




Di kawasan ini, rumah-rumah yang dibina 'donator' rata-rata begini bentuknya. Tetapi pemilik rumah boleh memilih corak-corak tertentu. Adapun kemudian di kawasan lain, saya telah melihat rumah-rumah yang dibina dengan bentuk berlainan. Ini bergantung kepada pihak mana yang dipertanggungjawabkan untuk mendirikan rumah di sesuatu kawasan. Saya difahamkan, lebih 50 buah negara terlibat dalam proses pembinaan semula Aceh. Sebahagian diberi tugas membina rumah di kawasan-kawasan tertentu dan mereka mempunyai hak untuk menentukan senibinanya bagaimana...

Senibina rumah-rumah yang didirikan di sekitar ini rata-rata berdasarkan senibina tradisional Aceh. Sekitar Lampuuk (yang saya pergi lewat petang selepas perjalanan di sekitar Sungai Aceh ini) saya melihat rumah-rumah binaan Turki lebih menyerupai banglow batu moden kecil yang boleh juga kelihatan di Kuala Lumpur tapi itu cerita kemudian...





Dari tepian sungai tadi kami terus masuk ke pusat Banda Aceh sebelum keluar melalui jalan besar menghala ke Medan...






Kami ingin pergi ke 2-3 tempat yang terletak lebih 25 km ke tenggara Banda Aceh.




Sampai di satu pekan kelihatan monumen berupa jet pejuang di atas tepian jalan, kalau tak salah saya ia memang jet pejuang lama yang tidak lagi digunakan. Monumen ini dibuat sebagai tanda seorang anak tempatan dari sini pernah muncul menjadi juruterbang jet pejuang pertama di Indonesia...




Oh... nama pekan kecil ini ialah Montasik.



Perjalanan ini melalui banyak sawah padi. Yang menarik, boleh kelihatan penduduk tempatan mengerjakan sawah dengan cara lama...





Pemandangan sawah berlatar-belakangkan bukit dan gunung mengingatkan saya pada kawasan persekitaran Gunung Jerai di Kedah terutama di Yan. Sambil itu teringat juga perjalanan kecil-kecil dahulu dari Kuala Lumpur ke Muar dan sebaliknya, ketika sawah padi masih banyak di Melaka dan orang masih bertani cara lama.





Kemudian kami singgah di satu tempat di tepian jalan. Kelihatan kereta Toyota Innova yang dinaiki kami milik Nurin Travel. Kira kami promo ya... nombor talian seperti tertera pada talian kereta adalah 0651 636346 (hunting line) dan 0811 68 2900 (mobile). Terima kasih kepada Kak Ann pemilik Nurin Travel yang memudahkan perjalanan kami di Aceh...



Bukan apa... kami mahu menikmati masakan kari kambing Aceh yang katanya paling sedap di sekitar ini. Cuma sayangnya semasa kami sampai sekitar jam 3 petang begitu, lauknya sudah habis. Setakat dapat merasa kari kosong berserta makanan lain pun jadilah. Sedap! Nanti kita sambung cerita eekkk...

Tiada ulasan: