Kemudian kami terus pergi ke pondok seorang kenalan baik saya yang telah 15 tahun duduk di Pulau Besar. Sebenarnya malam itu sekitar jam 2 pagi kami selamat berjalan kaki jauh ke makam Nenek Kebayan malah hingga ke projek apartment terbengkalai sekitar 2km dari situ lalu ke bangunan kelab golf tinggal untuk melihat pemandangan sekeliling tapi ini juga tidak direkodkan. Hampir jam 5 pagi baru kami kembali ke perkarangan makam Sheikh Ismail lalu menunggu solat Subuh berjemaah di surau sebelah sebelum tidur di pondok, sebenarnya di bahagian 'extension' sedikit lagi ke atas bukit. Sedikit gambar telah diletakkan dalam artikel My favourite place of hang-out in Pulau Besar, Melaka. di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Silalah jenguk! :]
p/s: Nota tambahan, dibuat 28 September 2009. Atas permintaan tuan punya pondok, klip-klip video yang memaparkan pondok itu serta para penghuninya telah saya cabut dari blogspot ini. Harap maklum...
7 ulasan:
Assalamualaikum. tuan moderator. heheheh. Saya nak bagitahu, saya dah buat satu blogspot baru http://setiaghazal.blogspot.com/
kepada semua silalah masuk..
Insyaallah akan di updatekan. Ada lebih kurang 60 minit video Ghazal Jamming. Cuma baru masuk dua klip sahaja.
aku kalau posting mesti ada lupa nak cakap..
eer, buat pengetahuan semua, video klip tersebut di buat pada cuti sekolah yang lepas. masa tu saya balik kampung. Pecah rahsia, kampung saya kat mana. Nak buat camno. salah sorang ahli kumpulan tu.. abah saya. heheheh..
Wassalam. Hehe, OK gak tu ada blogspot ghazal. Elok lah... Sekurang-kurangnya segala video rakaman ghazal yang hang ada tu dah diabadikan, sesiapa yang berminat boleh lihat!
Salam bro,
Leerrrrr Patih,.....budak kledang rhupanya ko...hehe...bukan jauh benor...20 minit naik moto sampei ler tempat aku...weh..kalu cuti lagi, turun tempat aku..kalu ko tak turun ...jaga ko...aku kabo kat ayahko...hehe
Merbawi
hehehe. Merbawi kau pun orang kota jugak ke.. tulah pecah rahsia. kalau 20 minit tu, macam bandar penawar, tak pun belungkor ataupun Sungai rengit pengerang.
haha,
Bandar Penawar lerr...aku rasa mcm aku penah panggil salah satu kumpulan ghazal ni main kat tempat aku dulu ler....kalau tak silap bulan posa 3 thn lepas. hemm...agaknya ler...lupa dah...tapi depa ni bole nyanyi bahasa inggeris kan?
Merbawi
Peh! Orang sekampung rupanya... Baguslah... Bersambung lagi silaturrahim di sini. Alhamdulillah! :]
Catat Ulasan