Lagipun ketika berjalan ke makam Nenek Kebayan, sudah hampir jam 2 petang (atau lebih?) sedangkan kami mahu keluar menaiki bot meninggalkan Pulau Besar sekitar jam 5 petang sebelum kembali ke Kuala Lumpur! Sebaliknya di Gua Yunos tiba-tiba kami mendapat tenaga baru lalu terus menyambung perjalanan. Hasilnya biarlah dipaparkan melalui klip-klip video di bawah ini ya...
Oh! Walaupun tajuk artikel ini menyebut dari Gua Yunos hingga ke Batu Belah, biarlah klip-klip video di Batu Belah itu dipaparkan lain kali ya... Sila! :]
Hmm... Kata-kata gurauan yang membuka klip video yang paling bawah ini sebenarnya dibuat kerana melihat papantanda larangan masuk yang terdapat di sebelah kanan. Tetapi papan ini nampaknya tidak kelihatan dalam klip video yang telah dipotong sedikit ini. Harap maklum dan teruskan menonton siaran kami yang tidak seberapa ini! Selamat... :]
1 ulasan:
As Salam. semasa melihat video klip yang last 48_Apartmentltaly terdetik di hati alangkah bagusnya juka dibuat madrasah/pusat tahfiz atau yang seumpamanya..dalam masa yang sama tiba2 tuan pula buat ulasan yang sama.nampaknya kita sependapat..sayang tidak ddimanfaatkan bangunan2 tersebut.
Catat Ulasan