Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 29, 2008

Kembara Negeri Sembilan: Asal usul nama Jelebu? Serta lawatan ke Muzium Adat di Kuala Klawang!

Assalamualaikum semua... Jika awal pagi tadi, saya telah membuat posting mengandungi klip video bertajuk Kembara Negeri Sembilan... Dari Kenaboi ke Kuala Klawang... lalu menyebut posting sambungan yang memaparkan klip video seterusnya akan dibuat Insyaallah esok lusa, petang ini tergerak pula untuk membuat terus sambungan itu. Tentang tajuk yang diberi terutama perkataan "Asal usul nama Jelebu", lihat sahaja apa yang disajikan di sini ya... Antara memberi ulasan-ulasan berbentuk serius, sesekali elok juga layan kepala gila... Itu kan dah memang perangai saya? Sila! :]




Klip video ini asalnya setakat mahu mempamirkan cerita "Asal usul nama Jelebu"... Tetapi entah kenapa, secara automatik kamera video yang digunakan telah menyambung cerita ini dengan bahagian seterusnya iaitu masuk ke Muzium Adat dalam satu file mpeg DVD yang sama... Nak potong jadi 2 bahagian atau lebih, saya tidak memiliki software yang boleh melakukankannya... Saya cuma boleh convert ke AVI format yang lebih sesuai untuk di upload masuk ke blogspot. Maka terimalah cerita ini seadanya ya!





Rupa-rupanya banyak juga bahan pamiran yang menarik di Muzium Adat ini. Antaranya adalah kemunculan beberapa orang kenit daripada celah pokok kecil dalam satu pamiran yang telah ditunjukkan dalam video klip atas! Maka kami pun terus berjalan melihat apa yang ada sambil membuat ulasan mana-mana yang kami suka... Sehingga VCD khas yang digunakan oleh kamera video milik saudara Zaidi @ PerpatihTulus yang bertindak sebagai cameraman, VCD yang mampu menanggung rakaman selama 30 minit hampir penuh kesemuanya...

Ya lah... VCD ini juga menampung segala rakaman yang telah dibuat sejak mula keluar untuk berjalan ke Negeri Sembilan hari Ahad itu... Ini termasuk rakaman-rakaman yang sudah dipaparkan di blogspot ini lebih awal! Nasib baik saya ada membawa komputer laptop bersama. Dengan komputer itulah isi VCD ini dapat dialihkan sehingga kosong untuk dibuat rakaman seterusnya... Kalau tidak, tentu kami tidak akan dapat menyajikan cerita utama iaitu tujuan sebenar kami membuat pengembaraan ke Negeri Sembilan ini. Nanti saya sambung lagi ya... Selamats! :]

Akan datang... Masjid Kampung Dulang dan makam Moyang Salleh!


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak potong file ada software, free.

Websitenya: http://www.freebyte.com

cari software yang bernama "HJSplit"

Software ni boleh potong dan join file, movie...

Cuba jangan tak cuba, nyesal nanti

Radzi Sapiee berkata...

Tima kasih. Tak pa le, lain kali cuba potong. Sebabnya dah cuba software lain tapi file format DVD MPEG ngan AVI dia tak boleh buat.
Lain kali le kalau nak testing-testing ni. Buat masa ni dah jenuh, ikut aje apa yang keluar daripada kamera video tu. Ada le sebabnya tu...

PerpatihTulus berkata...

Assalamualaikum,

ni kat bawah ni ada link avi splitter, aku dah test dah. boleh jalan dua-dua bahagian yang di potong, cuma software ni boleh pakai 7 hari aje {/*(kena beli.., yg free belum sempat carik lagi, ni nak balik rumah ni(sekarang kat office))*/}.. aku rasa sempat kot, kalau nak settlekan semua video yang besar-besar tu.

http://www.doeasier.org/splitter/downloads.html

buat cam biasa dulu convert ke avi, lepas tu split kan jadi beberapa bahagianlah.. ikut sesedap rasa, tak susah sangat, cuma susah sikit aje.. heheheh, biasalah belajar guna kaedah "try and error" je..

okey.. friend selamat memeningkan kepala anda.. apa-apahal call.. insyaAllah..

Radzi Sapiee berkata...

Peh... Terpaksa jugak aku buat kerja memotong ni selepas 2 kali percubaan upload file 92MB untuk klip video 15 minit tidak berjaya setelah menunggu berjam-jam... Progress report tak clear plak... Entah betul loading ke atau sangkut...
Any tima kasih kengkawan pasal suggestion tu. Aku pakai splitter yang PerpatihTulus recommend tu, memang menjadi...
Apapun semua ada hikmahnya... Baca posting aku yang terbengkalai, lalu posting selepas nya... Sat lagi aku paparkan... :]

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Laa... patung rupanya. Ingatkan orang betul. Bagus bikinannya. Biasa kalau kat muzium guna patung muka mat saleh je... ni muka Melayu betul. Naturalistik... cuba satu malam tidur kat muzium tu. hehe

Tanpa Nama berkata...

salam,

masjid kg dulang ..

aku da kesitu dan selalu kesitu ..

sedap solat kat situ..

matp