Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Mac 30, 2008

Dan perjalanan diteruskan ke Pekan...

Assalamualaikum semua... Sementara ada peluang, masa dan sedikit tenaga serta konsentrasi, kita sambung cerita perjalanan terbaru di/ke Pantai Timur... Disambung terus daripada artikel Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam?


Daripada Bahau, saya terus mendapatkan bas ke bandar Muadzam Shah di pertengahan negeri Pahang. Ingatkan daripada sana senang hendak mendapatkan bas untuk ke Pekan... Rupa-rupanya bas direct service ke bandar diraja Pahang itu daripada sini cuma terdapat sekali sehari sahaja, itupun pada jam 7.30 pagi...
Adapun saya sampai ke Muadzam Shah sekitar jam 1 tengahari... Hari itu hari Jumaat dan terdapat sebuah masjid tidak jauh dari stesyen bas ini serta kelihatan orang-ramai mula bertumpu ke situ... Tetapi sebagai seorang musafir yang sedang berjalan jauh lebih-lebih lagi dalam jadual yang tidak menentu, tidak menjadi kesalahan untuk saya menggantikan solat Jumaat dengan solat Zuhur yang boleh dijamak kemudian. Lagipun baru saya dapat tahu, ada perkhidmatan bas jam 1.15 ke Chini dan dari sana, lebih senang untuk mendapatkan bas ke Pekan...





Maka ke Chini lah saya seterusnya, iaitu ke kawasan Felda Chini, tidak jauh daripada Tasik Chini. Terasa juga ingin ke sana tetapi saya harus ingat, ia bukan dalam perancangan asal perjalanan...
Walaupun saya selalu juga keluar daripada jadual lalu pergi ke tempat-tempat yang langsung tidak dirancang, saya harus memilih ke mana harus pergi berdasarkan masa, berapa jauh tempat itu daripada laluan induk yang dirancang, berapa senang hendak ke sana samada dengan kenderaan atau berjalan kaki serta keadaan fizikal semasa, penat ataupun kurang sihat... Dan memang ketika itu saya sangat penat... Maklumlah, malam Jumaat sebelumnya pun banyak berjalan kaki, siangnya pun begitu demi menyusuri Jalan Penarikan sedangkan tidur di masjid sana tidak nyenyak akibat serangan nyamuk...
Tetapi panggilan Tasik Chini boleh juga tahan kuat! Maka apabila pilihan terasa rumit, saya akan membuat istikharah hati...
Dalam kes ini, saya mendapat isyarat bahawa perjalanan ke Pantai Timur kali ini telah dibuka dengan melalui Jalan Penarikan di mana Pantai Barat Semenanjung boleh disambung dengan Pantai Timur melalui laluan Sungai Muar yang membawa kepada Sungai Pahang... Maknanya, susurilah Sungai Pahang... Dan tentunya sampai ke kualanya di Pekan, lokasi di mana saya telah mendapat isyarat lebih seminggu lalu untuk dijejaki sebagai bandar pertama di Pantai Timur yang akan disinggahi kali ini...




Ternyata memang terdapat beberapa perkhidmatan bas ke Pekan... Malah saya boleh memilih samada hendak ikut laluan Chini Timur iaitu berpatah balik jalan yang dilalui daripada Muadzam Shah tadi sehingga sampai ke satu simpang lalu baru menghala ke Pekan... Atau pergi melalui sebuah tempat, kalau tak salah ingatan namanya Palong... Jalan ini akan melalui kawasan bukit di tepian Tasik Chini sebelum menyusuri Sungai Pahang sampai ke Pekan!
Agak-agak jalan mana yang saya ikuti ya? Apapun, saya sempat makan tengahari di pekan Chini...



Tidak lama kemudian, kalau tak salah ingatan sekitar jam 3, bas pun bergerak... Dan hari mulai hujan... Di atas adalah gambar yang diambil daripada dalam bas, masih di sekitar Chini...

Sekitar jam 5 begitu, sampailah ke Pekan...





Dan tempat pertama dituju adalah tepian sungai...




Ini adalah pemandangan menghala ke barat-laut... Kelihatan jambatan menyeberangi Sungai Pahang, mungkin tidak berapa terang dalam gambar ini...




Saya terus berjalan kaki menyusuri Sungai Pahang untuk ke kuala... Sempat menyeberangi jambatan gantung ini...




Tidak lama kemudian, kelihatan sekolah agama atau madrasah Al-Attas yang agak terkenal di Pahang...




Siap ada restoran Al-Attas lagi! Ish! Ish! Ish!... Bukan apa, saya kenal sangat le dengan beberapa orang ahli keluarga Al-Attas... Salah seorangnya si Uncle Seekers yang dok sibuk cari hantu tu...

Tu dia... Siap ada Sungai Habib Hassan, Habib Hassan Al-Attas... Untuk pengetahuan beliau adalah seorang tokoh besar agama di Pahang juga Johor awal abad ke 20 Masihi dan madrasah Al-Attas dibina oleh beliau!
Adapun mengikut ceritanya, Habib Hassan juga dikenali sebagai hartawan besar di Johor Bahru dan seorang yang berperanan sebagai mufti besar yang boleh menabalkan Sultan Johor! Kenapa saya boleh tahu sedikit tentang ceritanya? Kerana gambar potretnya terpampang jelas di rumah penulis buku politik Pak Habib @ Syed Hussein Al-Attas di Janda Baik di mana saya pernah menumpang duduk selama 3 tahun!
Untuk pengetahuan, Habib Hassan ialah datuk kepada Syed Hussein... Uncle Seeker @ Beb Lah pula adalah anak Syed Hussein!
Heh! Mesti tersenyum lebar Beb Lah kalau terbaca ini... Don't worry le bro... Aku tak kutuk bapak engkau lagi... Dulu tu sebab aku bengang sangat pasal ada le hal... Sekarang, semua tu dah lepas, aku dah cool down... Lagi pun, marah camana pun, aku tetap panggil dia abah... Dan dari segi nasab, lari macamana pun tetap ada kena-mengena, hehe! :]


Inilah Sungai Habib Hassan...





Alirannya bertemu dengan Sungai Pahang...




Setelah berjalan kaki beberapa ketika, baru saya tahu jalan ini juga menuju ke Rompin dan Mersing...




Ke hadapan sedikit, kelihatan perkataan "Pekan bandar diraja" (dan entah apa lagi, lupa pula dan tidak berapa terang di gambar ini), di seberang sungai...





Sampai di sini, saya mula terasa penat... Timbul juga rasa ragu, berapa jauh lagi perlu berjalan untuk sampai ke kuala Sungai Pahang? Saya pun mula hitchike cuba mendapatkan kereta yang lalu-lalang... Tidak lama kemudian, dapat sebuah lori kecil yang mahu menuju ke Rompin...



Rupa-rupanya tidak jauh daripada tempat tadi, rasanya tak sampai 1 km pun, terdapat sebuah jalan kecil menghala ke kuala Sungai Pahang... Jalan besar pula membelok ke kanan menghala selatan untuk ke Rompin, juga Mersing...
Saya pun turun dan singgah di surau ini yang terletak betul-betul di selekoh... Di sinilah saya mandi sambil membasuh pakaian yang kotor akibat peluh bercampur kesan tanah dan semak hutan belukar secara cowboy... Dan di sinilah saya dapat membasuh luka darah yang meleleh-leleh sehingga beku di 6 tempat di kaki kanan dan kiri akibat gigitan-gigitan lintah di Jalan Penarikan pagi itu...
Cerita seterusnya akan disambung di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ... Sila! :]

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum sy nak tanya....ada ke bas dari muadzam ke chini...sbb sy x berapa jelas

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Saya tak pasti. Rasanya ada...

Bro Hans berkata...

salam tuan, saya rasa bkn palong. maybe yg dimaksudkan adalah kg tersusun Salong. Jika tidak salah, Tuan memilih bas ke pekan melalui simpang ke tasik chini - Salong - Kg Mentiga - Paloh Hinai - Pekan. Jika tidak silap la.Apa2 pun salute kat Tuan...

Unknown berkata...

Hai nak tanye bas dari bahau ke muadzam pukul brape ye?