Assalamualaikum semua... Sementara ada peluang, masa dan sedikit tenaga serta konsentrasi, kita sambung cerita perjalanan terbaru di/ke Pantai Timur... Disambung terus daripada artikel Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam?
Adapun saya sampai ke Muadzam Shah sekitar jam 1 tengahari... Hari itu hari Jumaat dan terdapat sebuah masjid tidak jauh dari stesyen bas ini serta kelihatan orang-ramai mula bertumpu ke situ... Tetapi sebagai seorang musafir yang sedang berjalan jauh lebih-lebih lagi dalam jadual yang tidak menentu, tidak menjadi kesalahan untuk saya menggantikan solat Jumaat dengan solat Zuhur yang boleh dijamak kemudian. Lagipun baru saya dapat tahu, ada perkhidmatan bas jam 1.15 ke Chini dan dari sana, lebih senang untuk mendapatkan bas ke Pekan...
Walaupun saya selalu juga keluar daripada jadual lalu pergi ke tempat-tempat yang langsung tidak dirancang, saya harus memilih ke mana harus pergi berdasarkan masa, berapa jauh tempat itu daripada laluan induk yang dirancang, berapa senang hendak ke sana samada dengan kenderaan atau berjalan kaki serta keadaan fizikal semasa, penat ataupun kurang sihat... Dan memang ketika itu saya sangat penat... Maklumlah, malam Jumaat sebelumnya pun banyak berjalan kaki, siangnya pun begitu demi menyusuri Jalan Penarikan sedangkan tidur di masjid sana tidak nyenyak akibat serangan nyamuk...
Tetapi panggilan Tasik Chini boleh juga tahan kuat! Maka apabila pilihan terasa rumit, saya akan membuat istikharah hati...
Dalam kes ini, saya mendapat isyarat bahawa perjalanan ke Pantai Timur kali ini telah dibuka dengan melalui Jalan Penarikan di mana Pantai Barat Semenanjung boleh disambung dengan Pantai Timur melalui laluan Sungai Muar yang membawa kepada Sungai Pahang... Maknanya, susurilah Sungai Pahang... Dan tentunya sampai ke kualanya di Pekan, lokasi di mana saya telah mendapat isyarat lebih seminggu lalu untuk dijejaki sebagai bandar pertama di Pantai Timur yang akan disinggahi kali ini...
Agak-agak jalan mana yang saya ikuti ya? Apapun, saya sempat makan tengahari di pekan Chini...
Tidak lama kemudian, kalau tak salah ingatan sekitar jam 3, bas pun bergerak... Dan hari mulai hujan... Di atas adalah gambar yang diambil daripada dalam bas, masih di sekitar Chini...
Dan tempat pertama dituju adalah tepian sungai...
Adapun mengikut ceritanya, Habib Hassan juga dikenali sebagai hartawan besar di Johor Bahru dan seorang yang berperanan sebagai mufti besar yang boleh menabalkan Sultan Johor! Kenapa saya boleh tahu sedikit tentang ceritanya? Kerana gambar potretnya terpampang jelas di rumah penulis buku politik Pak Habib @ Syed Hussein Al-Attas di Janda Baik di mana saya pernah menumpang duduk selama 3 tahun!
Untuk pengetahuan, Habib Hassan ialah datuk kepada Syed Hussein... Uncle Seeker @ Beb Lah pula adalah anak Syed Hussein!
Heh! Mesti tersenyum lebar Beb Lah kalau terbaca ini... Don't worry le bro... Aku tak kutuk bapak engkau lagi... Dulu tu sebab aku bengang sangat pasal ada le hal... Sekarang, semua tu dah lepas, aku dah cool down... Lagi pun, marah camana pun, aku tetap panggil dia abah... Dan dari segi nasab, lari macamana pun tetap ada kena-mengena, hehe! :]
Saya pun turun dan singgah di surau ini yang terletak betul-betul di selekoh... Di sinilah saya mandi sambil membasuh pakaian yang kotor akibat peluh bercampur kesan tanah dan semak hutan belukar secara cowboy... Dan di sinilah saya dapat membasuh luka darah yang meleleh-leleh sehingga beku di 6 tempat di kaki kanan dan kiri akibat gigitan-gigitan lintah di Jalan Penarikan pagi itu...
Cerita seterusnya akan disambung di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ... Sila! :]
Assalamualaikum sy nak tanya....ada ke bas dari muadzam ke chini...sbb sy x berapa jelas
BalasPadamWassalam. Saya tak pasti. Rasanya ada...
BalasPadamsalam tuan, saya rasa bkn palong. maybe yg dimaksudkan adalah kg tersusun Salong. Jika tidak salah, Tuan memilih bas ke pekan melalui simpang ke tasik chini - Salong - Kg Mentiga - Paloh Hinai - Pekan. Jika tidak silap la.Apa2 pun salute kat Tuan...
BalasPadamHai nak tanye bas dari bahau ke muadzam pukul brape ye?
BalasPadam