Gambar Sungai Bernam yang menandakan sempadan Perak-Selangor di Tanjung Malim/Ulu Bernam, diambil lebih sebulan lalu... Gambar yang mula dipaparkan dalam artikel "Berpetualang ke Aceh" tour run 3 inilah yang menjadi gambar latarbelakang poster baru promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh"!Subhanallah... Saya kini berada di Tanjung Malim setelah bermalam semalam di masjid jamek sana. Adapun, jadilah ia malam ke 7 di Perak, setelah berada 6 malam di Kedah, 5 malam di Kelantan dan 4 di Pahang.
Di sini biar saya bercerita ringkas kerana sudah sangat penat untuk menyiapkan beberapa perkara tertunda... Selain penat mengembara, saya juga perlu meluahkan cerita dalam
blogspot-blogspot saya untuk tatapan umum... Bukan senang woo nak-nak bila kepala dah mula sakit-sakit dan badan tak sedap demam-demam sakit urat akibat penat selain gangguan secara halus daripada pihak tak bertanggungjawab...
Menurut syarat-syarat pengembaraan yang saya dapat 2-3 hari kebelakangan (siapa yang faham, faham le...) sekarang sampailah masanya untuk saya bergegas ke Selangor. Samada terus balik ke Kuala Lumpur atau bermalam di tempat lain, yang pasti, saya WAJIB meninggalkan Perak sebelum Maghrib.
Nasib baiklah sempadan Perak-Selangor terletak cuma 1 km sahaja daripada Internet Cafe tempat saya sedang menulis. Cuma saya perlu menyiapkan beberapa cerita di
blogspot-blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan
SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dan sekarang barulah saya dapat menyiapkannya...
Inilah link-link untuk cerita-cerita baru ini... Silalah jengok... Maaf ya, kali ini tak dapat disertakan gambar sekali kerana saya perlu bergegas sekarang... Wassalam! :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan