Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Jun 19, 2007

Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD...

Gambar daun kering berlatar-belakangkan jubin yang diambil di Janda Baik... Saja je seronok buat hiasan cerita!


Assalamualaikum. Oleh kerana ramai telah bertanyakan soalan yang sama iaitu bagaimana mahu membeli buku "Berpetualang ke Aceh" secara pos, biarlah diberitahu caranya. Siapa yang berminat membeli boleh menghantar wang pos berpatutan kepada :




Radzi Sapiee,

No 17, Jalan Hijau 1/1,

Bandar Tasik Puteri,

48020 Rawang,

Selangor





Sila nyatakan buku mana yang hendak dibeli, BKA I ("Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti", BKA II ("Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal") atau BKA III ("Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?), samada satu, dua mahupun tiga. Harga BKA I dan BKA II adalah sama iaitu RM24.90. Kedua-dua mengandungi 304 mukasurat. BKA III pula mengandungi 320 mukasurat dan berharga RM27.90.


Merujuk pada sebab-sebab yang diberikan dalam artikel Tentang perjalanan sekitar raya dan promosi buku (dibuat 21 September 2011). Biar dimaklumkan. Bermula tarikh tersebut kos pos untuk siri "Berpetualang ke Aceh" harus dinaikkan untuk menampung perubahan harga semasa. Jika dahulu kos campur pos untuk buku pertama siri dengan tajuk kecil "Mencari diri dan erti" (BKA I) dan buku kedua "Membela syiar yang asal" (BKA II) adalah RM30 setiap satu, kini saya terpaksa meletakkan harga RM31. Untuk buku ketiga "Sirih pulang ke gagang?" (BKA III) pula selama ini saya telah menyerap kos sebanyak RM2.40 setiap kali penghantaran senaskah apabila turut meletakkan kos campur pos sebanyak RM30. Kini saya terpaksa meletakkan harga RM34.

Namun itu adalah kos jika membeli satu sahaja buku. Untuk dua buku saya masih boleh menyerap kos kerana boleh menggunakan satu kotak Pos Ekspress RM7. Maka harga RM60 campur kos pos masih terpakai untuk pembelian mana-mana dua buku dalam siri ini. Harga RM90 untuk tiga buku atau satu set juga masih terpakai kerana saya cuma perlu menyerap 70 sen sahaja bagi setiap penghantaran. Harap maklum

Ramai juga telah menyatakan minat untuk mendapatkan DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874". Untuk makluman, DVD sepanjang 2 jam yang mengandungi lawatan menyusuri sejarah di lebih 44 lokasi seluruh Perak ini dijual pada harga RM15 sekeping. Dahulu saya pernah menjual pada harga yang sama melalui pos tetapi disebabkan perubahan semasa, ia harus dijual pada harga RM17 campur pos. Namun sebagai tawaran (selagi stok masih ada), peminat sejarah boleh membeli ketiga-tiga buku dalam siri BKA bersama DVD sekali dengan harga RM100 sahaja!

Pada wang pos itu, sila nyatakan nama penerima sebagai Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee (nama saya mengikut IC), atau Mohd. Fahrulradzi saja pun boleh. Ini kerana pejabat pos kini cuma menerima wang pos menurut nama dalam IC sahaja. Harap maklum...



Ada juga pihak yang bertanya jika mereka boleh membayar secara bank-in-account. Alhamdulillah, ada yang telah cuba membuat transfer duit terus masuk ke account saya di Islamik Affin Bank dan ternyata ia berjaya. Maka pembaca juga boleh berbuat begitu melalui nombor akaun di bawah...



Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee



Maklumkan anda telah membuat transaksi dengan menghantar SMS berserta alamat rumah dan buku yang hendak dibeli ke telefon nombor 013-3082131. Selepas terbukti transaksi telah berjaya, saya akan poskan buku ke alamat rumah anda secepat mungkin. Anda juga boleh menggunakan nombor akaun isteri saya.




Maybank - 112110854698


Atas nama: Nor Afidah binti Yusof



Adapun siri buku "Berpetualang ke Aceh" pernah dijual di tokoh-tokoh terpilih MPH dan Popular Bookstores seluruh Malaysia. Di tokoh buku Books Kinokuniya di KLCC juga ada begitu juga Borders di Berjaya Megamall selain kedai-kedai buku seperti Minerva di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Saya diberitahu, ada juga yang telah dibawa masuk ke Brunei oleh individu yang berminat lalu menjualnya. Begitu juga buku ini pernah dijual di kedai buku lapangan terbang di sesetengah bandar di Malaysia Timur. Namun sejak Oktober 2010 rasanya tiada lagi di kedai-kedai tersebut. Namun saya masih menyimpan stok untuk jualan langsung, juga untuk jualan secara pos. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 013-3082131 atau e-mail merahsilu@hotmail.com



34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buku anda telah saya jumpai di kedai buku Popular IOI Puchong

tapi belum beli lagi :)

Tanpa Nama berkata...

MerahSilu,

Saya telah dapatkan BKA2 di IOI Puchong, atas info saudara Bagak.
Saya cari BKA1, tak jumpa pulak.

So saya ke MPH Giant Shah Alam, disana pun BKA1, takde, BKA2 shj yg ada. Nasib baik MPH sudah centralised database buku2 cawangan yg lain. Diberitahu BKA1 ada di MPH Subang Parade, dan Mid Valley. Khatam saja BKA2, terus saya terkam BKA1 di Subang Parade.

Alhamdulillah, orang tua saya pun suka dengan isi penulisannya. Teruskan juang mu MS, ada gerak kita ketemu. -awanbadai-

rem berkata...

buku ni saya tak jumpa lagi di Popular Sg Petani..masih mencari BKA3

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Alhamdulillah, saya telah berpeluang membeli dan berjaya memiliki ketiga-tiga buah buku Saudara Radzi "Berpetualang ke Aceh" semasa berkunjung ke kawasan Jalan Masjid India. Tanhniah buat saudara - teruskan usahamu mudah2an bertemu apa yang dicari. Amin

Tuah (Brunei Darussalam)

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Dah lama baru nak jawab... Terimakasih semua kerana menyokong siri buku "Berpetualang ke Aceh". Majulah sukan untuk negara! Ahaks...

bobby berkata...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...bro!!!

setiap pertemuan itu ditakdir kan..dan ditakdirkan juga saya terdengar IKIM.FM tadi...subhanallah...terbukti keindahan ciptaan Allah itu manusia..dan salah seorang yang menzahirkan keindahan itu mungkin melalui penulisan kamu (istighfar kita ramai1 agar terhindar rasa riak)....anyway aku dah teruja...maaf lambat mengetahui tentang buku dan kerja kamu berpetualang...no 013 tu masih valid ke? coz aku nak beli buku itu secara online...dan nak beli siri pertama dahulu :D hehehe boleh kan? anyway ini email aku juraimi@gmail.com ....kalau 013 tu masih valid...dah siap bank in ke Maybank isterimu nanti aku sms....tak sabar nak baca nih!!!! :D

Juniyati Abdul Hamid berkata...

Salam,kerja yang saudara lakukan memang tidak dapat dilakukan oleh oranglain.Teruskan berusaha, bersabarlah...semoga saudara terus tabah.. kuat semangat..semoga Allah memberikan sesuatu yang setimpal dengan apa yang saudara lakukan.Selamat berjaya..insyallah saya akan membeli buku saudara sebagai sokongan untuk saudara.

Tanpa Nama berkata...

Kembali kpd kesedaran
Insan Zilullah Fil'alam
Yang suci & mulia
Tuhan memelihara
Disucikan dengan fitnah
Yang tersembunyi bukan satu
Banyak dalam satu
313 semuanya
3 telah ditemui
299..

Tanpa Nama berkata...

Ya Fattah!
Fattah alaina fathum mubina
Salam yang disampaikan
Wilayah Qurbah
Untuk tiga-tiga arah
Tanah Jawi si Nusantara
Dari negeri jauh
Dibalik sebatang sungai
Perlak ke Samudera Pasai
Jawa ke Sulawesi
Melaka Perak ke Johor-Riau
Dikirim angin lalu
Bertandang ke utara
Kedah, Pattani ke Champa
Lantas dititip jauh
Ke negeri dibawah bayu
Bertaut tiga laut
Brunei Mindanao ke Sulu

Juana berkata...

Dah baca BKA 1 dan insyaAllah akan beli BKA 2. Berasal dr Kuala Kangsar tetapi sekarang menetap di Shah Alam. Kita serumpun rupanya....

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam dan alhamdulillah serta terima kasih semua. Lama saya tak menjenguk di artikel ini, tak sangka dah ada beberapa komen baru.
Untuk bobby, 013 masih valid.
Untuk natie, terima kasih. Tak tau nak kata apa...
Untuk Juana, salasilah ada kena-mengena ke?
Untuk sesiapa yang nak beli buku, Insyaallah stok saya masih ada. Untuk yang nak beli DVD pun ada tapi kena bagi tahu. Stok dahulu semua dah habis. Kena burn stok baru, maklumlah buat sendiri.
Salams! :]

nory izecson berkata...

salam..
erm,sayang,bru hr ni ku jmp blog ni:(.erm,sy rsa sblm ni sy pnh jmp tjuk buku BKA ni.time tu tgh belek2 buku kt kedai buku but sori to say time tu memg xberminat nk beli buku ni apatah lg nk belek2 isi dlm tu.tp ble dh buka blog ni bru la rsa teruja nk memiliki buku2 BKA ni..nnt sy try cari kt mph.erm,dvd tu ada jual gak ke kt kedai buku?atau kena order?

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. DVD tu takda kat kedai, kena order dari saya!

Skudal berkata...

salam....saya berminat nak beli ketiga tiga siri BKA dan DVD....kalau bayar full berapa?? sekali dengan harga pos....

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Sudah disebut di atas. Harva ketiga-tiga buku dengan DVD campur pos adalah RM100.

Namun kalau anda beli direct dari saya semasa pesta buku yang akan berakhir hari ini, boleh dapat semua dengan harga discount RM70.

Lihat ini... http://merahsilu.blogspot.com/2010/03/mari-meriahkan-hari-terakhir-pesta-buku.html

Saya akan berlepas ke PWTC sebentar lagi.

khatizah berkata...

Assalamualaikum

Nak bertanya samada buku & dvd masih ada stok. sekiranya masih ada, saya nak membeli. teringin benar nak membaca buku kajian saudara.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Alhamdulillah masih ada. Tapi maaf, minggu hadapan baru saya boleh menghantar buku. Saya sedang berada di luar negara...

Tanpa Nama berkata...

apakah di indonesia ada distributor buku2 saudara? saya ingin juga mendapatkannya.

Radzi Sapiee berkata...

Maaf. Saya tiada distributor di Indonesia. Saudara boleh mendapatkan secara pos dari saya. Tetapi saya tidak pasti bagaimana kosnya juga cara pembayaran yang terbaik. Mungkin lebih senang jika saudara ada kenalan di Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

nantilah, saya ke malaysia saja. insyaallah akan saya luangkan waktu untuk mencari di toko buku di kl.

Radzi Sapiee berkata...

OK. Dahulu senang didapati di MPH dan Popular tetapi stok mungkin tidak kedapatan kini. Kalau ke KL, cuba ke Masjid India, cari kedai buku Rezeki Harapan di tingkat bawah Wisma Yakin. Letaknya betul2 berhadapan Masjid India, Insyaallah ada lagi...

bahrin berkata...

assalamualaikum radzi...


secara tidak sengaja saya melayari blog anda... tahniah... saya memang berminat untuk mengikuti sejarah aceh dengan mendalam sejak bulan september lalu ketika berpeluang menghadiri konvokesyen adik saya di acheh... selama lima lima hari berada disana sempat jugak mengambil peluang untuk menziarahi makam dan tempat bersejarah sekitarnya... saya ingin memiliki buku saudara... BKA1 BKA2 BKA3 dan dvd tuh... masih ada ke??

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam Bahrin. Masih ada, Alhamdulillah.

Jik berkata...

assalamualaikum radzi,
BKA 1, BKA 2 dan BKA3 masih ada ke? kalu ada saya nak transfer duit ke account MBB isteri anda

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Ada. Bila dah transfer nanti bagitau alamat rumah atau pejabat untuk pos...

Radzi Sapiee berkata...

Salam saudara Jik. Saya sudah dapat sms tadi tapi entah camana terdelete pula. Harap saudara dapat hantar semula atau e-mail sahaja di merahsilu@hotmail.com . Insyaallah buku diposkan esok...

Rohde14 berkata...

asssalamualaikum saudara radzi,

Promosi RM100 utk 3 buku dan DVD tu masih valid ke..Berapa lama sy boleh dapatkan setelah bank-in..

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Ya ia masih valid. Insyaallah boleh dapat dalam 2-3 hari selepas bank-in. Kalau nasib baik dan kena tempatnya hari ni bank-in esok boleh sampai sebab saya selalu pakai Pos Ekspress. La ni dah kena pakai Pos Laju le pulak tapi hasilnya tetap serupa, cuma harga pos aje mahal sikit tapi saya tetap serapkan dalam pakej...

Rohde14 berkata...

Saya dah buat pembayaran RM100 melalui maybank2u..details sy dah email dekat hotmail acc saudara..

Radzi Sapiee berkata...

OK. Isteri saya sudah hantar lalu Pos Laju sekitar 1.30 tengahari tadi....

Wan Washahmaddy berkata...

Assalamualaikum Saudara Mohd Fahrulradzi,

Saya berminat untuk memiliki buku-buku tulisan saudara bertajuk "Bertualang Ke Aceh" bagi ketiga-tiga siri. Saya telah mencari di gedung-gedung buku di serata bandaraya Kuching tetapi tidak menjumpainya. Mungkin saya agak lambat menjumpai blog ini sehingga buku-buku tersebut sudah habis di pasaran. Saya hanya dapat membeli buku "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" minggu lepas.

Adakah saudara masih lagi menyimpan setok bagi ketiga-tiga siri buku (BKA) tersebut termasuk dengan dvd keluaran saudara. Jika ada, berapakah yang perlu saya bayar termasuk kos pengiriman?


Wan Washahmaddy bin Wan Sabli
Kuching, Sarawak

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam.Saya dah semak harga pos ke Sarawak, hampir RM5 lebih mahal berbanding di Semenanjung. Ketiga2 buku masih ada stok, buku 1 je tinggal 20+ buah. Kalau mahu satu set saya poslaju semuanya RM95.

rezzannie berkata...

Salam saudara radzie, saya berminat utk membeli BKA I,II,III dan ahlul bait...berapa harga dan transaksi menerusi maybank masih dilakukan? nbr 013 masih berfungsi?...

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Buku Ahlul Bait takda dalam simpanan saya. Buku BKA aje yang ada. Ya. Nombor 013 dan transaksi Maybank masih berfungsi...