Selasa, Jun 19, 2007

Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD...

Gambar daun kering berlatar-belakangkan jubin yang diambil di Janda Baik... Saja je seronok buat hiasan cerita!


Assalamualaikum. Oleh kerana ramai telah bertanyakan soalan yang sama iaitu bagaimana mahu membeli buku "Berpetualang ke Aceh" secara pos, biarlah diberitahu caranya. Siapa yang berminat membeli boleh menghantar wang pos berpatutan kepada :




Radzi Sapiee,

No 17, Jalan Hijau 1/1,

Bandar Tasik Puteri,

48020 Rawang,

Selangor





Sila nyatakan buku mana yang hendak dibeli, BKA I ("Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti", BKA II ("Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal") atau BKA III ("Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?), samada satu, dua mahupun tiga. Harga BKA I dan BKA II adalah sama iaitu RM24.90. Kedua-dua mengandungi 304 mukasurat. BKA III pula mengandungi 320 mukasurat dan berharga RM27.90.


Merujuk pada sebab-sebab yang diberikan dalam artikel Tentang perjalanan sekitar raya dan promosi buku (dibuat 21 September 2011). Biar dimaklumkan. Bermula tarikh tersebut kos pos untuk siri "Berpetualang ke Aceh" harus dinaikkan untuk menampung perubahan harga semasa. Jika dahulu kos campur pos untuk buku pertama siri dengan tajuk kecil "Mencari diri dan erti" (BKA I) dan buku kedua "Membela syiar yang asal" (BKA II) adalah RM30 setiap satu, kini saya terpaksa meletakkan harga RM31. Untuk buku ketiga "Sirih pulang ke gagang?" (BKA III) pula selama ini saya telah menyerap kos sebanyak RM2.40 setiap kali penghantaran senaskah apabila turut meletakkan kos campur pos sebanyak RM30. Kini saya terpaksa meletakkan harga RM34.

Namun itu adalah kos jika membeli satu sahaja buku. Untuk dua buku saya masih boleh menyerap kos kerana boleh menggunakan satu kotak Pos Ekspress RM7. Maka harga RM60 campur kos pos masih terpakai untuk pembelian mana-mana dua buku dalam siri ini. Harga RM90 untuk tiga buku atau satu set juga masih terpakai kerana saya cuma perlu menyerap 70 sen sahaja bagi setiap penghantaran. Harap maklum

Ramai juga telah menyatakan minat untuk mendapatkan DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874". Untuk makluman, DVD sepanjang 2 jam yang mengandungi lawatan menyusuri sejarah di lebih 44 lokasi seluruh Perak ini dijual pada harga RM15 sekeping. Dahulu saya pernah menjual pada harga yang sama melalui pos tetapi disebabkan perubahan semasa, ia harus dijual pada harga RM17 campur pos. Namun sebagai tawaran (selagi stok masih ada), peminat sejarah boleh membeli ketiga-tiga buku dalam siri BKA bersama DVD sekali dengan harga RM100 sahaja!

Pada wang pos itu, sila nyatakan nama penerima sebagai Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee (nama saya mengikut IC), atau Mohd. Fahrulradzi saja pun boleh. Ini kerana pejabat pos kini cuma menerima wang pos menurut nama dalam IC sahaja. Harap maklum...



Ada juga pihak yang bertanya jika mereka boleh membayar secara bank-in-account. Alhamdulillah, ada yang telah cuba membuat transfer duit terus masuk ke account saya di Islamik Affin Bank dan ternyata ia berjaya. Maka pembaca juga boleh berbuat begitu melalui nombor akaun di bawah...



Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee



Maklumkan anda telah membuat transaksi dengan menghantar SMS berserta alamat rumah dan buku yang hendak dibeli ke telefon nombor 013-3082131. Selepas terbukti transaksi telah berjaya, saya akan poskan buku ke alamat rumah anda secepat mungkin. Anda juga boleh menggunakan nombor akaun isteri saya.




Maybank - 112110854698


Atas nama: Nor Afidah binti Yusof



Adapun siri buku "Berpetualang ke Aceh" pernah dijual di tokoh-tokoh terpilih MPH dan Popular Bookstores seluruh Malaysia. Di tokoh buku Books Kinokuniya di KLCC juga ada begitu juga Borders di Berjaya Megamall selain kedai-kedai buku seperti Minerva di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Saya diberitahu, ada juga yang telah dibawa masuk ke Brunei oleh individu yang berminat lalu menjualnya. Begitu juga buku ini pernah dijual di kedai buku lapangan terbang di sesetengah bandar di Malaysia Timur. Namun sejak Oktober 2010 rasanya tiada lagi di kedai-kedai tersebut. Namun saya masih menyimpan stok untuk jualan langsung, juga untuk jualan secara pos. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 013-3082131 atau e-mail merahsilu@hotmail.com



34 ulasan:

  1. Buku anda telah saya jumpai di kedai buku Popular IOI Puchong

    tapi belum beli lagi :)

    BalasPadam
  2. MerahSilu,

    Saya telah dapatkan BKA2 di IOI Puchong, atas info saudara Bagak.
    Saya cari BKA1, tak jumpa pulak.

    So saya ke MPH Giant Shah Alam, disana pun BKA1, takde, BKA2 shj yg ada. Nasib baik MPH sudah centralised database buku2 cawangan yg lain. Diberitahu BKA1 ada di MPH Subang Parade, dan Mid Valley. Khatam saja BKA2, terus saya terkam BKA1 di Subang Parade.

    Alhamdulillah, orang tua saya pun suka dengan isi penulisannya. Teruskan juang mu MS, ada gerak kita ketemu. -awanbadai-

    BalasPadam
  3. buku ni saya tak jumpa lagi di Popular Sg Petani..masih mencari BKA3

    BalasPadam
  4. Salam.
    Alhamdulillah, saya telah berpeluang membeli dan berjaya memiliki ketiga-tiga buah buku Saudara Radzi "Berpetualang ke Aceh" semasa berkunjung ke kawasan Jalan Masjid India. Tanhniah buat saudara - teruskan usahamu mudah2an bertemu apa yang dicari. Amin

    Tuah (Brunei Darussalam)

    BalasPadam
  5. Hmm... Dah lama baru nak jawab... Terimakasih semua kerana menyokong siri buku "Berpetualang ke Aceh". Majulah sukan untuk negara! Ahaks...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...bro!!!

    setiap pertemuan itu ditakdir kan..dan ditakdirkan juga saya terdengar IKIM.FM tadi...subhanallah...terbukti keindahan ciptaan Allah itu manusia..dan salah seorang yang menzahirkan keindahan itu mungkin melalui penulisan kamu (istighfar kita ramai1 agar terhindar rasa riak)....anyway aku dah teruja...maaf lambat mengetahui tentang buku dan kerja kamu berpetualang...no 013 tu masih valid ke? coz aku nak beli buku itu secara online...dan nak beli siri pertama dahulu :D hehehe boleh kan? anyway ini email aku juraimi@gmail.com ....kalau 013 tu masih valid...dah siap bank in ke Maybank isterimu nanti aku sms....tak sabar nak baca nih!!!! :D

    BalasPadam
  7. Salam,kerja yang saudara lakukan memang tidak dapat dilakukan oleh oranglain.Teruskan berusaha, bersabarlah...semoga saudara terus tabah.. kuat semangat..semoga Allah memberikan sesuatu yang setimpal dengan apa yang saudara lakukan.Selamat berjaya..insyallah saya akan membeli buku saudara sebagai sokongan untuk saudara.

    BalasPadam
  8. Kembali kpd kesedaran
    Insan Zilullah Fil'alam
    Yang suci & mulia
    Tuhan memelihara
    Disucikan dengan fitnah
    Yang tersembunyi bukan satu
    Banyak dalam satu
    313 semuanya
    3 telah ditemui
    299..

    BalasPadam
  9. Ya Fattah!
    Fattah alaina fathum mubina
    Salam yang disampaikan
    Wilayah Qurbah
    Untuk tiga-tiga arah
    Tanah Jawi si Nusantara
    Dari negeri jauh
    Dibalik sebatang sungai
    Perlak ke Samudera Pasai
    Jawa ke Sulawesi
    Melaka Perak ke Johor-Riau
    Dikirim angin lalu
    Bertandang ke utara
    Kedah, Pattani ke Champa
    Lantas dititip jauh
    Ke negeri dibawah bayu
    Bertaut tiga laut
    Brunei Mindanao ke Sulu

    BalasPadam
  10. Dah baca BKA 1 dan insyaAllah akan beli BKA 2. Berasal dr Kuala Kangsar tetapi sekarang menetap di Shah Alam. Kita serumpun rupanya....

    BalasPadam
  11. Wassalam dan alhamdulillah serta terima kasih semua. Lama saya tak menjenguk di artikel ini, tak sangka dah ada beberapa komen baru.
    Untuk bobby, 013 masih valid.
    Untuk natie, terima kasih. Tak tau nak kata apa...
    Untuk Juana, salasilah ada kena-mengena ke?
    Untuk sesiapa yang nak beli buku, Insyaallah stok saya masih ada. Untuk yang nak beli DVD pun ada tapi kena bagi tahu. Stok dahulu semua dah habis. Kena burn stok baru, maklumlah buat sendiri.
    Salams! :]

    BalasPadam
  12. salam..
    erm,sayang,bru hr ni ku jmp blog ni:(.erm,sy rsa sblm ni sy pnh jmp tjuk buku BKA ni.time tu tgh belek2 buku kt kedai buku but sori to say time tu memg xberminat nk beli buku ni apatah lg nk belek2 isi dlm tu.tp ble dh buka blog ni bru la rsa teruja nk memiliki buku2 BKA ni..nnt sy try cari kt mph.erm,dvd tu ada jual gak ke kt kedai buku?atau kena order?

    BalasPadam
  13. Wassalam. DVD tu takda kat kedai, kena order dari saya!

    BalasPadam
  14. salam....saya berminat nak beli ketiga tiga siri BKA dan DVD....kalau bayar full berapa?? sekali dengan harga pos....

    BalasPadam
  15. Wassalam. Sudah disebut di atas. Harva ketiga-tiga buku dengan DVD campur pos adalah RM100.

    Namun kalau anda beli direct dari saya semasa pesta buku yang akan berakhir hari ini, boleh dapat semua dengan harga discount RM70.

    Lihat ini... http://merahsilu.blogspot.com/2010/03/mari-meriahkan-hari-terakhir-pesta-buku.html

    Saya akan berlepas ke PWTC sebentar lagi.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum

    Nak bertanya samada buku & dvd masih ada stok. sekiranya masih ada, saya nak membeli. teringin benar nak membaca buku kajian saudara.

    BalasPadam
  17. Wassalam. Alhamdulillah masih ada. Tapi maaf, minggu hadapan baru saya boleh menghantar buku. Saya sedang berada di luar negara...

    BalasPadam
  18. apakah di indonesia ada distributor buku2 saudara? saya ingin juga mendapatkannya.

    BalasPadam
  19. Maaf. Saya tiada distributor di Indonesia. Saudara boleh mendapatkan secara pos dari saya. Tetapi saya tidak pasti bagaimana kosnya juga cara pembayaran yang terbaik. Mungkin lebih senang jika saudara ada kenalan di Malaysia...

    BalasPadam
  20. nantilah, saya ke malaysia saja. insyaallah akan saya luangkan waktu untuk mencari di toko buku di kl.

    BalasPadam
  21. OK. Dahulu senang didapati di MPH dan Popular tetapi stok mungkin tidak kedapatan kini. Kalau ke KL, cuba ke Masjid India, cari kedai buku Rezeki Harapan di tingkat bawah Wisma Yakin. Letaknya betul2 berhadapan Masjid India, Insyaallah ada lagi...

    BalasPadam
  22. assalamualaikum radzi...


    secara tidak sengaja saya melayari blog anda... tahniah... saya memang berminat untuk mengikuti sejarah aceh dengan mendalam sejak bulan september lalu ketika berpeluang menghadiri konvokesyen adik saya di acheh... selama lima lima hari berada disana sempat jugak mengambil peluang untuk menziarahi makam dan tempat bersejarah sekitarnya... saya ingin memiliki buku saudara... BKA1 BKA2 BKA3 dan dvd tuh... masih ada ke??

    BalasPadam
  23. Wassalam Bahrin. Masih ada, Alhamdulillah.

    BalasPadam
  24. assalamualaikum radzi,
    BKA 1, BKA 2 dan BKA3 masih ada ke? kalu ada saya nak transfer duit ke account MBB isteri anda

    BalasPadam
  25. Wassalam. Ada. Bila dah transfer nanti bagitau alamat rumah atau pejabat untuk pos...

    BalasPadam
  26. Salam saudara Jik. Saya sudah dapat sms tadi tapi entah camana terdelete pula. Harap saudara dapat hantar semula atau e-mail sahaja di merahsilu@hotmail.com . Insyaallah buku diposkan esok...

    BalasPadam
  27. asssalamualaikum saudara radzi,

    Promosi RM100 utk 3 buku dan DVD tu masih valid ke..Berapa lama sy boleh dapatkan setelah bank-in..

    BalasPadam
  28. Wassalam. Ya ia masih valid. Insyaallah boleh dapat dalam 2-3 hari selepas bank-in. Kalau nasib baik dan kena tempatnya hari ni bank-in esok boleh sampai sebab saya selalu pakai Pos Ekspress. La ni dah kena pakai Pos Laju le pulak tapi hasilnya tetap serupa, cuma harga pos aje mahal sikit tapi saya tetap serapkan dalam pakej...

    BalasPadam
  29. Saya dah buat pembayaran RM100 melalui maybank2u..details sy dah email dekat hotmail acc saudara..

    BalasPadam
  30. OK. Isteri saya sudah hantar lalu Pos Laju sekitar 1.30 tengahari tadi....

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum Saudara Mohd Fahrulradzi,

    Saya berminat untuk memiliki buku-buku tulisan saudara bertajuk "Bertualang Ke Aceh" bagi ketiga-tiga siri. Saya telah mencari di gedung-gedung buku di serata bandaraya Kuching tetapi tidak menjumpainya. Mungkin saya agak lambat menjumpai blog ini sehingga buku-buku tersebut sudah habis di pasaran. Saya hanya dapat membeli buku "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" minggu lepas.

    Adakah saudara masih lagi menyimpan setok bagi ketiga-tiga siri buku (BKA) tersebut termasuk dengan dvd keluaran saudara. Jika ada, berapakah yang perlu saya bayar termasuk kos pengiriman?


    Wan Washahmaddy bin Wan Sabli
    Kuching, Sarawak

    BalasPadam
  32. Wassalam.Saya dah semak harga pos ke Sarawak, hampir RM5 lebih mahal berbanding di Semenanjung. Ketiga2 buku masih ada stok, buku 1 je tinggal 20+ buah. Kalau mahu satu set saya poslaju semuanya RM95.

    BalasPadam
  33. Salam saudara radzie, saya berminat utk membeli BKA I,II,III dan ahlul bait...berapa harga dan transaksi menerusi maybank masih dilakukan? nbr 013 masih berfungsi?...

    BalasPadam
  34. Wassalam. Buku Ahlul Bait takda dalam simpanan saya. Buku BKA aje yang ada. Ya. Nombor 013 dan transaksi Maybank masih berfungsi...

    BalasPadam