Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Khamis, November 30, 2006
Sultan Alauddin Riayat Shah: Satu-satunya Sultan Melaka yang makamnya masih wujud di Malaysia
Gambar makam Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah Melaka 1477-1488 Masihi) di Kampung Raja, Pagoh, dalam daerah Muar, Johor. Ikutilah cerita berikut yang disedut daripada Bab 2 buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".
Setahu Rasyid, makam Sultan Alauddin adalah satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih wujud. Makam-makam lain nampaknya hilang begitu sahaja, mungkin kerana telah dirobohkan Portugis, untuk menghilangkan segala kesan warisan keSultanan Melaka selagi dapat? Malah pemuda yang pernah menjelajah hampir seluruh pelusuk Perak semata-mata untuk menziarahi makam-makam lama ini percaya, penjajah Barat itu sanggup merobohkan masjid-masjid dan istana-istana di Melaka lalu menggunakan batu-batu asasnya bersama batu-batu nesan raja-raja untuk mendirikan kota demi menangkis segala serangan orang Melayu.
“Itulah Kota A Famosa yang sangat dibangga-banggakan sebagai warisan peninggalan sejarah Melaka, sering diwar-warkan sebagai salah satu tarikan utama pelancong ke bekas pusat empayar Melayu itu bersama bekas peninggalan penjajah yang lain seperti Gereja Saint Paul,” kata Rasyid penuh geram setiap kali mendapat peluang untuk mengemukakan ‘penemuannya’ itu kepada sesiapa sahaja yang sanggup memasang telinga.
Nasib baik Sultan Alauddin dimakamkan di Pagoh, dalam daerah Muar, Johor. Kalau tidak, makam baginda pun agaknya turut lenyap sama!
“Itupun ada orang yang mempersoalkan kesahihannya walaupun penduduk setempat menyatakan batu nesan baginda yang bertulisan jawi merekodkan nama pemiliknya sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah ibni Sultan Mansur Shah ibni Sultan Muzaffar Shah,” katanya penuh semangat. “Apakah ada Sultan lain dengan nama yang sama? Yang nama ayahanda serta nendanya juga serupa dengan Sultan Melaka itu? Saya rasa tidak...”
Maka timbullah satu persoalan yang menjolok fikiran - Mengapa baginda tidak dimakamkan di Kota Melaka, pusat pemerintahan empayar yang mengandungi makam diraja Melaka seperti Sultan-sultannya yang lain? Pagoh bukannya pusat pemerintahan atau pentadbiran kerajaan. Malah cuma sebuah jajahan terpencil di luar lingkungan kebesaran dan kemewahan Kota Melaka. Apakah istimewanya pekan kecil di kawasan pendalaman Muar ini sehingga seorang Sultan yang tersohor dalam sejarah keSultanan Melaka boleh dimakamkan di situ? Bukankah ini aneh? Atau wujud satu cerita lama yang telah digelapkan, cerita tersembunyi yang mengandungi punca sebenar kejatuhan Melaka ke tangan Portugis nanti?
Rasyid teringat lawatannya ke makam Sultan Alauddin di Kampung Raja, Pagoh setahun lalu. Makam berhadapan sebuah perkuburan lama ini terletak di perkarangan sebuah masjid berwarna kuning yang rekabentuknya serupa dengan sebuah masjid yang pernah dilihatnya dalam sebuah mimpi. Cuma dalam mimpi itu, masjid ini terletak di lereng bukit yang sederhana tinggi, bukan di atas bukit rendah seperti di Kampung Raja. Dan mimpi itu membayangkan sebuah lokasi di Perak yang pernah terletak berhampiran bumi Serambi Mekah suatu zaman dahulu...
Seperti diakui sejarah, Sultan Alauddin adalah seorang Sultan yang adil lagi gagah berani. Ini ada dinyatakan dalam kitab Sejarah Melayu yang ditulis sekitar abad ke 17 Masihi. Tetapi ia tidak menceritakan betapa kecekapan dan ketegasan baginda rupa-rupanya akan mengundang musibah dan keruntuhan Melaka nanti. Tidak ramai yang tahu betapa sifat mulia baginda tidak menyenangkan para pembesar yang hanya pandai bermain politik untuk mengukuhkan kedudukan diri tetapi tidak cekap menjalankan kerja . Kitab Sejarah Melayu menceritakan, Melaka pernah dilanda masalah perompak tetapi tidak berjaya ditangani pihak berwajib. Walaupun negara memiliki undang-undang dan tenaga kerja yang perlu, apa gunanya jika para pembesar kurang peka terhadap masalah negara? Maka itu, baginda sebagai Ulil Amri yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan rakyat telah turun sendiri ke padang menyamar sebagai orang kebanyakan bersama dua orang pengiring memantau keadaan.
Pada satu malam, Sultan Alauddin dan pengiringnya terserempak lima orang perompak sedang giat melangsaikan harta orang. Lalu terjadilah pergaduhan... Menyedari kehandalan Sultan dan orang-orangnya, para penjahat ini cuba melarikan diri tetapi berjaya dikejar sehingga tersepit pula. Mereka pun bertindak nekad dan cuba melawan tetapi berjaya dikalahkan. Baginda sendiri dapat membunuh dua orang perompak!
Keesokan hari, baginda memanggil para pembesar menghadap termasuk Temenggung yang bertanggungjawab menjaga keamanan dalam negeri. Baginda bertanya jika mereka tahu apa yang telah berlaku malam tadi tetapi para pembesar ini tidak dapat menjawab. Bagaimana hendak tahu kalau tidak menjalankan tugas seperti yang sepatutnya?
Sultan Alauddin pun memerintahkan pengiringnya menceritakan peristiwa malam itu. Ternyatalah para pembesar tidak membuat kerja, malah tidak pernah memantau keadaan sebenar negara.
Para pembesar terutama Temenggung yang berperanan sebagai Ketua Polis Negara terasa begitu malu. Menurut kitab Sejarah Melayu, sejak itu, Temenggung bertindak keras menjaga keamanan negara. Dalam suatu peristiwa, beliau telah memenggal tangan seorang perompak sehingga lengannya tercampak lalu tersangkut di celah pintu kedai. Mungkin untuk menakutkan para penjahat di Melaka? Atau sekadar melepaskan geram kerana ditegur Sultan? Apapun, tindakan ganas, drastic serta mengejut ini berjaya menakutkan penjahat. Melaka pun aman kembali...
“Apa yang tidak diceritakan dalam Sejarah Melayu adalah rupa-rupanya ketegasan Sultan Alauddin dalam mentadbir Melaka telah menyebabkan ramai pembesar menjadi gelisah dan menaruh dendam,” Rasyid memberitahu beberapa orang kawan. Kitab itu juga tidak menyebut baginda akhirnya memilih untuk memencilkan diri di Pagoh kerana wujud satu komplot besar untuk menjatuhkan baginda.
“Sedikit sahaja yang tahu Sultan Alauddin juga adalah seorang yang alim lagi warak Menurut satu sumber, baginda adalah seorang ahli Sufi, pengamal ilmu Tasawuf yang lebih mementingkan akhirat daripada dunia,” pemuda itu terus bercerita. “Baginda tidak hairan dengan pangkat, nama dan harta. Maka itu, apabila menyedari ada usaha untuk menyisihkannya, baginda lebih rela meninggalkan Melaka daripada menimbulkan suasana yang boleh mengugat kesejahteraan rakyat dan negara.”
Malangnya ada yang tidak senang selagi Sultan ini bernyawa. Baginda akhirnya mangkat diracun, menurut satu cerita, atas usaha pembesar yang sudah lama sakit hati. Ada pula menyebut, ini berlaku atas perintah abang tirinya Sultan Muhammad dari Pahang yang tersisih dari takhta Melaka kerana membunuh anak Bendahara Tun Perak semasa baginda menjadi Raja Muda Melaka. Ketika itu anak Bendahara sedang bermain sepak raga dengan kawan-kawannya. Secara tidak sengaja, beliau telah menyepak bola sehingga terkena kepala anak raja yang kebetulan lalu di situ. Destar di atas kepalanya pun terjatuh dan tanpa berfikir panjang, anak raja yang terasa jatuh air muka itupun terus menikam beliau...
Apapun memang ada pihak yang dengki dan inginkan baginda mati. Al Fatihah untuk Sultan Alauddin Riayat Shah, wali Allah yang terpilih. Sejarah mencatatkan baginda digantikan anakandanya Sultan Mahmud Shah yang terkenal kezalimannya. Maka bermulalah bibit-bibit keruntuhan Melaka yang akan menyaksikannya dijajah lebih 400 tahun...
16 ulasan:
kisah yg menarik utk diterokai....alharhum sultan neh meninggal diracun dibulan ramadhan kan?
Hmm... Saya pun tak tahu bila baginda diracun... Kalau saudara tahu cerita lebih lanjut, sudi-sudilah berkongsi di sini...
saya pernah terbaca kajian n penceritaan mengenai kewarakan sultan alauddin yg beruzlah diMuar yg dilakukan oleh saudara feisal tehrani tahun 2005@2004
salam..tertanya2 dan dah lama nak tanya, Sultan Alauddin Riayat Shah ni ada kaitan kah dgn Sultan Johor sekrg?
kerana...menurut al-marhum nenek saya (kembali ke rahmatullah 2 Ramadhan, 2004, Jumaat), mereka ada kaitan kerana kami waris2 mereka..wallahua'lam.
Dgar cerita baginda mati diracun oleh isterinya, abgnya sultan muhammad dn beberapa pmbesar yg dtg brtandang di pagoh.. alasan untuk brmohon maaf sbelum bginda berangkat ke mekah. Ketika itu bulan ramadan dn mereka berbuka brsama. Selepas solat isyak bru bginda sedar yg baginda di racun..
Wallahualam
Al- fatihah ke atas baginda sultan😢😢
Tahniah,penulisan tuan menarik. Teringin rasa nk membaca buku2 sejarah kesultanan melayu. Tp x pasti mana sumber nk di perolehi..mungkinkah perpustakaan negara ada menyimpan naskah2 ini sbg panduan kpd generasi muda?
Di Perpustakaan Negara dan insyaallah perpustakaan2 utama ada. Malah memang ada sesyken khas untuk sejarah negeri2. Boleh rujuk dengan mereka. Kalau tak salah ingatan seksyen yang dimaksudkan buku2nya ditanda bermula nombor 823...
Assalamualaikum. Makam Sultan Alauddin Riayat Shah berada di Pagoh kerana zaman itu Pagoh pengeluar gambir dan lada hitam terbesar. Sebab itu Pagoh popular pada zaman tu. Apa yang saya tahu, mengikut pada cerita ayah saya bahawa Haji Md Saat adalah keturunan asli Sultan Alauddin Riayat Shah. Beliau mempunyai berbidang-bidang tanah di Pagoh dan dikatakan merangkumi separuh tanah Pagoh. Kalau anda tidak percaya, boleh tanya pada waris-warisnya walaupun banyak tanah telah dijual, masih ada banyak lagi di Pagoh. Kalau bukti masih tidak sahih lagi, wikipedia mengatakan Haji Md Saat adalah dari keturunan keluarga aristokrat (golongan bangsawan). Wikipedia boleh dirujuk artikel versi bahasa Melayu; Tan Sri Othman Saat
Assalamualaikum...nak tanye..ada yg tahu siapa nama isteri pertama sultan alaudin riyat shah?dan siapakah anak2 dari isteri pertama..makam siapakah yg ada di pagoh bersama makam sultan?
Tak silap saya, Sultan alauddin berkahwin dgn anak sultan fatih instanbul.
kelompok org yg meracun tu termasuk dari kelompok org2 india dan muslim..dlm lingkungan sultan zaman tu pun ada mamak dlm pentadbiran tertinggi melaka..org melayu diracun pemikiran oleh org2 asing, termasuk penjajah dan org2 mamak..ni berdasarkan apa yg aku tau, sbb aku org melaka keturunan muar..
Semoga roh Tuqnku sentiasa dicucuri rahmat Allah. Aamin ya Rabb
Fauzi omar gunung Ledang
sy pernah bermimpi membetulkan nisan baginda yg tumbang dan baginda sultan berbicara sesuatu pada saya...selepas terjaga keesokannya cr mencari ttg sejarah baginda..terkejut sy apa yg mimpi itu sama 100% dlm mimpi sy termasuk 2 nisan..bumbung pusara dan surau berdekatan tanah perkuburan..al fatihah
Mcm mna nk jmpe haji md saat tu
Catat Ulasan