Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, November 30, 2006

Lagi huraian sebab kejatuhan Melaka



Masjid Kampung Raja di Pagoh, Muar, Johor. Di sebelah masjid inilah terletaknya makam Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah 1477-1488 Masihi), satu-satunya Sultan Melaka yang makamnya masih wujud di Malaysia.

Subhanallah. Terasa mahu menyambung lagi cerita daripada Bab 2 buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti"... Kira sambungan terus daripada sedutan mengenai Sultan Alauddin Riayat Shah dalam artikel sebelum ini...


Di sini terbit satu kekhilafan sejarah yang nyata. Kenapa Sejarah Melayu menceritakan Sultan Alauddin semakin gering lalu memanggil Bendahara dan para pembesar malah bersandar pada dayang-dayang sebelum memberi wasiat supaya Sultan Mahmud yang masih belum bercerai susu pula diangkat sebagai penggantinya? Bagaimana baginda boleh berbuat begini sedangkan hari-hari terakhirnya dihabiskan di luar Istana Melaka, nun jauh di Pagoh dengan makamnya di sana sebagai bukti?
Bagaimana pula Sultan Mahmud yang ibunya anak Bendahara boleh diangkat sedangkan Sultan Alauddin mempunyai seorang lagi anak yang jauh lebih tua, matang dan layak, seorang anak gahara dari ibu berdarah raja bernama Raja Munawar? Apakah mungkin ini berlaku kerana Raja Munawar yang pernah ditabalkan sebagai pemerintah Kampar juga mempunyai sifat adil, warak, tegas dan gagah berani seperti ayahandanya?
“Apakah kerana baginda tidak boleh dipengaruhi para pembesar korup, maka Sultan Mahmud yang belum mengerti apa-apa lalu senang diperalatkan pula dipilih?” tanya Rasyid kepada kawan-kawannya. “Yang pasti, Sultan Mahmud lebih memenuhi citarasa para pembodek. Boleh diampu, ‘diangkat’ secukup rasa. Apa salahnya dibiarkan bermaharajalela asalkan tidak mengganggu kegiatan ‘extra-curriculum’ mereka?”
Memang pemuda ini marah apabila bercerita tentang apa bentuk salah-laku yang dilihatnya tidak kira pada zaman mana ia berlaku, walaupun orang lain mungkin tidak mempunyai pandangan serupa. Tetapi mereka yang mengenalinya tidak kisah jika kata-katanya kadang-kadang agak keterlaluan dan emosional. Atau mereka kurang sedar betapa pentingnya ‘fakta’ yang ingin diketengahkan? Tidak endah bahawa itulah faktor utama kejatuhan Melaka, faktor sama yang boleh menyebabkan kejatuhan Malaysia jika pemimpin serupa diangkat menerajui negara?
“Ingat tidak cerita peminangan Puteri Gunung Ledang?” Rasyid bertanya. Kali ini di hadapan beberapa orang yang baru sahaja dikenali di sebuah warung terpencil di Hulu Langat. “Kerana inginkan sangat puteri itu, Sultan Mahmud sanggup memaksa rakyat Melaka menggadaikan harta benda dan tenaga untuk membuat kerja sia-sia. Demi memenuhi syarat peminangannya, rakyat dikerah mendirikan jambatan emas dari Kota Melaka ke Gunung Ledang. Kalau dilihat pada peta sekarang adalah 40 kilometer jauhnya. Berapa tan emas kah yang perlu dipakai? Berapa banyak harta rakyat harus digadai? Berapa banyak tenaga yang dipersiakan?”
Tidak cukup itu, mereka disuruh pula mengumpul bertempayan air mata anak dara. “Bagaimana pula dengan sedulang hati nyamuk dan sedulang hati kuman yang perlu disediakan juga. Hendak mencari nyamuk sedulang pun payah, inikan lagi hatinya, apa lagi hati kuman. Tidakkah gila rakyat Melaka dibuatnya?” Rasyid terus melepaskan geram.
Tetapi orang tidak boleh berkata apa kerana kisah ini memang disebut dalam kitab Sejarah Melayu juga Hikayat Hang Tuah. Lagipun pemuda ini bercerita perkara yang benar kerana Sultan Mahmud memang terkenal dengan kezalimannya. Bukankah pepatah Melayu menyebut raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah? Pada Rasyid, daripada orang lain seperti Mat Saleh kutuk bangsa kita, baik orang Melayu sendiri mengingatkan bangsa. Jangan sampai orang seperti Munsyi Abdullah yang menegur anak raja bodoh tidak pandai membaca, asyik hendak berlaga ayam sahaja pula berlagak sebagai pejuang bangsa sedangkan hamba Allah ini juga bertanggungjawab menterjemahkan kitab Bible ke dalam Bahasa Melayu. Untuk apa? Supaya kita menjadi bangsa yang lebih bertakwa? Sudahlah... Tali barut penjajah... Jangan sejarah lama berulang kembali... Maruah bangsa dan tanahair tergadai lagi. Jadilah Pak Kaduk setakat menang sorak. Mana tidak bangsa lain kata orang Melayu, bodoh, lemah...
“Apapun, akhirnya, sejarah menyebut Sultan Mahmud tidak dapat memperisterikan Puteri Gunung Ledang,”seorang hamba Allah menyampuk. “Kerana dia tidak dapat memenuhi syarat terakhir iaitu mempersembahkan semangkuk darah anaknya Raja Ahmad. Tidak sampai hati melihat anak kecilnya sedang lena beradu,”
“Betul! Tetapi dia nyaris nak buat juga,” Rasyid menjawab balik. “Bukan senang membendung kehendak raja rakus yang sedang memuncak. Menurut cerita dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan Mahmud memang sampai hati hendak menumpahkan darah anaknya sendiri tetapi Puteri Gunung Ledang sempat menjelma di istana lalu menghalang.”
“Kamu tidak tontonkah filem Puteri Gunung Ledang?” dia menyambung. “Bukankah Tiara Jaquelina yang berlakon sebagai puteri itu telah menjelma dalam istana untuk memberi amaran kepada Raja Melaka? Sebelum itu, Sophia Jane yang berlakon sebagai Tun Fatimah sudah mendaki Gunung Ledang untuk memberitahu Tuan Puteri tentang niat suaminya yang bermata keranjang mahu masuk meminang. Dia sendiri menyebut boleh ke tudung saji dibuat tutup mulut gunung berapi...”
“Eh... Kamu ini pandai-pandai sahaja bercerita,” seorang pendengar lain menegur. “Bukankah Tun Fatimah menyebut bolehkah air disiram untuk memadamkan gunung berapi, lebih kurang begitu...”
“Entahlah...” jawab Rasyid. “Tudung saji ke tudung botol, aku tidak berapa ingat dialognya. Tetapi maksudnya, bolehkah ditutup nafsu Sultan Mahmud yang sudah berahi sangat hendak beristerikan puteri itu.”
Mungkin begitulah juga keadaannya bila ada pemimpin negara yang gilakan perempuan. Bukannya rakyat tidak tahu, berapa ramai orang politik sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wanita pujaan mereka? Setakat bercakap bohong ini nothing, memang tabiat semulajadi orang-orang ini... Masalahnya ada yang sanggup mempermainkan agama, bangsa dan negara, pandai bermain ayat-ayat Al-Quran, berlagak seperti ustaz dan sanggup menggunakan kuasa yang diamanahkan, juga harta awam untuk mencapai cita-cita dan memenuhi nafsu serakah. Akhirnya yang punah rakyat juga, termasuk perempuan yang termakan pujuk-rayu mereka...
Menurut satu cerita pula, Puteri Gunung Ledang sengaja memberi syarat-syarat mengarut kerana mereka sebenarnya haram berkahwin. Ini kerana menurut orang-orang lama yang pernah ditemui Rasyid, baginda adalah ibu saudara Sultan Mahmud, anak nendanya, Sultan Mansur Shah dengan puteri Majapahit! Mana boleh berkahwin beb? Nak jadi macam Sangkuriang yang gilakan ibu kandungnya? Atau kalau Mat Saleh (sebab ramai Melayu tak kenal sejarah bangsa sendiri) jadi macam Oedipus?
Anak muda itu teringat komen seorang tua yang dikenalinya mengenai filem Puteri Gunung Ledang. Pejuang lama kemerdekaan orang Melayu ini cukup marah kerana Hang Tuah digambarkan sebagai “mat jiwang”, syok sangat bercinta dengan puteri itu sehingga frust giler, sanggup lari terpekik-terlolong tak tentu arah sampai boleh tergolek masuk paya...
“Cis! Menjatuhkan maruah pahlawan Melayu sahaja,” katanya marah. “Sudahlah begitu, filem ini juga menggambarkan tentera kerajaan Demak macam gangster, golongan fanatik agama yang tidak menghormati hak asasi manusia... Serang kerajaan Majapahit sehingga sanggup bakar rumah rakyat biasa yang tidak berdosa. Mana ada tentera Islam buat begitu? Kerajaan Demak adalah KeSultanan Islam pertama di Pulau Jawa, disokong pula para Wali Songo... Islam tidak mengajar umatnya membakar rumah orang, apalagi milik golongan marhain. Ini semua propaganda halus untuk menjatuhkan maruah Islam. Atau orang yang buat filem ni memang tak peka sejarah?”
“Kebodohan dan kerakusan Sultan Mahmud bukan setakat itu saja,” Rasyid meneruskan cerita di hadapan pengunjung warung di Hulu Langat. “Ada banyak lagi dan lagi... Salah satunya Sejarah Melayu menceritakan dia sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri, Raja Zainal!”
Menurut cerita itu, Sultan Mahmud amat marah, dengki dan iri hati kerana segala kaum wanita Melaka, tua dan muda, dara juga yang berpunya akan berhenti membuat kerja lalu duduk di serambi rumah atau menghendap dari balik tingkap untuk menatap rupa paras Raja Zainal yang elok dan kacak setiap kali saudaranya itu keluar dari istana untuk bersiar-siar. Maka itu dia telah mengarahkan agar adindanya itu dibunuh secara senyap-senyap demi ‘kesejahteraan’ negara. Agar para wanita Melaka tidak lagi dapat menatap wajah kacaknya sehingga Melaka menjadi ‘huru-hara’. Bacalah kitab Sejarah Melayu. Lebih kurang begitulah ‘prihatinnya’ seorang raja dalam menjaga ‘kebajikan’ rakyatnya.
“Mungkin dia tidak rasa bersalah kerana Raja Zainal adalah adinda tirinya, seibu dengan Raja Munawar yang disisih dari takhta Melaka.” Rasyid menduga. “Kitab Sejarah Melayu ada menyebut Sultan Mahmud kurang senang apabila ada pembesar yang kelihatan lebih suka jika Raja Munawar menaiki takhta. Maka eloklah juga adinda seibu Raja Munawar ini dihapuskannya, kuranglah seorang ‘pencabar’ takhta. Tapi apo nak dikato apabila Sultan ini nanti sanggup membunuh anakandanya, darah dagingnya sendiri Raja Ahmad yang dahulunya ditatang bagaikan minyak penuh dalam cerita peminangan Puteri Gunung Ledang?”
Sebelum itu, Sultan Mahmud telah mengarahkan pembunuhan seisi keluarga Bendahara Tun Mutahir kerana percayakan fitnah. Sejarah Melayu mencatatkan, dia telah lama berdendam kerana Bendahara tidak memberitahu beliau mempunyai seorang puteri rupawan bernama Tun Fatimah. Sultan cuma dapat tahu apabila dijemput menghadiri majlis perkahwinan puteri itu dengan Tun Ali. Maka apabila ada yang menjaja cerita Tun Mutahir merancang untuk merampas takhta, Sultan Mahmud mengarahkan seluruh isi keluarga Tun Mutahir dibunuh tanpa periksa, termasuk Tun Ali. Tun Fatimah pula dibawa ke istana untuk dijadikan isteri. Tidak lama kemudian, Kota Melaka pun diserang Portugis dan menurut catatan-catatan rasmi dengan senang jatuh ke tangan mereka.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, merah silu. ni aku nak jawab komen kau dalam blog aku. apa tuh, tok selampit ke? penglipurlara pun boleh jugak.. hehehe , kalau diorang rasa boring boleh gak masuk aku punya blogspot, baca aku punya merapu..

-- perpatihtulus

Radzi Sapiee berkata...

Biasa le bro... Kita semua sebenarnya cuma pelakon sahaja di atas pentas dunia... Masing-masing kena ikut skrip yang diberikan di Loh Mahfuz tapi banyak pulak yang bila keluar kat dunia ni jadi memandai-mandai nak ubah cerita. Masa kat alam roh janji kat Allah nak jadi petani berjaya bila turun bumi nanti, bila dah sampai kat sini, dah rasa malu nak bertani, sibuk pulak nak jadi CEO syarikat IT main billion-billion Ringgit. Tu yang hidup tak bahagia-bahagia walaupun dah kaya gila sampai ada helikopter... Sebab tak tunaikan janji ikut skrip asal kat loh mahfuz dulu... He! He! :]

zu berkata...

membaca blog tuan.. ingin rasa hati utk buat program gotong royong membersih makam dan masjid tinggal di perak, saya org kg gajah + pasir salak. rumah opah saya betul2 sebelah masjid p,salak. tp skrg tapak tu jd kom sej psr salak.

Radzi Sapiee berkata...

Hmm. Elok le tu. Sekarang ni Syaaban, tak lama lagi Ramadhan pas tu raya. Memang pun nak masuk musim bersih masjid dan makam... :]

Bangsa kuno akan di keluarkan kembali dari tempat persembunyiaanya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bangsa kuno akan di keluarkan kembali dari tempat persembunyiaanya berkata...

Agama agama samawi telah di perangi sejak zaman para nabi dan rasul terdahulu lagi oleh empayar yg sama jika di kaji para zaman nabi terdahulu di kelilingi nerdepan empayar empayar ini yg kejam dn sehigga sekarang empayar ini masih kekal dn yg terakhir di rom saki bakinya edologinya telah tersebar di dlm akal umat manusia serta islam.mereka yg menjadi tali barut di dlam islam kebanyakan berakalkan barat, pro barat..bakan pro islam8.hapuskan pemikiran pro barat terlebih dahulu mengagungkan barat.ia amat bahaya untuk islam.menurut catatan catatan lama. Keseluruhan akal barat akan berakhir di romawi.the key pro barat> pro eropah> pro penjajah> pro zion> pro vaticaN city> pro pope venedect/ lihat pula agama mereka dewa dewi pelbagai tuhan itu dan ini.brkonsep trinity dari zeus(bapa),mitra(ibu),hoculis(anak) seperti mana kristian katolik di ubah walhal gereja yg berada di rom usianya jauh lebih lama dari kemunculan nabi isa a.s. para nabi dn rasul brdepan dgn empayar ini suatu ketika dahulu.empayar ini kekal sehingga sekarang iaitu di italy. Zeus, mitra,horculis mereka bertiga ini manusia yang di angkat sebagai pemimpin oleh rakyat.agama ini hnyalah salah paham yg berlaku setelah kematian pemimpin dn sedikit sebanyak telah berubah selepas jenerasi ke jenerasi.malah agama ini telah wujud lebih awal dari kedatangan nabi ibrahim.dalam sejarah juga agama ini berasal dari tanah arab juga lihat kisah nabi ibrahim tentang berhala.agama pagan ini suatu ketika dahulu yang membentuk kekeaisaran sendiri dn empayar yg kuat satu ketika dahulu.dari aliran agama pagan ini juga lah bnyak agama agama samawi di ubah manusia boleh menjadi tuhan(agama firaun) malah dalam aliran agama islam juga ada terselitnya pemahan trinity..sebab tu akhir ini bnyak manusia mengaku tuhan.pelik dari mana pula amalan ini kalau bukan dari barat melalui islam syiah di dan resapi sedikit demi sedikit dalam aliran islam yang lainya.(lihat sejarah syiah iaitu iran parsi lama mereka mncipta islam syiah untuk menandingi rom, lihat pula agama rom lama ini seakan akan sama dengan agama parsi lama cuma telah berovolusi dari dewa dewi patung patung kepada dewa drei manusia.harus di lihat dan di perhalusi.boleh di katakan kebanyakan tali barut islam berakalkan pro barat ini..haruslah semak semula sejarah dari awal sehingga akhir.kita akan menemui jalan. Pelik pula bila di sebut islam je pengganas dan penganas itu islam kalau mcm tu smua orang islam itu ganas dn perlu di hapuskan di muka bumi.itulah rancangan barat yg sebenar untuk melakukan holocoust trhadap umat islam.yg sebenarnya bkan yahudi di holocoust tetapi umat islam yg di holocoust yg sebenarnya kita di perangi dari nabi ibrahim lg.lebih ketara semasa nabi muhammad 1500 tahun brapakah angka yg terkorban.ingat jika tersilap langkah kemungkinan pembantaian umat islam akan berlaku secara besar besaran di muka bumi yg di lakukan barat berpusat di rom serta orang orang islam berakalkan pro barat ini(tali barut) ini seakan akan sama. Melaka dan turki memang amat berbeza tetapi hanyalah satu pegangan dan di bawah satu bendera khalifah islam, semasa itu bumi eropah telah di gempur tentera islam semasa perang salib pertama dn kemunculan slahhuddin alayubi .dn tentera salib, templar,iluminati,masonic,satanic,paganise,dn organisasi seangkatan denganya lari dn mncari tanah baru atau pun mencari saki baki sekutu sukutu di bawah satu bendera islam iaitu bendera hitam khalifah islam. Ye benar perang salib belum berakhir lagi selagi barat tidak menguasai dunia 100%.boleh di katakan dunia kini di kuasai oleh mereka dari keturunan mereka akal budaya pendidikan dan kesemuanya dari mereka.dari demokrasi leberal sekular komunis politik ni semua geng geng mereka yg buat untuk mengucar kacirkan dari dalaman sesebuah negara dan berpangkalan ni vaticant city rom italy.

Bangsa kuno akan di keluarkan kembali dari tempat persembunyiaanya berkata...

Baca boleh, percaya jangan sesekali.
Sekali baca mcm mengarut dua kali baca seperti di perhalusi.hihihi