Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Ogos 18, 2012

Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa"



OK. Pembaca setia blogspot ini mesti sedia maklum bagaimana lebih 3 bulan kebelakangan ini telah digunakan untuk menceritakan perjalanan saya, isteri dan anak-anak pusing ke serata tempat di Pulau Jawa 1-14 Mei 2012. Sempena hari raya Aidil Fitri bakal menjelang biar dikumpulkan links untuk semua artikel berkenaan yang sudah dibuat di ketiga-tiga blogspot saya. Semoga ia menjadi bacaan yang berguna dan menyegarkan pada cuti raya...








































































































102. Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Solo, Kediri, pendopo kerajaan Majapahit dan makam Sheikh Jamaluddin Kubro di Mojokerto

103. Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Hidung lembu di Pasar Turi


7 ulasan:

puteri jalanan a.k.a annur berkata...

salam sdr,nak tanya sikit bole?apa perasaan masa kat situ?ada dapat dejavu papa tak?kongsila sikit..hehe..

semoga anda sekeluarga sentiasa dalam perlindungan dan jagaanNya...kagum dengan usaha saudara sekeluarga...:)

kirimkan salam saya pada anak dan isteri...(anak reti jawab salam tak?hehe)

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Senang cerita, punya le banyak deja vu sampai tak tersebut dalam cerita. Ya. Rasanya kali ini saya tidak menyebut langsung pasal deja vu kat mana2 cerita dalam siri ini. Hari2 deja vu sehingga dah jadi terlalu biasa. Cuma yang saya musykil kekerapan deja vu dan panjangnya deja vu meningkat mendadak di Jakarta dan terus berlangsung kemudiannya. Kenapa di Jakarta? Kenapa tidak lebih awal semasa masih dalam sesi menziarahi makam para wali Songo?

puteri jalanan a.k.a annur berkata...

saudara,dejavu tu maksudnya kita sememangnya pernah menghadapi perkara itu atau itu cuma memori nenek moyang?mana mungkin kan kita mengalami dejavu kalau kita tak pernah melalui tempat tersebut...melainkan wujudnya kelahiran semula...apa pendapat saudara?da lama sy berfikir ttg perkara ini,tapi pencarian tiada langsung yg memuaskan hati...jika saudara sudi,sy mohon kongsikan sikit ttg dejavu...maaf sekiranya menyusahkan...

Radzi Sapiee berkata...

Deja vu tu mungkin memori nenek moyang mungkin juga pengalaman kita sendiri. Sesungguhnya roh kita tidak terikat dengan waktu dan mampu menerawang baik ke belakang mahupun ke hadapan masa tanpa kita sedari misalnya ketika tidur ataupun mengelamun. Selain itu deja vu juga boleh berlaku apabila tercetus ingatan pada zaman sebelum roh ditiup dalam badan. Sesungguhnya setiap dari kita pernah dipertontonkan keadaan yang bakal dialami di muka bumi sebelum diturunkan dan ini adalah antara pati persaksian roh dengn Allah yang disinggung dalam ayat Quran (lupa surah mana) berbunyi begini. Alastu birabbikum? Bala syahidna. Terjemahan secara offhand lebih kurang begini... Adakah kamu mengaku Aku Tuhan kamu? (Jawab roh). Ya. Bahkan kami menyaksikan.

puteri jalanan a.k.a annur berkata...

salam saudara,terima kasih banyak2 atas ilmunya,sy terima sbg salah satu sumber maklumat utk diri saya...

semoga kalian sekeluarga sihat2 saja...:)

puteri jalanan a.k.a annur berkata...

maaf jika saya mencelah kembali sekadar bertanya,wujudkah dewa dewi?dan jika diteliti sebenarnya agama hindu buddha terlalu dalam maknanya dan falsafah ketuhanannya,kerana jika mengira dari konsep utama mereka percayakan tuhan yang satu,cuma dewa dewi sebagai perwujudan aspek2 tuhan,atau digelar diri sejati...

dan ada yang mengatakan gautama buddha itu adalah awatara dewa wisnu?

apa pendapat saudara?

Unknown berkata...

Assalamualaikum Tuan Radzi, saya hanya inform ada satu makam yg jarang orang ambil tahu sbb tidak popular sebagai Wali Allah atau Sunan ttp ramai yg mungkin pernah tonton wayang lndonedia yg memaparkan ttg JAKA SEMBONG dia seorang pahlawan yg hebat tidak gentar dgn Belanda dan tidak pernah mengalah. Makamnya ada di dalam kawasan Masjid Agung Kendal. Sila ziarah jika berminat. Tkasih