Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Ogos 26, 2022

Ilmu jiwa daripada sudut pandang Al-Ghazali - Kimia kebahagiaan Al-Ghazali : Mahkota Ilmu Jiwa Islam

Salam petang Jumaat 28 Muharram 1444 Hijriah. Merujuk pada artikel  Melayu Timur Tengah : Menelusuri Melayu di bumi Anbiya' yang dipersembahkan malam semalam. Ada disebut di dalamnya bahawa kalau ikutkan giliran penulisan saya sepatutnya berkongsi cerita satu majlis ilmu yang diikuti secara atas talian pada hari Sabtu malam Ahad 20 Ogos, kemudian baru bercerita tentang perjalanan di Perak 22 hingga 24 Ogos (yang selesai pada malam sebelumnya) iaitu sebelum berkongsi artikel tentanng Melayu Timur Tengah,daripada majlis di Muzium Negara yang dihadiri pagi semalam. Sekarang biar cerita tentang majlis atas talian hari Sabtu yang dikongsikan pula.



Adapun majlis ini merupakan sebahagian daripada siri syarahan yang tajuk besarnya boleh diterjemahkan sebagai "Ilmu jiwa daripada sudut pandang Al-Ghazali". Dimulakan pada bulan Mei dan diadakan sebulan sekali syarahan dibuat oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar yang merupakan penyelia tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Kuala Lumpur.




Syarahan kali ini merupakan yang keempat dalam siri. Ia memiliki tajuk khas yang boleh diterjemahkan sebagai "Kimia Kebahagiaan Al-Ghazali : Mahkota Ilmu Jiwa Islam".




Osman memulakan dengan menyatakan bahawa bahagian pertama tajuk khas syarahan ini dalam bahasa Inggeris iaitu "Al-Ghazali's Alchemy of Happiness" (yang saya terjemahkan sebagai "Kimia kebahagiaan Al-Ghazali" itu) merujuk pada sebuah kitab ulamak besar tersebut (kitab Kimiya-yi Sa'ādat - bahasa Arab bagi kimia kebahagian). Kitab itu sendiri pula merupakan suatu macam ringkasan hal-hal berkenaan daripada kitab besar beliau yang sangat terkenal iaitu Ihya Ulumuddin. Dengan itu Osman pun mengingatkan pada poin-poin atau objektif penting kitab Ihya yang  telah diketengahkan dalam syarahan lalu (pada 2 Julai 2022) Ini boleh diulangkaji melalui artikel berkenaan iaitu Ilmu jiwa daripada sudut pandang Al-Ghazali - Kepentingan ilmu jiwa dan pendekatan terhadap kesihatan dalam Ihya Ulumiddin....










Setelah mengingatkan kembali empat objektif Ihya itu (yang Osman ada menyebut juga dibina berasaskan tulisan Al-Farabi tentang kebahagian 200 tahun lebih awal) maka disebutlah semua ini adalah demi untuk mencapai kebahagian sejati, walaupun perkataan 'kebahagiaan' tidak dinyatakan secara jelas dalam mana-mana poin itu. Maka dinyatakan bahawa merealisasikan objektif-objektif ini adalah syarat wajib bagi mencapai kebahagian. Dinyatakan bahawa Ihya memang satu karya agung tentang teori dan praktikal bagi kebahagian. Itulah yang dimudahkan menjadi kitab Kimiya-yi Sa'ādat. 

Kata Osman kitab Kimiya adalah intipati Ihya. Boleh dikatakan qalbu kepada Ihya adalah Ihya kepada qalbu. Hmm. Bermadah pula beliau...



Dinyatakan pula pesanan-pesanan utama daripada kita Kimiya Al-Ghazali itu. Biar diterjemahkan sahaja daripada slaid ya :-


1. Tuhan telah menghantar para Nabi untuk mengajar manusia tentang sains dan seni preskripsi bagi kimia kerohanian kebahagian dan bagaimana untuk mensucikan hati.

2. Perbendaharaan Tuhan yang daripada mana kimia ini harus diperolehi adalah qalbu para Nabi  - kimia yang berpusat pada hati yang mana para Nabi adalah ahli kimia yang sempurna.

3. Kimia ini mengandungi empat elemen pengetahuan dan tiga element amali. Elemen ilmu pengetahuan adalah :-

       i. Ilmu tentang diri

       ii.  Ilmu tentang Tuhan 

       iii. Ilmu tentang hal sebenar dunia

       iv. Ilmu tentang alam akhirat seperti sepatutnya


4.  Elemen-elemen praktikal adalah :-

      i. Selalu menilai/memeriksa diri (muhasabah)

      ii. Selalu mengingati Tuhan (zikir)

      iii. Cinta kepada Tuhan (mahabbah)




Kesimpulan Al-Ghazali tentang ilmu pengetahuan diri :-

"Pengetahuan diri yang sebenar terdiri daripada mengetahui perkara-perkara berikut: Apakah kamu dalam diri kamu? Dari mana kamu datang? Ke mana kamu akan pergi? Apa tujuan kamu berada buat beberapa lama di sini (dunia ini)? Apa yang membentuk kebahagian sebenar dan kesengsaraan? Sebahagian daripada sifat kamu ada seperti binatang, sebahagian seperti syaitan, sebahagian seperti malaikat, maka kamu harus mendapat tahu sifat-sifat mana adalah kebetulan yang mana adalah penting. Selagi tidak tahu ini kamu tidak akan menemui di manakah terletaknya kebahagian sebenar."

"Sesiapa yang mengenali dirinya mengenal Tuhannya" (Hadis Nabi).




Kesimpulan Al-Ghazali tentang ilmu pengetahuan berkenaan Tuhan :-

"Tuhan mencipta manusia dengan keserupaan diriNya" (Hadis Nabi).

"Dia adalah satu dalam zatNya tanpa ada sesiapa bersama, tunggal tanpa perbandingan, sentiasa ada tanpa lawan, terpisah tanpa ada sepertiNya. Dia adalah satu, purba (qadim) iaitu tiada sesuatu sebelumNya, azali tanpa permulaan, terus menerus wujud tanpa ada sesiapa selepasNya, abadi tanpa akhir, terus hidup tanpa malap, kekal tanpa penghapusan. Dia tidak pernah terhenti daripada ada dan tidak akan pernah berhenti daripada disebut dengan kata-kata pujian keagungan. Pada akhir masa Dia tidak akan terkesan oleh pembubaran dan pereputan, bahkan Dia yang awal Dia yang akhir, yang zahir dan yang batin, Dia tahu kesemuanya" (daripada kitab Qawa'id al-Aqa'id).

"Dia hidup, mengetahui, berkehendak, mendengar, melihat, bercakap melalui kehidupan, kekuasaan, ilmu, kehendak, pendengaran, penglihatan, percakapan, bukan semata-mata melalui zatNya".



Tentang pengetahuan mengenai dunia ini :-

"Selagi manusia berada di dunia ini dua perkara adalah perlu baginya, Pertama adalah mempertahankan dan memupuk jiwa (memangkin sifat-sifat terpuji). Kedua adalah menjaga dan memupuk jasadnya. Makanan sebenar bagi jiwa adalah pengetahuan dan cinta kepada Tuhan, dan tenggelam dalam cinta selain daripada Tuhan adalah kehancuran jiwa. Jasad ini cuma menunggang kebinatangan dalam jiwa, ia akan hancur sedangkan jiwa terus wujud. Jiwa harus menjaga jasad."

"Dunia adalah seperti meja penuh barangan untuk tetamu yang berterusan datang dan pergi. Terdapat pinggan-pinggan emas dan perak, berlebihan makanan dan wangian. Tetamu yang bijak makan setakat cukup buat dirinya, mencium wangian, mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah lalu pergi. Tetamu yang bodoh sebaliknya cuma membawa lari sebahagian daripada pinggan-inggan emas dan perak lalu mendapati ia dirampas daripada tangannya lalu dihalau dalam keadaan kecewa dan dimalukan."




Pengetahuan tentang dunia akan datang iaitu akhirat:-

"Sebabnya roh manusia itu mencari jalan untuk kembali kepada alam yang tinggi adalah disebabkan ia berasal dari sana, dan bersifat kemalaikatan. Ia dihantar turun ke alam bawah tanpa kehendaknya demi untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman. Seperti kata Tuhan di dalam Al-Quran : "Pergilah turun dari sini semua kamu, sudah tentunya akan datang kepada kamu panduan daripada Aku, sesiapa yang mengikut panduanKu tidak akan ada rasa takut mahupun kesedihan (Surah 2 ayat 38).

Pada mereka yang menolak kehidupan sesudah mati Al-Ghazali menujukan persoalan ini : "Apakah kamu fikir bahawa 124,000 Nabi dan para wali yang mempercayai kehidupan akan datang semuanya adalah salah, dan kamu adalah benar dalam menafikannya?"




Tentang muzik dan tarian sebagai pemangkin kepada kimia kebahagian :-

"Muzik dan tarian tidak meletakkan ke dalam hati apa yang tidak sedia ada di dalamnya. Ia cuma membangkitkan api perasaan yang terpendam. Oleh itu jika dalam hatinya ada cinta terhadap Tuhan seperti disuruh oleh Syariat maka ini boleh diterima, malah digalakkan menyertai gerak-gerak yang meningkatkannya. Sebaliknya jika hati itu penuh dengan kehendak nafsu syahwat  maka muzim dan tarian cuma menambahkan ia lalu menjadi kesalahan buatnya. Sementara jika dia mendengar semata-mata untuk berhibur ia menjadi harus tetapi acuh tak acuh. Ini kerana kenyataan bahawa ia menyenangkan tidak menjadikan ia kesalahan, seperti mana mendengar bunyi burung berkicau atau melihat kehijauan rumput juga air yang mengalir tidak menjadi kesalahan."




Tentang perkahwinanan : Apakah ia sumber kebahagian atau kesengsaraan?

"Manusia ada nafsu semulajadi rendah, selagi mana seseorang itu belum dapat mengawal nafsu rendah itu dia sebaiknya tidak cuba bertanggungjawab untuk mengawal nafsu orang lain."

"Mereka yang merasakan dapat memberikan tumpuan lebih baik terhadap tugas-tugas keagamaan jika tidak berkahwin maka adalah lebih baik membujang, mereka yang takut jatuh dosa jika tidak berkahwin maka lebih baik berbuat begitu (berkahwin)."




Tingkat-tingkat kebahagian :-

1. "Cinta boleh didefinisikan sebagai kecenderungan kepada apa yang menyenangkan, Ini jelas dalam hal lima deria, setiap satu boleh dikatakan cinta pada apa yang memberikan ia kegembiraan. Maka mata cintakan bentuk-bentuk cantik, telinga pada muzik dan sebagainya. Ini adalah jenis cinta yang kita kongsikan dengan binatang. Tetapi ada deria keenam, atau fakulti bagi persepsi yang tertanam di dalam hati yang tidak dimiliki binatang, yang dengannya kita menjadi sedar tentang kecantikan dan kecemerlangan kerohanian. Maka itu manusia yang cuma mengenal kegembiraan syahwat tidak dapat memahami apa maksudnya apabila Nabi (Muhammad SAW) menyatakan bahawa baginda mencintai solat lebih daripada wangian dan perempuan, walaupun kedua perkara itu turut menyenangkan baginda. Tetapi mereka yang telah dibukakan mati hati untuk melihat kecantikan dan kesempurnaan Tuhan akan memandang rendah semua pemandangan luar sebagai perbandingan, tak kira betapa cantikkah ia."





Kesempurnaan manusia terletak pada ini, bahawa cinta kepada Tuhan harus menakluk hati manusia dan memilikinya sepenuhnya. Walau tidak sepenuhnya pun ia sepatutnya menguasai hati melebihi cinta terhadap benda-benda lain.

Semua orang Islam bersetuju bahawa cinta kepada Tuhan adalah satu tugas. Tuhan berfirman berkenaan orang yang berIman, "Dia menyintai mereka dan mereka menyintaNya (Surah 5 ayat 54) dan Nabi bersabda : "Selagi seseorang tidak menyintai Allah dan Rasul melebihi selain daripada itu maka dia belum mendapat kepercayaan yang sebenar.".

"Cuma Dia sahaja layak mendapat cinta kita, jika sesiapa tidak mencintaiNya itu disebabkan dia tidak mengenaliNya. Apa sahaja yang kita cintai dalam diri seseorang adalah disebabkan ada bayangan Dia. Disebabkan inilah kita mencintai Muhmmad, kerana baginda adalah Rasul dan kekasih Allah, dan kecintaan terhadap mereka yang mengetahui dan bertakwa adalah sebenarnya cinta kepada Tuhan."




"Melihat Tuhan adalah kebahagian tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia."

"Lebih tinggi suatu perkara itu lebih besar lagi kegembiraan kita terhadapnya. Oleh kerana melihat Tuhan adalah tujuan tertinggi boleh dicapai dengan ilmu maka ilmu tentangNya mesti memberikan lebih kegembiraan berbanding tentang yang lain. Sesiapa yang mengenal Tuhan walaupun masih di dunia ibarat dia berada dalam syurga yang mana lebarnya adalah seperti lebar langit dan bumi." (Surah 57 ayat 21).

"Pun begitu kegembiraan dalam mengetahui masih tidak dapat menggapai kegembiraan dapat melihat, seperti mana mengingati orang yang kita cintai kurang nikmatnya berbanding betul-betul melihat di hadapan mata."




Satu daripada tanda-tanda cita kepada Tuhan adalah : "Ingat terhadap Tuhan mesti sentiasa segar dalam hati seorang manusia tanpa perlu berusaha, kerana apa yang seorang manusia cintai dia sentiasa ingat, dan jika cintanya sempurna dia tidak pernah melupakannya. Namun boleh jadi walaupun cinta kepada Tuhan tidak mendapat tempat pertama dalam hati seorang manusia, cinta kepada cinta terhadap Tuhan boleh terjadi, kerana cinta itu satu perkara cinta, kepada cinta satu lagi perkara."

"Kebahagian di masa hadapan kita adalah selari dengan tingkatan yang mana yang kita mencintai Tuhan kita di dunia."





Akhir sekali, kenapa kimia kebahagian adalah mahkota ilmu jiwa Islam?

Ilmu jiwa keNabian adalah ideal yang mana ilmu jiwa Islam selama beberapa abad cuba untuk menyamai. Ia adalah sumber kimia kebahagian Islam yang mana Al-Ghazali telah mempersembahkan dengan cara yang jelas dan menarik. Tujuan utama ilmu jiwa adalah untuk membantu manusia untuk menjalani perubahan jiwa dan penyucian hati supaya qalbunya akan dipenuhi pelbagai peringkat kebahagian. Kimia kebahagian adalah perkara teras dalam saikologi rohani. Sila ikut syarahan penuh yang dirakamkan di sini.


Tiada ulasan: