Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Ogos 28, 2020

Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Menyusur Sungai Serting ke Sungai Bera lalu ke Sungai Pahang

Salam Jumaat malam Sabtu 10 Muharram. Dengan masuknya tarikh keramat yang disebut sebagai Hari Asyura biarlah disambung penceritaan daripada artikel  Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Mengesan hal sebenar laluan kapal purba yang dikenali sebagai Jalan Penarikan?. Pagi Sabtu saya dijadualkan berjalan jauh bersama keluarga ke utara. Jadi biarlah siri kecil ini diselesaikan.


Kami sudah menyusuri Sungai Muar dari kuala di Bandar Muar, Johor hingga membawa ke Jalan Penarikan di Bahau, Negeri Sembilan. Untuk melengkapkan perjalanan sampailah masa untuk menyusuri laluan kapal purba berkenaan sehingga ke kuala Sungai Pahang.


Dari Bahau kami mengambil jalan raya yang didapati paling dekat mengikuti aliran Sungai Serting.


Sudah diterangkan dalam artikel Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Mengesan hal sebenar laluan kapal purba yang dikenali sebagai Jalan Penarikan? bagaimana Sungai Serting mengalir masuk ke Sungai Bera kemudian Sungai Bera mengalir masuk ke Sungai Pahang.





Cuma untuk sampai ke tempat di mana Sungai Serting masuk ke Sungai Bera kelihatan agak sukar. Google Map menunjukkan kedudukannya agak jauh ke pendalaman, jauh daripada mana-mana jalan raya yang wujud dalam peta. Kalau ada jalan pun mungkin berbentuk off-road atau jalan balak. 


Lagipun kami sudah kesuntukan masa. Ketika meninggalkan Bahau sudah jam 3.45 petang. Sedangkan kami mahu sampai ke kuala Sungai Pahang sebelum Maghrib menggunakan laluan berliku-liku lebih 250 km. Dengan itu keutamaan kami adalah singgah ke kuala Sungai Bera sebelum menyusuri Sungai Pahang. Saya tahu boleh sampai ke kuala dengan kereta kerana pernah singgah sekali lebih 3 tahun lalu. Lihat artikel lama Batu nesan 1,000 tahun Islam Pahang, panggilan Tasik Chini dan pencarian di Kuala Bera.
 

Sekurang-kurangnya kami telah mengambil jalan yang disebut dalam Google Map sebagai Jalan Serting Hilir. Maka tahulah kami itulah jalan raya terdekat bagi menyusuri sungai tersebut. Selepas beberapa lama nampak pula pintu gerbang masuk ke Kampung Orang Asli Kuala Serting. Tahulah kami sudah lalu dekat dengan tempat di mana Sungai Serting masuk ke Sungai Bera.



Oh. Tadi tu adalah gambar ketika menyeberangi jambatan melepasi Sungai Bera di Kuala Bera. Jam 5.10 masuklah kami ke jalan kecil yang boleh membawa ke kuala.





Kami masuk sejauh mungkin tempat yang boleh dicapai dengan kereta. Kalau tidak kerana pengalaman sudah sampai lebih 3 tahun lalu belum tentu boleh jumpa jalan masuk itu dengan sekali pandang. Dan bila dah tahu di manakah jalan masuknya pun belum tentu berani hendak mengambilnya. Ini kerana keadaannya seperti tempat jin bertendang. Sehingga kawan saya Shamsul merasa ragu-ragu kalau tidak diberikan jaminan boleh sampai ke hujung...


Kami pergi hingga sampai ke gigi air di mana Sungai Bera betul-betul bertemu dengan Sungai Pahang. Lihat artikel On to the actual estuary that is Kuala Bera di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Dahulu saya tak sempat sampai ke bahagian tersebut kerana sudah hampir waktu Maghrib. Sedangkan ada benda lain lagi mahu dicari di Kuala Bera. Rujuk kembali cerita berkenaan dalam artikel  Batu nesan 1,000 tahun Islam Pahang, panggilan Tasik Chini dan pencarian di Kuala Bera.


Sesungguhnya pengalaman banyak mengembara ke merata ceruk rantau sangat-sangat membantu untuk menentukan tempat-tempat yang patut disinggahi dan jalan terbaik untuk mencapainya. Disebabkan pengalamanlah saya boleh memberitahu  Shamsul dengan yakin bahawa dari Kuala Bera kita boleh bergerak ke bandar diraja Pekan, Pahang menggunakan jalan yang kelihatan. Kalau tidak perlu mengambil jalan lain di sebelah utara...


Disebabkan pernah mengambil laluan ini sekurang-kurangnya 2 kali saya tahu bagaimana dekat ia menyusuri Sungai Pahang. Ia asalnya adalah laluan yang terputus-putus. Setelah beberapa lama baru disambungkan sehingga boleh sampai ke Pekan.








Ternyata Shamsul amat teruja. Kata beliau inilah laluan terbaik setakat ini beliau temui untuk memandu uji kereta. Ia kerana ia cukup ciri-ciri untuk memecut, bermain dengan liku serta turun naik bukit. Ada pula perbezaan kondisi jalan antara elok bertar dengan sedikit bahagian kasar. Dan semua ini  berlatarbelakang pemandangan cantik sungai, bukit bukau dan kawasan kampung tradisional.


Jam 7.21 kami menghampiri Pekan.


Namun bandar diraja negeri Pahang itu bukanlah tujuan utama kami ketika itu. Sebaliknya kami mengambil jambatan menyeberangi Sungai Pahang ke suatu tempat yang masih di dalam lingkungan daerah Pekan...





Kami mahu pergi ke bahagian paling dekat kuala Sungai Pahang boleh dicapai dengan kereta. Untuk itu kenalah pergi ke tempat bernama Kuala Pahang.


Cuma kami sampai selepas masuk waktu Maghrib. Ternyata pula kuala sungai kini terletak lebih jauh ke laut disebabkan berlakunya kerja-kerja penambakan. Lihat artikel Pressing on further down the Pahang river mouth.


Selesai itu baru menyeberang kembali jambatan untuk masuk ke bandar Pekan di mana kami makan malam juga mengisi minyak. Dekat jam 11 baru mengorak langkah kembali ke Lembah Klang. Shamsul yang menetap di Bukit Damansara menghantar saya sehingga ke Bandar Sungai Buaya, Rawang. Didapati ketika itu kami sudah mengembara sejauh 1050 km dalam tempoh 20 jam!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di sini terdapat nama kampung; Kampung Penarik di mana ada kawasan tanah rata yang membolehkan sampan ditarik dari Sungai Pahang ke Sungai Muar. Jarak tanah lapang rata ini hanya beberapa ratus meter memisahkan kedua sungai ini. Di zaman dahulu, ada perkhidmatan berbayar yang ditawarkan orang kampung untuk menarik sampan merentasi ke dua sungai ini. Ini adalah titik persimpangan untuk perjalanan ke Timur dan ke Barat menyusur beberapa sungai utama di Semenanjung Malaysia. Inilah juga jalan purba yang diguna oleh orang terdahulu untuk merantau terutamanya dari Pahang ke Negeri Sembilan. Inilah Untuk makluman, terdapat ramai orang Pahang sudah berhijrah ke Negeri Sembilan dengan menyusur ke punca ulu Sungai Muar ke Kampung Kinaboi, Jelebu, Negeri Sembilan. Di sini memang orang Pahang yang bercakap loghat Pahang tetapi menetap di Jelebu Negeri Sembilan.

Di Kampung Penarik lah di mana Sultan Pahang yang pertama; Wan Mutahir bersama kaum kerabat telah berpecah berundur setelah tewas kepada Wan Ahmad (adinda kepada Wan Mutahir) di dalam Perang Saudara Pahang. Satu kumpulan yang diketuai Wan Mutahir sendiri menyusur hingga ke Tanjung Sedeli untuk mendapat bantuan dengan Sultan Johor. Walaubagaimana pun baginda mangkat di Tanjung Sedeli sebelum sempat berjumpa Sultan Johor. Kumpulan kedua pula bermudik hingga ke Lubok Cina, Negeri Sembilan untuk menemu dengan Sultan Selangor untuk bantuan menyerang Wan Ahmad. Kumpulan ini diketuai oleh Wan Da (anakanda sulong Wan Mutahir). Selangor juga terbabit dengan Perang Saudara Selangor pada ketika itu. Maka Wan Da terpaksa berundur dari Selangor dan bersemayam di Kampung Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan sehingga akhir hayat & baginda disemayamkan di tanah perkuburan Kampung Sungai Pah, Jelebu, Negeri Sembilan. Susur galur keturunan Wan Mutahir bertapak di Kampung Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan dan sehingga kini keturunan Wan Mutahir masih mengekalkan pangkal nama "Wan" walaupun dilahirkan & menetap di Negeri Sembilan