Salam tengah hari Jumaat. Salam hari Wilayah 1 Februari. Tepat 71 tahun lalu Persekutuan Tanah Melayu mula berdiri dengan menggabungkan 9 buah negeri beraja - Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah dengan 2 buah negeri tidak beraja - Melaka dan Pulau Pinang yang pernah menjadi negeri-negeri selat di bawah pentadbiran terus British. Ini ada satu artikel 'celah' sebelum siri "Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan" ditutup dengan cerita hari terakhir perjalanan, insyaallah Sabtu ini.
Pada 8 hari lalu telah disiarkan artikel
Dari "Berpetualang" ke pengembaraan demi pengembaraan ke merata ceruk rantau. Ia dibuat setelah timbul gerak untuk mengumpulkan pautan artikel-artikel kompilasi siri-siri pengembaraan yang pernah dibuat sejak
blogspot ini dibuka penghujung tahun 2006. Ketika disemak balik tajuk-tajuk artikel sejak mula untuk mengenal pasti yang manakah mengandungi kompilasi suatu sesi pengembaraan didapati ada dua pengembaraan yang sepatutnya ada artikel kompilasi tetapi tidak pernah dibuat.
Satu adalah perjalanan bermotosikal besar bersama dua orang kawan hampir penghujung tahun 2017. Ia adalah perjalanan jauh bermotosikal besar pertama saya sejak awal 2013. Perjalanan dibuat setelah mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan yang sudah agak lama tidak ditemui Rabu malam Khamis 4 Oktober 2017. Katanya seorang kawan yang menetap di Johor Bahru sudah lama menyimpan hajat untuk mengembara menaiki motosikal bersama saya kerana pernah mendengar cerita-cerita tentang pengembaraan saya termasuk bersama kawan lama tersebut. Perjalanan mahu dimulakan siangnya pagi Khamis 5 Oktober
Maka keluarlah saya pagi itu menuju ke Janda Baik di mana kami berjanji untuk berjumpa. Perjalanan mahu dibuat dalam tempoh 3 hari 2 malam dan saya diminta memberikan cadangan jangkauan terbaik yang boleh diliputi dalam masa tersebut. Saya mencadangkan agar kami ke Raub negeri Pahang kemudian naik Cameron Highlands melalui Sungai Koyan sebelum kembali melalui Simpang Pulai di negeri Perak. Dalam perjalanan timbul rasa untuk mengajak mereka mendaki Gunung Irau setinggi hampir 7,000 kaki dari paras laut.
Dipendekkan cerita perjalanan dipanjangkan menjadi 4 hari 3 malam. Antaranya disebabkan kami cuma dapat selamat keluar daripada hutan pergunungan Irau pada lewat malam. Berikut adalah pautan bagi artikel-artikel yang telah disiarkan untuk siri berkenaan.
1. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama sejak awal 2013 - Antara Raub dan Janda Baik
2.
A stop up Cameron Highlands from Sungai Koyan
3.
The new dam close to Lembah Bertam
4. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama sejak awal 2013 - Naik ke Cameron Highlands
5.
Bringing friends to Gunung Brinchang
Satu lagi sesi pengembaraan yang patut dikompilasikan adalah perjalanan saya, isteri dan anak-anak membawa ibu bapa saya pusing separuh Semenanjung pada awal musim raya Aidil Fitri atau bulan Syawal tahun 2014. Seperti perjalanan motosikal tadi ia juga mengambil masa 4 hari 3 malam. Tetapi jarak yang diliputi adalah lebih sekali ganda jauh.
Perjalanan ini meliputi negeri-negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak. Ia bermula dengan niat untuk menghadiri satu majlis kerja kahwin di Dungun. Alang-alang sudah ke sana dipanjangkanlah lawatan ke beberapa tempat.
Antara tempat dilawati adalah makam moyang saya sebelah bapa, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Itulah kali pertama ibu bapa sampai ke makam tersebut setelah jasad laksamana dibawa kembali dari Singapura tahun 2006. Untuk pengetahuan almarhum meninggal dunia setelah dibuang negeri oleh British kerana didakwa terlibat dalam pembunuhan residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch (tahun 1875).
Berikut adalah artikel-artikel pengembaraan. Jumlahnya mungkin sedikit tetapi tetap cukup bermakna untuk disemak semula. OK. Saya harus keluar untuk menunaikan solat Jumaat di masjid...
2 ulasan:
Assalamu'alaikum,,
Insha Alloh saya bulan ini nak silaturahim ke saudara teluk intan.
Adakah makam ulama dan habaib atau sultan yang bisa saya ziarah i di daerah sepanjang Kuala lumpur hingga ke teluk intan?
Mungkin masjid lama juga.
Terima kasih sebelumnya.
Wassalamu'alaikum warohmatulloh wa barokatuh.
Wassalam.Ikut jalan lama boleh ziarah makam Sayid Mashahor di Kerling kemudian masjid lama di Sungkai.
Catat Ulasan