Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Mac 05, 2018

DNA Melayu 2.0 : Rahsia di Sebalik Kemerdekaan Tanah Melayu - Memulakan kempen "Kembalikan Tanah Rizab Melayu"

Daripada 2 hari lalu


Pagi Sabtu 3 Mac 2018 saya ke kampus utama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak, Kuala Lumpur untuk satu majlis ilmu.


Ia dinamakan "DNA Melayu 2.0 : Rahsia di Sebalik Kemerdekaan Tanah Melayu".


Ia mengenengahkan penceramah yang tidak asing lagi, Puan Zaharah Sulaiman seorang diri.


Kenapa saya kata tidak asing lagi? Kerana ada satu tempoh masa itu selalu sahaja keluar cerita dalam akhbar dan portal berita alam maya menyebut tentang isi seminar-seminar beliau. Lihat artikel-artikel lama berikut :-


Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul

 HIKMAH Merdeka Raya - Dari DNA Melayu ke pencarian makna besar kemerdekaan

Seminar Asal-Usul Melayu di UKM - Mengaitkan Adam dengan bangsa Melayu

Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Dari DNA Sundaland ke raja-raja Melayu



Saya sampai lewat iaitu pada jam 10.50.


Majlis dijadualkan bermula jam 9. Tetapi ada persembahan pembuka tirai dan sebagainya.Saya dimaklumkan syarahan itu sendiri bermula sekitar jam 10.30. Jadi saya tertinggal dalam 20 mnit begitu...





Ketika saya masuk ke dalam dewan Zaharah sedang bercerita tentang kapal-kapal lama Melayu yang diketahui bersaiz gergasi sehingga menyebabkan kapal-kapal dari Cina dan sebagainya kelihatan seperti mainan belaka. Ketika saya hendak mengambil gambar beliau telah menukarkan slaid untuk masuk tentang bab Sundaland atau Benua Sunda (bentuk muka bumi Asia Tenggara berpuluh ribu tahun lalu) diikuti migrasi manusia setelah berlaku banjir besar yang merubah bentuk muka bumi buat selama-lamanya.





Di sini saya tidak ingin mengulas panjang syarahan atau pembentangan slaid demi slaid kerana banyak juga sudah diceritakan dalam artikel-artikel lama.











Banyak slaid yang digunakan adalah serupa seperti dalam pembentangan-pembentangan lama termasuk tentang kajian DNA Melayu.






























Cuma kali ini ada nilai tambah atas nama tajuk tambahan "Rahsia di Sebalik Kemerdekaan Tanah Melayu:.








Secara rata ia berkisar tentang bagaimana orang bukan Melayu itu yang sebenarnya sibuk sangat hendak membentuk Perlembagaan Negara dengan bantuan British demi mengangkat kepentingan-kepentingan tertentu yang sebenarnya merugikan orang Melayu.








Disebabkan kepentingan-kepentingan tersebutlah muncul konsep Tanah Rizab atau Tanah Simpanan Melayu walhal asalnya semua tanah di Semenanjung adalah Tanah Melayu.


Maka disebutlah 50 peratus tanah di Semenanjung ini harus digazetkan sebagai Tanah Simpanan Melayu. Baki 50 peratus boleh direbut oleh sesiapa sahaja. Itupun yang 50 peratus itu kini katanya dah tinggal 13 peratus sedangkan apa-apa yang diambil daripada 50 peratus itu harus diganti kembali supaya tetap mencapai jumlah 50 peratus menurut undang-undang atau enakmen berkenaan.


Maka itu diputuskanlah antara kami para aktivis kedaulatan Melayu supaya dijalankan kempen"Kembalikan Tanah Rizab Melayu". Sahabat aktivis kami jemaah Armada Malaiu Malaysia yang menganjurkan seminar diminta untuk ke hadapan meneraju langkah. Ini kerana mereka akan membawa seminar ini berserta Zaharah sebagai pembentang ke merata Malaysia. Oleh itu biarlah mereka memulakannya.


Zaharah memberitahu telah mengumpul data yang secukupnya untuk menunjukkan pecahan dan cara bagaimana tanah-tanah rizab Melayu telah dihilang terlepas tangan di merata tempat tetapi belum diganti. Beliau menambah sedang bekerjasama dengan satu persatuan yang terdiri daripada 300 orang peguam Melayu untuk berusaha mendapatkan kembali tanah rizab Melayu. Kami pula bercadang untuk menjadi kumpulan penekan atau pressure group supaya hasrat ini terlaksana. Cadangan kami - sempena pilihan raya umum akan menjelang bila-bila masa sahaja antara masa kini hingga bulan Jun yang mana ketika itu parlimen kini wajib dibubarkan biarlah isu "Kembalikan Tanah Rizab Melayu" ini diangkat setinggi-tingginya dalam membela keberadaan Melayu. Menggunakan data daripada Zaharah kami boleh memberi penumpuan pada tempat-tempat berkenaan demi mencapai tujuan. Untuk pilihan raya akan datang kami akan menyatakan sokongan kepada pihak mana yang dapat melaksanakan usaha mengembalikan tanah rizab Melayu ini di tempat mereka sebaik mungkin tanpa mengira parti. 


Ketika sesi soal jawab ada hadirin bertanya apakah yang boleh dibuat agar orang Melayu dapat bersatu hati bangkit bersama demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air sepertimana pernah berlaku ketika orang-orang tua kita menentang penubuhahan Malayan Union tahun 1946 yang mahu menghilangkan kekuasaan orang Melayu dan raja-raja kita. Jawab Zaharah susah untuk mengulangi perkara yang sama kerana orang Melayu zaman itu tidak berpecah kepada parti-parti politik seperti halnya kini. Pada saya isu "Kembalikan Tanah Rizab Melayu" mampu menyatukan hati orang Melayu di luar kepompong sempit politik kepartian yang sudah sekian lama memecah-belahkan kita. Semoga usaha ini berjaya. Allahu Akbar! Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,661 di blogspot ini.


1 ulasan:

Surbo Malaysia berkata...

Terima kasih teruskan perjuangan memartabatkan Melayu dan Islam.