Salam 27 Ramadhan. Hari ini genaplah umur saya 46 tahun menurut kiraan Islam. Saya masih lagi tiada
mood untuk bercerita panjang. Namun gerak perlu dilepaskan. Maka walaupun ringkas tetaplah harus disambung cerita daripada
Misi Pulau Pinang dan Perak - Menurut jejak ziarah pertabalan raja apa lagi tinggal 3 hari saja sebelum umat Islam sekurang-kurangnya di Malaysia dijangka menyambut hari raya...
Rabu 1 Julai 2015. Selepas solat Subuh saya meninggalkan masjid lama Pasir Salak lalu berhenti di hadapan resort untuk menumpang wi-fi.
Sedar tak sedar dekat 3 jam saya melangut di situ. Saya pun ke masjid Kampung Gajah untuk mandi dan bersiap.
Perjalanan ziarah makam perlu diteruskan...
Biar gambar sahaja menyatakan keadaan...
Sampai ke makam yang kelihatan ini di Teluk Intan lengkaplah ziarah saya ke semua 30 makam Sultan Perak yang wujud dalam negeri Perak.
Rehatlah sebentar di masjid Batak Rabit.
Kemudian pergi ziarah satu makam tertentu yang terletak dalam belukar.
Sesungguhnya proses ziarah, perjalanan untuk sampai ke tempat-tempat ini bukan semudah sembang lebat di Internet. Saya serahkan kepada mereka yang cukup prihatin untuk merasai betapa susah payah membuat kerja-kerja ziarah ini, pada yang tak faham apa nak buat? Mereka ingat jalan-jalan ni semudah mengGoogle maklumat di dunia maya jadi tak tahu menilai cakap mana yang harus dipakai, semuanya main rembat. Apapun masih ada lagi satu tempat harus dijejaki sebelum apa yang saya panggil sebagai misi Perak dalam perjalanan kali ini dapat dikatakan betul-betul berjaya, yang lengkap setakat ini cuma ziarah makam. Untuk mengakhiri artikel biar diletakkan links berkaitan daripada perjalanan ziarah serupa 5 tahun lalu. Cuma kali ini lebih bermakna kerana perjalanan dibuat tidak lama selepas Sultan baru Perak ditabalkan...
2.
Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Sembilan makam Sultan dan lain-lain di Kuala Kangsar
3.
Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Makam keramat di Pulau Semat...
4.
Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Lima makam Sultan di sekitar Bota
5.
Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Tujuh makam Sultan di sekitar Kampung Gajah
6.
Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Lima makam Sultan yang susah diziarahi di sekitar Pulau Besar
7.
Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Satu makam Sultan di Teluk Intan dan satu makam yang menjadi punca segalanya buat saya
3 ulasan:
Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Puasa bro! Moga Allah melimpahkan perlindungan,rezeki serta nikmatnya pada anda sekeluarga...Ingatlah kerja2 dan usaha yang anda lakukan ini adalah sebahagian daripada sedekah anda terhadap Kepulauan Nusantara amnya dan pada bangsa Melayu khasnya.
Saya juga ada menziarah makam sultan diperak ada makam ditepi jalanraya,ada makam melalui jalan2 kampung dan ada makam melalui keadaan jalan yg sukar dilalui.apa yg masih dalam pertanyaan dihati saya ada anak dahulu dari ayahdanya menjadi sultan.begitu juga silisilah sultan ahmadin sultan ke18 ada perbezsan buku2 sejarah dan sumber2 silisilah dari sumber lain .h
Wassalam. Saya berjalan ni menurut gerak naluri yang muncul dalam hati. Dah buat sampai lengkap maka rasa selesai satu pekerjaan. Begitu le hidup saya daripada hari ke hari...
Catat Ulasan