Di atas adalah perkiraan dalam Microsoft Excel menggunakan formula yang telah ditambah untuk mendapatkan jawaban bagi dua persoalan penting - berapa panjangkah masa pada satu tahun pilihan berbanding masa sekarang dan berapa tahunkah yang sebenarnya sudah berlalu kalau dibandingkan/dikira menurut masa sekarang sebagai piawai. Keputusan yang diperolehi adalah serupa apa yang telah dikira dalam artikel Kira-kira masa sebenar berdasarkan maklumat orang 'lama'. Saya kira ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa formula yang dihasilkan dalam/ketika menulis artikel ini (ya, saya menulis sambil membuat kira-kira lalu mendapatkan formula) adalah cukup konsisten untuk menangani kemasukan maklumat baru.
Sudah disebut lebih awal bahawa 3 anggapan diperlukan untuk mendapatkan jawaban yang berguna. Sedangkan jawaban atas diperolehi dengan mengambil anggapan bahawa pada detik Nabi Adam diturunkan ke muka bumi, fakta bahawa 1 hari di akhirat bersamaan 1,000 tahun di muka bumi adalah terpakai. Ini dibuat kerana kekurangan maklumat sokongan. Apapun 2 anggapan selain itu iaitu pada tahun 2,000 Masihi panjang harinya boleh dikira piawai 1 hari sedangkan pada zaman Nabi Muhammad yang saya letak sebagai 600 Masihi (baginda hidup 570-632 Masihi), sehari ketika itu bersamaan 7 hari zaman ini boleh dikira cukup bagus. Sekarang saya mahu mencuba bagaimana pula hasil kalau dimasukkan anggapan baru.
MENGGUNAKAN ZAMAN NABI NUH SEBAGAI RUJUKAN
Adapun ketika berada di Temerloh baru-baru ini (rujuk artikel Misi HIKMAH Chenor - Menggamit rasa "Aliran Sungai Pahang") saya diberitahu bahawa dada Nabi Nuh lebarnya 12 depa. Melihat pada tubuh badan sendiri saya mendapati sedepa itu kurang sikit 4 hasta. Kalau tepat 4 hasta ini bermakna tubuh badan Nabi Nuh adalah 48 kali ganda (12 x 4) lebih besar daripada kita. Orang yang memberitahu hal 12 depa ini menganjurkan saya agar menggunakan nisbah ini untuk dibanding dengan hari ini. Maknanya, sehari pada zaman Nabi Nuh bersamaan 48 hari sekarang. Cuma saya tak pasti di manakah harus diletakkan zaman Nabi Nuh lalu harus membuat satu telahan. Katakanlah kita berpegang pada kira-kira bahawa Nabi Adam turun ke bumi 10,000 tahun Sebelum Masihi kemudian baginda hidup selama 1,000 tahun sebelum mewarisi kepimpinan umat manusia kepada anak yang dikenali sebagai Nabi Syith. Antara Nabi Syith ke Nabi Nuh ada beberapa keturunan termasuk Nabi Idris. Maka itu saya kira tidak salah menganggarkan Nabi Nuh hidup 2,000 tahun selepas itu iaitu pada 8,000 tahun SM.
Apabila dimasukkan anggapan-anggapan ini saya dapati Nabi Nuh sebenarnya boleh dikira hidup 236.658.8821 tahun lalu. Nabi Adam pula boleh dikira turun ke muka bumi 343,274.8757 tahun lalu berbanding masa sekarang dan sehari ketika itu adalah 58.697 lebih panjang berbanding sekarang.
MENGGUNAKAN UMUR NABI ADAM BERBANDING UMUR NABI MUHAMMAD SEBAGAI NISBAH
Saya juga dicadangkan agar menggunakan tempoh umur Nabi Adam hidup iaitu 1,000 tahun berbanding umur Nabi Muhammad SAW yang hidup sehingga 63 tahun sebagai nisbah. Ini boleh dibuat dengan membahagikan 1,000 dengan 63, dapat 15.873. Tapi itu berbanding Nabi Muhammad yang mana pada zaman baginda telah dikira sehari ketika itu bersamaan 7 hari kini. Maka itu berbanding kini, sehari pada zaman Nabi Adam bersamaan 111.111 hari. Dalam perkiraan seterusnya biar Nabi Adam tetap dianggap turun ke muka bumi 10,000 tahun Sebelum Masihi. Masukkan ini ke dalam template formula pada Microsoft Exel lalu saya dapati Nabi Adam hidup 494,118 tahun lalu, Nabi Nuh pula hidup 308,750 tahun yang lampau...
MENGGUNAKAN MAKLUMAT SAINTIFIK TENTANG KEWUJUDAN MANUSIA SEPERTI SEKARANG
Sekarang kita cuba pula menggunakan maklumat saintifik untuk membentuk perkiraan. Walaupun kajian saintis berdasarkan peninggalan tulang dan fosil menunjukkan sudah ada makhluk-makhluk berbentuk manusia seawal 2 juta lalu, mereka-mereka ini ternyata berbeza bentuk, perawakan badan, kapasiti otak malah DNA dengan manusia sekarang. Manusia seperti yang kita lihat hari, makhluk yang diberi terma saintifik Homo Sapiens dipercayai mula wujud 200,000 tahun lalu. Apakah ketika itu Nabi Adam AS sebenarnya turun ke bumi? Sebelum itu adalah makhluk-makluk serupa manusia yang disebut dalam pengajian kitab sebagai Adam sebelum Adam? Mari kita cuba kira dan lihat...
Untuk mendapatkan jawaban melalui perkiraan matematik yang tepat adalah agak susah kerana kita harus dapat menyelesaikan persamaan berbentuk begini :-
Saya pun mencuba dengan meletakkan 50 hari dalam kiraan. Terus keluar perkataan #NUM menunjukkan formula tidak boleh menangani perkiraan. Saya tukar jadi 60 hari lalu mendapat keputusan Nabi Adam turun ke muka bumi 347,824.6153 tahun dahulu sedangkan saya mahu mendapat keputusan sekitar 200,000. Tengok-tengok paling rendah boleh turun ke 53 hari lalu mendapat keputusan 322,699.9898 tahun. Saya mengambil ini sebagai tanda bahawa tahun turunnya Adam harus dikurangkan lagi.
Mungkin saya sendiri sudah tersilap menganggarkan Nabi Adam turun 10,000 tahun Sebelum Masihi. Mungkin yang lebih tepat berdasarkan kitab adalah baginda turun 10,000 tahun lalu dan ini bersamaan 8,000 SM. Menggunakan ini saya dapati paling kurang saya boleh mengatakan panjangnya sehari ketika itu adalah bersamaan 44 hari kini... dapatlah keputusan ini berlaku 224,722.7593 tahun lalu. Rendah daripada itu terus dapat tanda error #NUM. Apapun ini sudah nampak cukup cantik dah, cukup hampir dengan penemuan saintifik yang menyatakan manusia moden mula wujud 200,000 tahun lalu. Tapi biar dicuba kemungkinan lain dengan mengambil kira nisbah-nisbah yang telah diperkatakan lebih awal.
MENGGABUNGKAN PENEMUAN SAINTIFIK DENGAN NISBAH BERDASARKAN PETUNJUK LAIN
Dengan menetapkan dahulu Nabi Adam turun ke muka bumi 8,000 SM kita masukkan satu hari ketika itu bersamaan 111.111 hari kini berdasarkan nisbah baginda hidup selama 1,000 tahun berbanding Nabi Muhammd SAW 63 tahun. Keputusan yang saya dapat adalah ini harus berlaku 376,583 lalu sedangkan kita mahu mendapatkan keputusan sekitar 200,000 tahun lalu. Kali ini kita tukar atau adjust tahun turunnya Adam. Nisbah 111.111 hari kita terus gunakan...
Setelah meletakkan Nabi Adam turun atau hidup 6000 SM saya dapati ini harus berlaku 267,337.1004 tahun lalu menurut masa kini. Adjust lagi, turunkan jadi 5,000 dapat 216,441.2879. Dah dekat dah ni. Terus letak 4000 SM, dah terlajak rendah dapat 168,479.3016. Cuba pula tengah-tengah iaitu 5,000 SM, Dapat 216,441.2897. Letak 4,500 SM dapat 192,067.9739 tahun. Saya kira ini anggaran terbaik setakat ini.
Maka apakah Nabi Adam diturunkan ke muka bumi 4,500 SM iaitu 6,500 tahun lalu? Ini agak selari dengan beberapa pendapat berdasarkan kitab. Disertai anggapan bahawa sehari ketika itu bersamaan 111.111 hari kini, sehari pada zaman Nabi Muhammad SAW bersamaan 7 hari kini, maka Nabi Adam telah turun sekitar 192,000 tahun lalu, selari pula dengan kewujudan manusia moden menurut kajian saintifik.
Berdasarkan keputusan ini, Nabi Nuh yang harus wujud sekitar 2,000 tahun selepas Adam turun boleh dikatakan hidup sekitar 2,500 SM bersamaan 63,434 tahun yang lampau jika dibandingkan masa kini. Kalau begitu banjir Nabi Nuh harus berlaku sekitar zaman itu juga. Kalau diadjust lagi sedikit nampaknya boleh dipadankan dengan letusan super-volcano di Sumatera yang membentuk Danau Toba, dikatakan berlaku sekitar 70,000 - 75,000 tahun lalu. Ini juga nampaknya selari dengan teori saintifik out of Africa yang menyatakan manusia moden iaitu Homo Sapiens yang mula berkembang biak di Afrika sekitar 200,000 lalu mula keluar menjelajah bahagian lain dunia termasuk ke Asia Tenggara yang ketika itu masih merupakan satu daratan besar yang dikenali sebagai Sundaland. Malah ia juga selari dengan kajian DNA yang dilakukan pengkaji seperti Prof Dr Stephen Oppenheimer daripada Oxford University (lihat Ke Pulau Pinang untuk mendengar pembentangan Oppenheimer) dan Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin daripada Universiti Sains Malaysia (lihat Forum "Melayu Bukan Pendatang" di UKM).
Memandangkan Nabi Nuh dikatakan hidup selama 950 tahun tidak susah untuk membuat adjustment atau penyelasaran yang meliputi fakta-fakta saintifik tesebut. Jika kita ambil pertengahan umur Nabi Nuh iaitu 475 tahun adalah pada 2,500 SM menurut kitab maka baginda harus lahir pada tahun 2975 SM dan wafat 2025 SM. Ditukar kepada waktu menurut zaman sekarang, ini bersamaan 82,827.70578 hingga 49,451.0555 tahun lalu. Dalam tempoh yang bersamaan lebih 30,000 tahun itu tentu banyak perkara telah berlaku, daripada seruan Tauhid yang diengkari kaum baginda membawa ke banjir besar diikuti zaman menghidupkan kembali bumi dengan zuriat mereka yang terselamat setelah banjir surut. Ketika itu satu hari adalah sepanjang 45.75891 hingga 29.02552562 kali lebih panjang berbanding hari-hari kini.
Bandingkan dengan kiraan yang dibuat atas tajuk "MENGGUNAKAN ZAMAN NABI NUH SEBAGAI RUJUKAN". Walaupun waktu Nabi Nuh hidup nampaknya diletakkan salah iaitu 8000 SM, kiraan nisbah berdasarkan dada baginda selebar 12 depa lalu disamakan dengan 48 hasta yang mana dada orang zaman sekarang cuma selebar 4 hasta sahaja masih bertepatan dengan penemuan pada perenggan atas. Kan sebenarnya disebut dalam tajuk itu bahawa 1 depa itu sebenarnya kurang sedikit daripada 4 hasta. Cuma saya sengaja mengambil tepat 4 hasta untuk memudahkan kira. Cuba bahagiakan 45.75891 dengan 12, dapatlah 3.8132425. Kan masih cocok dengan perkara?
MELETAKKAN KEMBALI KEDUDUKAN 3 BANJIR BESAR YANG DIKATAKAN MERUBAH DARATAN BESAR SUNDA MENJADI ASIA TENGGARA SEKARANG
Rasanya ramai juga tahu tentang buku tulisan Oppenheimer bertajuk "Eden of the East" (terbit 1998) yang menyebut tentang berlakunya banjir besar dalam 3 peringkat lalu merubah daratan besar yang kenali sebagai Sundaland menjadi muka bumi banyak pulau Asia Tenggara yang kita lihat sekarang. Ini dikatakan berlaku 14,500 tahun lalu kemudian 11,500 tahun lalu seterusnya 8,400 dan 7,250 tahun lalu (dilonggok sekali sebagai satu peristiwa banjir kerana cukup rapat). Rujuk Ke Pulau Pinang untuk mendengar pembentangan Oppenheimer). Buku sealiran tulisan arwah Profesor Arysio Santos dari Brazil bertajuk "Atlantis : The Lost Continent Finally Found" (terbit 2005) pula memasukkan sekali letupan super-volcano Danau Toba sekitar 75,000 tahun yang lampau sebagai faktor lebih awal mengubah keadaan (kalau tak salah ingatan le, saya dah hilang bukunya begitu juga "Eden of the East"). Seperti ditunjukkan pada bahagian akhir tajuk "MENGGABUNGKAN PENEMUAN SAINTIFIK DENGAN NISBAH BERDASARKAN PETUNJUK LAIN", banjir Nabi Nuh nampaknya lebih cocok dengan letupan Danau Toba.
Lalu bagaimana pula 3 peringkat banjir yang disebut Oppenheimer? Di manakah letaknya dalam kitab-kitab purba termasuk Al-Quran itu sendiri? Adapun cerita tentang 3 siri banjir ini pertama kali saya ambil tahu selepas mendengar pembentangan pengkaji tempatan Puan Zaharah Sulaiman Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul Oktober 2013. Saya pun bertanya manakah banjir yang cocok dengan cerita Nabi Nuh. Beliau menyebut yang terakhir iaitu pada 8,000 tahun lalu. Itulah permulaan saya beranggapan ia banjir Nabi Nuh lalu diulangi pada orang lain termasuk dalam pembentangan-pembentangan yang dibuat sendiri kepada umum. Setelah beberapa lama, iaitu pada hari ini, setelah dapat memperbaiki kira-kira yang pernah dibuat setahun setengah lalu baru saya bertukar keyakinan bahawa banjir Nabi Nuh berlaku hampir 70,000 tahun lebih awal!
Tentang 3 banjir yang disebut Oppenheimer itu biar digunakan kira-kira yang telah diletakkan dalam Microsoft Excel untuk mendapatkan tarikh atau tahun yang boleh dipadankan dengan cerita-cerita kitab. Beginilah yang saya dapat :-
1. Banjir pertama sekitar 350 SM menurut kitab bersamaan 14,561.25745 tahun menurut masa sekarang. Ketika itu sehari adalah sepanjang 12.7 kali ganda hari sekarang.
2. Banjir kedua sekitar 100 SM menurut kitab bersamaan 11,598.21066 tahun menurut masa sekarang. Ketika itu sehari adalah sepanjang 11 kali ganda hari sekarang.
3 Banjir ketiga sekitar 250 Masihi menurut kitab bersamaan 8,116.733195 tahun menurut masa sekarang. Ketika itu sehari adalah sepanjang 9 kali ganda hari sekarang.
Terbetik dalam fikiran, nampaknya dakwaan satu pihak bahawa banjir yang membentuk muka bumi Asia Tenggara sekarang disebabkan oleh runtuhan Empangan Yathrib milik empayar Saba'. Sekarang terpulanglah kalau pembaca hendak mengkaji lebih lanjut tentang hal ini. Mungkin elok tahun-tahun yang tertera sebagai menurut kitab itu dipadankan dengan salasilah dan tempoh wujud para Rasul terutama 25 yang wajib diketahui umat Islam. Saya akhir artikel ini dengan menyatakan sukacita sekurang-kurangnya untuk peringatan diri saya yang ada gila-gila nombor bahawa ini adalah artikel ke 1,315 di blogspot ini. Alhamdulillah... :]
2 ulasan:
Teori yg agak logik juga. Mungkin penulis boleh merujuk buku 'Penduduk Bumi Sebelum Kita' karangan Muhammad Isa Dawud untuk melihat perkaitan teori tersebut.
Assalam bro harun yahya says time is infinity perhaps theres another way how we measure time....in his book our existance is merely an illusion
To The Allmighty time is like a hamparan of event that we can view it through a higher level of thinking or what they says as d 3rd eyes
Regards
Roma am an avid follower of your blog and theres something...
Catat Ulasan