Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Januari 09, 2015

Ke utara menutup kalendar 2014 - Salasilah raja Perak dan banjir di Kuala Kangsar

Salam Jumaat. Sampai masa untuk menutup siri kecil ini. Bersambung daripada Ke utara menutup kalendar 2014 - Memaknai perjuangan Melayu dan jambatan kedua Pulau Pinang.


Isnin 29 Disember 2014. Kesesakan lalu lintas di Bukit Gantang seperti disebut pada artikel sebelum ini telah membuat kami berhenti bermalam di rumah seorang kawan di Kuala Kangsar.


Selepas sarapan di rumah kawan itu mengajak saya dan isteri pergi ke restoran seorang kenalannya yang rajin mengatur salasilah keluarga diraja Perak. Anak-anak tinggal di rumah bermain dengan anak kawan. Lama juga kami di  restoran melihat salasilah yang ada. Sempat berbual dengan 2 orang kerabat yang kebetulan sedang minum di situ.


Antara perkara pokok yang dikongsikan mereka adalah aturan pemegangan terhadap takhta Perak sudah banyak lari. Istana patut ditegur agar adat giliran asal dapat dijunjung. Kata saya siapa peduli teguran kita yang tiada kuasa ini? Orang dah selesa pegang kuasa nak ke turun bagi orang lain masuk? 

Oh. Dalam perjalanan kembali ke rumah kawan terlihat keadaan banjir yang melimpahi Sungai Perak. Lihat artikel The flood at Kuala Kangsar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Adapun rumah kawan tadi dah dekat sangat dengan makam Daeng Selili, dalam 100 meter je jarak. Selepas makan tengah hari saya pun singgah ziarah. Kembali pada hal penggiliran takhta yang asal. Saya kata kalau bagi orang lain masuk belum tentu mereka akan dapat buat lebih baik daripada yang sekarang. Terutama apabila yang ingin dibawa masuk itu adalah kerabat diraja daripada cabang yang sudah lama terkeluar daripada istana. Takut bila dah dapat masuk balik istana jadi macam perangai kera dapat bunga. Dah lama hidup miskin atau biasa-biasa saja., bila dapat kekayaan terus gelap mata.


Pada saya mungkin lagi elok biarkan aje pada yang dah sedia ada. Mereka pun dah biasa duduk dalam istana, tak mudah gelap mata sebab dah biasa dikeliling kemewahan dan kesenangan. Yang saya dengar ramai yang mahu menuntut takhta, masing-masing disokong oleh tokey Cina itu tokey Cina ini. Kalau dapat naik raja agak-agak apakah yang akan berlaku? Bila dah terhutang budi dengan Cina kita boleh agak bagaimana pendiriannya.



Dekat jam 3 petang baru kami meninggalkan rumah kawan. Berhenti sebentar di halaman Masjid Ubudiyah, singgah di rumah lama sebelah masjid yang baru saya dapat tahu telah dijadikan satu macam muzium ringkas. Lihat artikel (The house called) Baitul Annur, Bukit (Hill of) Chandan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)
.


Kemudian masuk ke kawasan pemakaman diraja ziarah makam moyang.



Ziarah sekali makam almarhum Sheikh Raja Ashman yang terletak berhampiran sebelah makam ayahanda beliau, Sultan Perak sebelum ini, Sultan Azlan Shah.


Sebelum meninggalkan Kuala Kangsar ziarah pula makam ini.


Kemudian baru masuk lebuh raya PLUS menghala selatan ke rumah.


Sedikit lagi tentang perbincangan berkenaan salasilah dan hak keturunan menaiki takhta. Saya kata takkan sesekali orang yang sudah selesa di atas memberikan tempatnya kepada yang lain kecuali berlaku bencana yang tidak dapat dielakkan, misalnya duduk aje atas takhta terus muntah darah. Atau berlaku bencana alam dan sebagainya yang teruk amat sehingga orang yang memiliki kuasa mendapat kesedaran bahawa bencana atau bala cuma dapat diberhentikan jika takhta dikembalikan kepada yang lebih berhak.



Selagi itu belum berlaku jangan haraplah akan ada perubahan. Lagipun seperti disebut awal tadi, lebih baik biarkan sahaja siapa yang sudah sedia berada di atas terus berada di sana asal dapat menjalankan tugas. Daripada bagi kerabat jauh mana yang entah boleh ke tidak buat kerja, awal-awal lagi tokey Cina dah pegang, lebih baik bagi pada mereka yang terbukti boleh menjalankan tugas...


Lagipun buat apa nak berebut-rebutkan sangat takhta itu? Sesungguhnya kerabat yang betul-betul berhak dan memiliki rasa amanah dan tanggungjawab tidak memandang sangat pun takhta. Samada ada kuasa atau tidak beliau tetap akan membuat kerja cuba mensejahterakan rakyat dunia dan akhirat, kerja sebenar seorang raja, bukan sibuk nak tuntut itu dan ini, tunjuk dirinya layak menaiki takhta dan sebagainya.

Oh, Gambar ini diambil ketika sudah sampai ke rumah. Meter bawah menunjukkan nombor 199. Takkanlah pusing Kedah dan Pulau Pinang daripada Rawang, Selangor setakat berjalan 199 km ya tak? Tentu tidak. Yang sebenarnya ia  menunjukkan, daripada 25 hingga 29 Disember kami anak-beranak sudah berjalan 1,199 km. Dengan ini selesailah segala penceritaan yang perlu dibuat daripada tahun 2014. Baru saya betul-betul boleh menumpukan pada pengisian tahun 2015. Wassalam... :]



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ketetapan Allah pada yg haq.Ilmu iklas dibawa bersama.Yang haq pada yang iklas.Makam iklas ada pada haq.

Tanpa Nama berkata...

Allahu Akhbar...bagus benar pendirian tuan tentang hal takhta kesultanan di sebuah negeri.

Tanpa Nama berkata...

Pakar sejarah cuma menengahkan bugis dari sulrwesi tapi tidak merujuk kesultsnan kalimantsn yg mana bugis membuat penempatan dikalimantan berkahwin dgn puteri tempatan dan menjalin perjanjoan kerana puteri tempatan kuat berdarah raja terutama kesultanan banjar yg me guasai hampir seluruh kalimantan.disini ada beberapa daerah kesultanan diberi kpd bugis syarat berkshwin dgn puteri tempatan dan terjalin perjanjian2 lama.cuma sejarah lebih me onjalkan silisilah lelaki dari pehak bugis tetapi tidak menonjolkan se elah perempuan dari puteri kesultanan banjar.ini sebab sifat raja2 banjar dulu dikalangan para alimin yg tidak suka menonjolkan diri dan identiti.jadiya silisilah sebenar terselindung.

Bandarkkangsar berkata...

Makam Syeikh yang bertutup kain hijau di dimana letaknya ?

Radzi Sapiee berkata...

Sebelah Sekolah Clifford. Seberang jalan tu Shell...