Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, November 30, 2014

Seminar Memartabatkan Perjuangan Sultan Ismail yang Dibuang ke Skudai

Masuk pada suatu yang lebih serius. Bersambung daripada Berkelah di Sungai Klah.


Adapun perkelahan di Sungai Klah itu dibuat hari Sabtu. Petang Jumaat iaitu sehari sebelum itu, saya dan seorang kawan pergi ke UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim.


Ada urusan berkenaan buku sebelum menghadiri satu majlis ilmu pada malamnya. Sementara menunggu malam kami berjalan-jalan ke beberapa tempat.


Sempat meninjau-ninjau tepian Sungai Bernam yang menjadi sempadan semulajadi antara negeri Selangor dan Perak. Lihat artikel Where another river enters the Bernam at Tanjung Malim dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Jam 8 kami ke UPSI lagi lalu ke satu bilik kuliah.



Majlis ilmu yang dipanggil "Seminar Memartabatkan Perjuangan Sultan Ismail yang Dibuang ke Skudai" baru hendak bermula.




Pengerusi majlis, Profesor Madya Dr.Talib Samat membuka bicara dengan sedikit pengenalan mengenai Sultan Ismail yang pernah menjadi sultan ke-25 Perak 1871-187. Pensyarah kanan UPSI ini telah menulis beberapa buah buku mengenengahkan beberapa tokoh Perak sekitar zaman itu.





Tuan Mohd. Zamberi Abdul Malek yang juga sudah menulis beberapa buah buku tentang sejarah perjuangan orang Melayu membuat pembentangan pertama. Cerita Sultan Ismail menaiki takhta Perak diperincikan - bagaimana walaupun baginda bukan waris keturunan Perak sebelah laki-laki (ibunya yang berdarah raja Perak) baginda telah diangkat menaiki takhta. Ini berlaku kerana Raja Muda Perak ketika itu, Raja Abdullah tidak muncul-muncul untuk pengebumian jenazah sultan sebelum itu. Mengikut adat Perak (juga kebanyakan negeri Melayu kalau tak salah) seorang sultan baru mesti diangkat sebelum sultan sebelumnya dikebumikan lalu Sultan Ismail yang ketika itu memegang jawatan Raja Bendahara menjadi pilihan.



Keadaan ini menyebabkan Raja Muda Abdullah tidak berpuas hati. Baginda mendapatkan pertolongan British untuk masuk campur lalu dapat menaiki takhta Perak, selepas menandatangani Perjanjian Pangkor 1874 yang ternyata akan menjerat orang-orang Melayu nanti. Sultan Ismail diturunkan daripada takhta lalu diberi jawatan Sultan Muda dan mendapat pencen. Natijah daripada perjanjian, kuasa sultan dan para pembesar jadi tersekat sementara penasihat British yang dipanggil residen bermaharajalela. Itulah yang membawa kepada pembunuhan residen tersebut iaitu J.W.W. Birch 1875. Perang antara Perak dan British pun menyusul lalu pada 1877 sejumlah pembesar Perak ditangkap, Sultan Ismail dibuang negeri dan ditahan di Skudai, Johor.



Pembentang kedua dibuat seorang pelajar sarjana atau Masters.


Beliau membuka dengan memperbetulkan persepsi tentang asal keturunan Sultan Ismail yang sering disebut sebagai berpunca daripada keluarga Saiyid al-Shahab Siak. Tetapi sudah ditunjukkan beberapa orang baginda sebenarnya berasal terus daripada seorang tokoh terkenal abad ke-18 yang dikenali sebagai Raja Kechil.


Selepas itu apa yang diceritakan adalah lebih kurang seperti disebut tuan Zamberi. Cuma pembentang pertama itu lebih memperinci peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pengangkatan Sultan Ismail ke atas takhta Perak, penurunan selepas Perjanjian Pangkor 1874 dan pembuangan negeri selepas tamat Perang Perak-British 1877 menggunakan dialog antara pembesar dan para kerabat seperti direkodkan dalam sumber-sumber British.


Pembentang ketiga juga adalah pelajar sarjana. Perspektif kertas kerja beliau adalah sesuatu yang agak baru buat saya kerana bercakap dengan peranan Sultan Ismail menaikkan industri perlombongan bijih timah di Perak.



Sebelum itu saya lebih tahu kisah perlombongan di daerah Larut yang dipelopori Long Jaafar sekitar tahun 1848 kalau tak salah. Melalui pembentangan ini baru saya tahu Sultan Ismail mempelopori perlombongan di Lembah Kinta yang ternyata menerbitkan hasil lebih besar. Kepesatan ini menyebabkan muncul beberapa bandar baru seperti Papan dan Pengkalan Pegoh.  Malah aktiviti perlombongan pesat di Lembah Kinta inilah yang membawa kepada penubuhan bandar Ipoh, ibu negeri Perak zaman moden.





Seterusnya  seorang pengkaji sejarah Cikgu Alang pula bercakap. Cuma beliau saya lihat sering lari daripada topik. Apapun ini adalah satu seminar yang menarik demi memartabatkan seorang tokoh lama Perak yang jarang diperkatakan orang. Selepas itu saya dan kawan ikut bersama Prof Talib Samat dan beberapa orang lama makan mee rebus di sebuah restoran berdekatan. 

Lama juga kami berbincang tentang sejarah negeri Perak dan tokoh-tokoh yang terlibat. Walaupun inilah kali pertama saya berbual panjang dengan Prof Talib (kami pernah terserempak 2-3 kali tetapi rasanya tidak pernah bertegur sapa), banyak perkara dibualkan, mungkin kerana baru menyedari sayalah penulis siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang pernah menjadi rujukan beliau untuk mengenali satu watak lama Perak yang dikenali sebagi Keramat Kuala Bidor. Malah isi daripada buku pertama saya pernah diulang-siar dalam sebuah buku beliau. Lihat artikel HIKMAH III, PESAWAD, Laksamana Muhammad Amin dan Keramat Kuala Bidor yang ditulis hampir 2 tahun lalu.


Tiada ulasan: