Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mei 17, 2013

Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Satu pengenalan pagi Jumaat

Di makam wali besar Sayyid Hussein Jamadil Kubro, leluhur para Wali Songo di desa Tosora, Wajo, Sulawesi Selatan pagi Jumaat minggu lepas...


Assalamualaikum semua. Selamat pagi Jumaat. Nampaknya saya semakin malas hendak menulis artikel baru di blogspot, mungkin akibat gangguan kesihatan yang dialami termasuk retak tulang atas buku lali lebih 3 minggu lalu yang belum lagi sembuh. Apapun saya tetap akan berusaha untuk menulis walaupun tidak berapa kerap.

Pada artikel lalu Ziarah dan umrah 2013 - Panji-panji hitam Bani Hashim dan jalan-jalan hari Jumaat yang ditulis 2 Mei saya ada memberitahu, esoknya akan ke Makassar untuk melaksanakan satu misi menziarahi tempat-tempat bersejarah di Tanah Bugis walaupun kaki kanan bersimen. Alhamdulillah misi ini telah berjaya dilaksanakan dan saya kembali ke tanah air Ahad malam Isnin. Adapun turut bersama adalah isteri dan dua anak kecil kami. Kesian isteri kerana dalam keadaan saya begini dialah yang harus mengangkat barangan keperluan, beg dan sebagainya sambil menjaga saya dan anak-anak.

Secara ringkas perjalanan dibuat 3-12 Mei. Kota Makassar yang terletak di Sulawesi Selatan, kira-kira 2,200 km dari Kuala Lumpur adalah pintu masuk utama ke Tanah Bugis. Kami ke sana kerana mahu menziarahi sejumlah tempat bersejarah termasuk makam para leluhur selain memenuhi jemputan seorang profesor. Dapatlah kami tidur selesa di rumahnya selain mendapat perkhidmatan kereta dan pemandunya untuk ke mana-mana.

Butiran akan diberikan apabila saya mula bercerita hal perjalanan ini dari hari ke hari. Cukuplah disebut antara tempat-tempat yang diziarahi adalah makam wali besar Bugis abad ke 17 Masihi iaitu Sheikh Yusuf Makassar, istana raja Goa, makam raja-raja Goa (Goa adalah kerajaan besar suku kaum Makassar yang wujud seiring dengan etnik Bugis) dan makam Arung Palakka (sangat terkenal dalam sejarah Bugis). Kami juga sempat menziarahi makam raja besar kerajaan Wajo (sebuah kerajaan Bugis yang gigih menentang Belanda) yang ke-31 iaitu La Madukelleng. Baginda dipercayai sesetengah pihak sebagai orang sama dengan Nakhoda Hitam yang muncul di Perak tahun 1740an, seorang pejuang yang dituduh sebagai lanun tetapi kemudian menjadi Laksamana Raja Mahkota Perak yang pertama, seorang leluhur utama dalam salasilah keluarga bapa saya.

Tidak boleh dilupakan adalah ziarah pagi Jumaat minggu lepas ke makam wali besar Nusantara atau Alam Melayu abad ke 14 Masihi iaitu Sayyid Hussein Jamadil Kubro seperti ditunjukkan pada gambar atas. Untuk makluman para Wali Songo di Tanah Jawa adalah keturunan beliau begitu juga raja-raja Patani/Kelantan dan ramai nama besar. Walaupun begitu sejarah kedatangan beliau ke Tanah Bugis agak kabur. Namun cukuplah diberitahu saya mendapat rasa bahawa sejumlah (mungkin bukan semua) raja-raja kerajaan Wajo termasuk La Madukelleng adalah dari keturunannya.

Cerita perjalanan ke Makassar dan Tanah Bugis ini biarlah dipanggil siri "Terhencot-hencot ke Tanah Bugis" kerana memang hakikatnya saya harus berjalan terhencot-hencot ke sana ke mari akibat kecederaan yang dialami. Sungguh mencabar berjalan dalam keadaan ini apalagi bila perlu turun naik tangga. Selain melawan sakit dengan kaki yang bengkak semacam, saya harus menumpukan berat badan pada kaki kiri dan ini sendiri amat memenatkan. Insyaallah nanti saya ceritakan panjang lebar ok. Buat masa ini biar dihabiskan dahulu siri "Ziarah dan umrah 2013" yang akan masuk hari terakhir di Madinah sebelum berlepas untuk menunaikan umrah di Mekah.


4 ulasan:

puteri jalanan a.k.a annur berkata...

salam,

semoga saudara sekeluarga sentiasa diberi kekuatan...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....
Pertama sekali melihat gambar awk di makam ulama sayyid Hussien Jamadil Kubro tu..nampak muka awk semakin tua....
Sy amat berminat tentang ulama tersebut...ada blog yg cerita lebih mendalam tentang ulama tersebut....
tabutjawi.blogspot.com

anyway brader jaga diri dan keluarga....

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Dah sememangnya saya makin berumur. Bila dah jalan terhencot2 jauh pakai tongkat sambil menahan sakit retak tulang campur bengkak, sambil tu juga menahan penat akibat berat banyak tertumpu pada sebelah kaki hakikat bahawa kita sudah berumur tu memang terasa. Nak sampai ke makam dalam keadaan ini memang mencabar. Naik kapal terbang 3 jam dengan kaki sebelah sakit perlu diangkat, naik kereta ke tempat 6 jam baru nak sampai, jalan bertongkat terhencot2 dalam hujan nak masuk ke dalam kawasan makam, ini bukan cerita budak2 keyboard warrior yang dah biasa copas hasil kerja orang.

Maklumat tentang Sayyid Hussein tu banyak pun buku dan blogspot dah cerita. Banyak pun orang bercerita panjang lebar tapi tak pernah sampai pun langsung kat makam tu, cerita hanya kutip dari sumber lain. Tak perlu keluar belanja penat bersusah-payah kadangkala ambil risiko nyawa hendak mengorek kebenaran di luar. Maka tak perlulah sangat saya nak mengulang apa yang semua orang boleh cari di Google. Saya cuma tunjuk dengan gambar dan sedikit perkataan apa yang orang ada mata hati dapat membaca dengan lebih mendalam perkara yang tidak pernah tertulis dan terpapar dek orang.

D.Suhardiman berkata...

assalamau Alaikum Wr Wb...
salam..

makam tersebut sudah sedikit di bangun ....jadi tiang pendopo dekat pintu makam sudah hilang.....

semoga lintas perjalanan anda di jasirah bugis banyak manfaatx Amin

Salam dari tana Wajo