Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Mei 21, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Dari perjalanan ke Surabaya sahaja bertukar menjadi perjalanan lebih 2,000 km pusing pulau

Di puncak Candi Borobudur, Sabtu 12 Mei...


Assalamualaikum semua. Hari ini 21 Mei 2012 kiranya genaplah seminggu kami sekeluarga tamat perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei. Namun begitu penat dan sakit-sakit badan masih terasa hingga kini. Dalam seminggu ini boleh kata saya asyik bermimpi tentang berjalan di sana setiap kali melelapkan mata. Tu yang penat dan sakit badan belum betul-betul kebah lagi agaknya. Maklumlah... walaupun badan asyik duduk di rumah, belum lagi kembali berjalan jauh buat masa ini, ia tetap boleh menjadi penat apabila roh asyik menerawang menyeberang laut.

Sedikit cerita dan 'bunga-bunga' tentang perjalanan ini telah diberikan dalam artikel Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sneak preview dan Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sedikit gambaran penceritaan setelah 14 hari berjalan.... Sekarang biar diberi sedikit latar belakang bagaimana perjalanan terbaru ini boleh berlaku...







Pembaca setia blogspot ini mungkin masih ingat bagaimana saya, isteri dan anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid (ketika itu Muhammad Alauddin Johan masih dalam perut lagi) pergi mengembara dari Medan ke Banda Aceh penghujung tahun 2011. Ceritanya ada dikumpulkan melalui artikel Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'". Dalam satu artikel awal, Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Medan ke Berastagi ada diceritakan apakah sebab musabab perjalanan dibuat, bagaimana tiket penerbangan ke Medan 2 November dan kembali melalui Banda Aceh 13 November dibeli seawal bulan Februari untuk mengambil kesempatan tawaran tambang murah. Untuk perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei 2012 pula tiket dibeli seawal Mei 2011 mengambil kesempatan atas tawaran serupa.






Pada mulanya kami bercadang untuk berjalan sekitar Surabaya di Jawa Timur sahaja... kerana tawaran dibuat untuk penerbangan ke situ. Tetapi apabila menyedari di kota Surabaya sendiri terdapat makam seorang Wali Songo iaitu Sunan Ampel sedangkan dua lagi makam Wali Songo iaitu milik Sunan Giri dan Sunan Gresik @ Maulana Malik Ibrahim terletak di kota Gresik, sekitar 30 km sahaja dari Surabaya timbul rasa untuk menziarahi ketiga-tiga makam. Untuk pengetahuan Wali Songo merujuk kepada 9 orang wali paling ternama mengIslamkan Pulau Jawa. Mereka hidup dan bergerak cergas abad ke 15 hingga ke 16 Masihi. Dua orang lagi iaitu Sunan Drajat dan Sunan Bonang turut dimakamkan di Jawa Timur tetapi jauh sedikit ke arah  barat-laut. Sementara tiga, Sunan Muria, Sunan Kudus dan Sunan Kalijaga dimakamkan di Jawa Tengah, seorang iaitu Sunan Gunung Jati di Jawa Barat.

Memikirkan kami mahu ke Surabaya dan sekitar buat tempoh 4 atau 5 hari kami pun mula membuat tempahan penerbangan melalui Internet. Tetapi timbul sedikit masalah yang melewatkan tempahan menyebabkan harga tiket pada waktu dan hari yang mahu ditempah meningkat mendadak harganya. Sesiapa yang pernah membuat tempahan tiket murah Air Asia di Internet tentu tahu bagaimana kelewatan kurang 5 minit dalam membuat tempahan pun boleh menyebabkan harga berubah. Oleh itu kita tiada lagi pilihan - samada meneruskan tempahan pada tarikh dan waktu serupa tapi harga sudah berubah mahal atau cuba mencari tarikh dan waktu lain di mana harga masih murah.





Cari punya cari (dan kami juga harus mencari tambang kembali dari Surabaya pada harga murah) saya dapati jurang waktu antara waktu pergi dan kembali semakin bertambah. Dari 4 atau 5 hari yang dirancang pada awalnya terus melewati 7 hari semata-mata untuk mendapatkan tambah murah pergi dan kembali. Sambil itu timbul satu macam rasa yang kuat agar kami cuba menziarahi semua 9 makam para Wali Songo. Bagi kami yang belum pernah sampai ke Pulau Jawa dan mahu pergi sendiri tanpa mengikut apa-apa rombongan atau perancang perjalanan bertauliah seperti ejen pelancongan tentunya ini bukan perkara yang mudah. Ditakdirkan Allah kami akhirnya membuat keputusan untuk mencuba juga lalu dapat menempah tiket penerbangan pergi 1 Mei dan kembali 14 Mei pada harga termurah yang boleh didapati. Logiknya, dalam tempoh 14 hari tentu kami ada cukup ruang dan waktu untuk menziarahi makam kesemua para wali itu.





Ingat, tempahan dan rancangan awal perjalanan ini dibuat Mei 2011 sedangkan November tahun itu kami akan berangkat ke Medan untuk membuat perjalanan menjejak kembali tempat-tempat yang pernah dilawati ketika saya pertama kali cuba masuk ke Aceh Januari 2001. Siapa sangka tidak lama selepas itu isteri saya mengandung anak terbaru kami, Muhammad Alauddin Johan!  Namun sungguh Allah telah merancang segala dengan sebaiknya. Ketika kami berlepas ke Medan 2 November, isteri saya mengandungi 6 setengah bulan. Kalau dia mengandung 7 bulan tentu dia akan dilarang dari menaiki kapal terbang. Ketika kami berlepas ke Surabaya 1 Mei untuk perjalanan pusing Pulau Jawa pula Johan sudah berumur 2 bulan setengah. Walaupun masih amat kecil, saya dapati badan beliau sudah cukup kuat dan mantap untuk dibawa mengharungi perjalanan yang sangat mencabar ini.






Apabila melihat kembali perancangan perjalanan untuk menziarahi makam para Wali Songo ini saya dapati nak tak nak kami harus bergerak sekurang-kurangnya 800 km melalui jalan darat untuk sampai ke makam Sunan Gunung Jati yang terletak paling jauh dari Surabaya iaitu berdekatan kota Cirebon. Perjalanan ke sana akan melalui daerah Pekalongan di mana keluarga ibu kepada ibu saya berasal, keluarga Tok Yakin yang ceritanya diabadikan menjadi buku terbaru saya (lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia). Maka bolehlah kami singgah...

Untuk perjalanan kembali selepas itu saya rasa rugi kalau kembali mengambil jalan yang sama. Seeloknya ambil jalan lain ke Surabaya agar lebih banyak dapat dilihat dan pengalaman baru diperolehi. Dan apabila diteliti peta dan rupa bentuk bumi laluan terbaik adalah jalan selatan yang saya dapati akan melalui daerah Banyumas, tempat asal keluarga ayah kepada isteri saya diikuti Kebumen, tempat asal keluarga ibu kepada isteri. Jalan ini seterusnya boleh membawa ke kota terkenal Jogjakarta yang letaknya tidak berapa jauh daripada Candi Borobodur. Kemudian kami boleh ke satu lagi kota terkenal di Pulau Jawa iaitu Solo.






Saya dapati untuk masuk ke jalan selatan ini pula kami perlu ke Bandung sedangkan ia merupakan sebuah kota peranginan yang amat terkenal di Indonesia. Melihat lagi peta terutama melalui Google Earth timbul rasa elok juga saya ke Jakarta sebelum berpatah balik menghala ke Bandung. Saya tahu di sana ada makam Sultan terakhir Aceh, Sultan Muhammad Daud yang dipaksa turun takhta oleh Belanda tahun 1904 lalu dibuang ke Pulau Jawa sebelum mangkat di Jakarta 1939. Namun Jakarta terletak lebih 200 km lagi ke barat. Apapun saya sudah lama menyimpan hajat mahu menziarahi makam tersebut.

Program pun diatur begini - dengan penerbangan ke Surabaya bertarikh 1 Mei dan penerbangan kembali 14 Mei kami ada 14 hari untuk menyelesaikan seluruh perjalanan di Pulau Jawa. Maksimumnya 7 hari boleh digunakan untuk bergerak hingga sampai ke Jakarta, 7 hari lagi untuk mengejar pesawat kembali ke Malaysia. Jika kami berjaya menyelesaikan ziarah ke semua makam Wali Songo dalam tempoh 6 hari atau kurang, baru saya yakin ada masa untuk menjejakkan kaki ke Jakarta. Kalau tidak mungkin kami harus melupakan Jakarta lalu terus ke Bandung...

Dengan itu kami memiliki satu rancangan perjalanan yang cukup baik untuk menjayakan cita-cita menziarahi makam setiap Wali Songo lalu menyambungnya dengan perjalanan pusing Pulau Jawa. Bab pengangkutan, penginapan dan makan minum boleh difikirkan sambil berjalan. Adapun belanjawan kami sangat rendah berbanding kos yang biasa dibuat orang. Ia cuma membenarkan kami menggunakan pengangkutan awam hampir seluruh perjalanan, kalau nak menyewa kereta (yang harus disertakan kos pemandu kerana difahamkan orang luar cuma dibenarkan memandu jika ada surat izin dari kerajaan) pun mungkin mampu untuk sehari dua sahaja.

Alhamdulillah susah payah dari pengalaman perjalanan Medan-Banda Aceh 2-13 November 2011 telah menyediakan kami untuk melakukan ini. Sila rujuk balik cerita melalui artikel Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'" yang ceritanya insyaallah akan saya jadikan DVD tidak lama lagi (saya ada hampir 6 jam rakaman video Full HD). Bezanya perjalanan kali ini lebih lama iaitu 14 hari berbanding 12 di sana dan jarak yang mahu diliputi lebih jauh. Lagi, berbanding Medan ke Banda Aceh kami termasuk saya sendiri belum pernah lagi ke Pulau Jawa. Dan jika dahulu kami harus membawa Rasyid yang berumur 2 tahun, kali ini bukan anak yang sudah meningkat umur menjadi 2 tahun setengah itu sahaja harus dibawa. Kali ini cabaran jauh meningkat kerana harus membawa adiknya Johan, seorang bayi yang baru berumur 2 bulan setengah. Cukuplah ini sebagai mukadimah... :]








2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AsSalam sdr Radzi sekeluarga, satu perjalanan yang sangat menarik. Saya juga pernah merancang untuk ke tanah Jawa, terutamanya Jawa Tengah bagi menjejak susur galur. Datuk sebelah bapa saya berasal dari Kutowinangun di daerah Kebumen, berhijrah ke Tanah Melayu sekitar tahun 1921 dan membuka penempatan di Selangor - abuhazmy

Fida Anggun berkata...

Waalaikumsalam abuhazmy..

SubhanAllah!!Allah hu akbar..
Mungkin berkat 4 Rejab pd hari Jumaat (dan ada peristiwa penting berlaku pd tarikh hijrah ini).

Kutowinangun adalah salah satu dari 400 kg yang ada di daerah Kebumen. Kampung itu jugalah letakknya kampung moyang sebelah ibu saya. Di Selangor anda menetap di mana?(maaf bertanya).

Nama kampung anda sudah tahu dan jika boleh anda perlu tahu tinggal nama moyang anda. Itu akan memudahkan pencarian anda nanti. Insyaallah, kami doakan hajat anda akan tercapai. Jika nak ke sana, anda kena turun di Jogjakarta,lps tu dptkan public transport/sewa kereta menuju ke Kebumen.