Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mei 25, 2012

Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ke Danau Tok Uban

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini, Jumaat 25 haribulan Mei 2012 bersamaan 4 Rejab 1433 Hijriah boleh dikatakan hari yang istimewa. Kerana tarikh 4 Rejab hari Jumaat tu sama dengan tarikh Batu Bersurat Terengganu yang bersejarah (dan mengandungi misteri yang mungkin berkaitan kebangkitan sebenar Islam dari Timur) mengikut perkiraan Profesor Syed Naguib Al-Atas. Pada batu tersebut ada tertulis begini :  "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasankala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Prof. Naguib berpendapat ayat itu menunjukkan batu tersebut ditulis pada 4 Rejab 702 Hijrah iaitu lebih 700 tahun lalu.

Saya pula tergerak untuk menyambung kembali penceritaan perjalanan ke Pantai Timur 26 Mac-4 April 2012, perjalanan yang akhir sekali diceritakan melalui artikel Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Ke Kelantan berjumpa Kakak dan Abang Ngah hampir sebulan lalu. Mulai ini saya akan menggilir-gilirkan artikel siri "Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung" dengan siri baru "Pusing Pulau Jawa anak-beranak" yang telah pun diperkenalkan ketika perjalanan tersebut masih berlangsung 1-14 Mei. Semoga dengan penggiliran ini akan timbul hikmah besar yang mungkin cuma boleh dilihat apabila penceritaan telah dibuat. Sesungguhnya selain mahu bertemu anak-anak yang lebih tua di Kelantan, perjalanan ke Pantai Timur 26 Mac-4 April itu dibuat untuk menyediakan dan mempersiapkan anak kecil kami Muhammad Alauddin Johan yang lahir 17 Februari untuk mengharungi perjalanan pusing Pulau Jawa yang lebih mencabar.



Dalam artikel Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Ke Kelantan berjumpa Kakak dan Abang Ngah, telah disebut bagaimana selepas mengambil dua orang anak di Kelantan, kami anak beranak mendapat penginapan tepi sungai di tengah bandar raya Kota Bahru. Esoknya pagi Jumaat 30 April 2012 saya keluar agak jauh lalu singgah di sebuah masjid yang terletak agak di luar bandar.


Masjid ini pertama kali saya jejaki bersama anak-anak dan isteri penghujung 2010. Lihat artikel lama Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ke Bukit Marak. Kali ini saya pergi seorang diri lalu mendapati di sini meter kereta menunjukkan nombor 131, menandakan kereta sudah berjalan dan saya sudah memandu sejauh 1,131 km sejak meninggalkan rumah 4 hari sebelumnya.


Saya pergi seorang diri kerana harus menghantar anak sulung, Kakak untuk kelas tambahan di sekolahnya 7 pagi.  Isteri dan anak-anak lain biarlah berehat dahulu di hotel, tengahari sedikit selepas Kakak habis kelas baru keluar sama-sama. Dari sekolah saya mengorak langkah sampai ke masjid tadi, dalam perjalanan ke satu tempat bernama Kedai Piah. Sebelum itu saya ada singgah di masjid lain yang belum pernah dijejaki. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kadok, Kelantan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
.

Saya ke Kedai Piah kerana mahu menziarahi lagi tempat bernama Tanah Serendah Sekebun Bunga, tempat pemerintah perempuan terkenal Kelantan, Cik Siti Wan Kembang pernah bersemayam beberapa abad lalu. Penghujung 2010 kami anak beranak pernah sampai tetapi ketika itu musim hujan. Ini ada diceritakan pada artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ke Bukit Marak.


Kali ini cuaca elok terang benderang. Saya sempat melihat seluruh pelusuk kawasan termasuk bahagian yang tidak saya jejaki dahulu kerana basah kemudian duduk berehat di tapak mahligai Cik Siti Kembang  untuk mengambil rasa dan berkat memulakan satu pekerjaan. Lihat artikel The place called Tanah Serendah Sekebun Bunga on a fine sunny Friday morning di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kemudian saya melihat bahagian Sungai Kelantan berdekatan. Lihat The Kelantan river near Tanah Serendah Sekebun Bunga.



Masuk waktu Zuhur saya bersolat Jumaat di tempat bernama Kedai Mulong.




Kedai Mulong terletak sangat dekat dengan Nilam Puri di mana terdapat masjid lama terkenal yang berusia tidak kurang 300 tahun, Masjid Kampung Laut. Saya ke sini dengan niat mahu bersolat Jumaat di Masjid Kampung Laut. Tetapi ternyata solat Jumaat tidak diadakan di masjid lama yang asalnya terletak di satu bahagian ke barat laut Kota Bahru, sebelum ia dicabut dan dipasang balik di sini.


Oh. Ketika bersolat Jumaat itu saya sudah mengambil anak-anak dan isteri. Selepas itu kami makan bersama seorang kenalan yang mahu membelanja sebelum bergerak ke satu bahagian pendalaman daerah Pasir Mas lalu singgah di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Rong Chenok.


Dari masjid itu sudah dekat ke sebuah madrasah yang dibiayai salah seorang manusia terkaya di dunia.


Dalam kawasan madrasah terletak masjid putih cantik yang dipanggil Masjid Brunei.


Masjid ini terletak di tepian tasik luas yang dipanggil Danau Tok Uban. Lihat Danau Tok Uban from the Brunei mosque on a fine Friday afternoon.


Saya sudah ke sini beberapa kali kemudian membawa isteri dan anak-anak.


Kali ini terasa lebih istimewa kerana turut dapat membawa Johan yang ketika ini baru berumur sekitar 43 hari!


Dalam perjalanan ke sisi lain Danau Tok Uban kami singgah di kaki Bukit Panau, sebuah bukit antara daerah Pasir Mas dan Tanah Merah yang penuh dengan cerita misterinya yang tersendirinya. Pada mulanya saya bercadang hendak membawa keluarga ke puncak dengan kereta. Tetapi keadaan jalan kurang elok sedangkan kami cuma membawa kereta kecil yang sarat dengan muatan. Kalau saya naik sendiri berjalan kaki pula takkan nak tinggalkan anak-anak dan isteri? Cukuplah kami mengambil sedikit rasa dari bawah ini...



Ini pula adalah di sisi lain Danau Tok Uban yang lebih terkenal buat pengunjung.



Perhatikan kedudukan Masjid Brunei di seberang tasik. Nak sampai dari sana ke sini melalui jalan kereta boleh memakan masa lebih sejam! 


Kebanyakan orang yang pernah sampai ke Danau Tok Uban cuma menuju ke bahagian ini, jarang sekali sampai ke Masjid Brunei.


Memang pun kalau ditanya di manakah Danau Tok Uban inilah tempat yang akan ditunjuk orang. Lihat The 'real' Danau Tok Uban.


Kembali ke Kota Bahru kami terus menuju ke Dewan Jubli Perak MPKB lalu mendapati ada syarahan politik sedang berlangsung.



Tapi kami tak kisah itu. Kami mahu ke Pesta Buku Kelantan 2012 yang kalau tak salah ingatan baru sahaja bermula sehari dua...





5 ulasan:

anak beringin berkata...

Salam tuan MS..

Minta izin sebab lari dari tajuk sikit , saya hendak berkongsi sedikit info mengenai satu makam baru yg sempat saya ziarah di tmn sentosa jln klang lama , 4 Mei 2012 lepas... iaitu Makam Syeikh Abu Bakar Bin Syed Mukmin Mukhtar Ali.. terdapat 3 makam di situ iaitu makam syeikh sendiri berserta dua makam lain... satu adalah anak murid/pengikutnya dan satu lagi belum diketahui. tapi saya rasa batu nesannya macm batu nesan acheh...

terima kasih

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Menarik tu. Tahu tak agak2 Sheikh ni hidup tahun berapa?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Wrt..

Penah tak saudara bermimpi apa2 berkaitan berkumpul semula dengan semua keturunan2 asal..Setahu sy,pada mereka2 yang dipilih oleh Allah pada akhir zaman ini,akan dikumpulkan semula bagi tujuan sesuatu.Ianya bukanlah seperti pertubuhan2 seperti sediaada sekarang,dibuat secara lahiriah,tapi berkumpul apabila setiap seorang mendapat alamat masing2 dari Allah..Bukan diajak untuk berkumpul..saudara faham tak maksud sy?kalau saudara ada nak kongsikan sesuatu secara private bleh email sy di dragonflymohd114@gmail.com

terima kasih.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Tak kot? Saya belum layak bergaul dengan para pewaris takhta. Tapi kalau saudara nak cari rasanya tak susah sangat. Kat Facebook ada banyak kumpulan yang mengaku dapat alamat itu alamat ini mimpi itu mimpi ini, siap ada nama2 gelaran yang hebat2 dari alam ghaib konon. Tentunya Yahudi Zionis sudah menggigil kepala lutut melihat begitu ramai pewaris takhta membuat pengakuan di Internet....

anak beringin berkata...

Assalamualaikum Tuan MS..

Ambo setuju.. merendah diri adalah jln selamat... ular tidak akan hilang bisanya bila menyusur akar.. info mengenai usia dan zaman pak syeikh akan ambo update nanti. Alhamdulillah , berkenalan dgn seorang India Muslim yg menjadi JAGA di bangunan pejabat tempat ambo bekerja di PJ setelah ambo kongsikan info mengenai makam Syeikh Harun Rashid Sentul dengannya. Sama2 bertolong2 dlm kebaikan.