Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, April 16, 2012

Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh

Assalamualaikum. Dalam artikel Meh ke Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (Harum) 2012 yang dibuat Sabtu malam Ahad ada diberitahu bahawa saya akan membuat pembentangan mengenai trilogi novel karangan saya "Berpetualang ke Aceh". Maka kita sambung cerita dari artikel tersebut.


Pagi Ahad, setelah bermalam di rumah seorang ibu saudara tidak jauh dari masjid negeri di Shah Alam saya pun bergegas ke masjid.



Saya tidak puas tidur sebenarnya. Selama beberapa jam tengah malam saya berusaha menyediakan slaid untuk pembentangan apabila timbul satu ilham last minute...



Sampai di dewan solat utama yang terletak di tingkat atas masjid, sudah ramai peserta berkumpul mengikuti program. Sudah diberitahu dalam Meh ke Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (Harum) 2012 bahawa selama 3 hari berlanjut hingga ke lewat malam masjid besar ini menyaksikan majlis Harum 2012 13-15 April yang mengandungi beberapa atur cara.



Secara rata ia adalah perhimpunan umat Islam Nusantara yang sayangkan agama dan bangsa, ada mengikuti pengajian Tasawuf atau jemaah mana-mana Tariqat. Namun terkandung dalam inisiatif untuk meningkatkan lagi kesedaran diri dan kecintaan terhadap Allah dan rasulNya adalah berbagai jenis program termasuk sesi motivasi oleh pakar bidangnya.



Kemudian sampailah acara yang ditunggu-tunggu (oleh saya le), sesi pembentangan buku. Saya pun mengambil tempat duduk di hadapan.



Acara dimulakan dengan pembentangan sebuah buku mengenai permainan Dajjal dan tahun 2012. Sebenarnya 3 orang penulis telah dijemput tetapi seorang tidak dapat datang kerana berada di Mesir.





Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan berserta sesi soal jawab adalah 2 jam iaitu dari 11 pagi hingga 1 tengah hari. Namun ruang lebih diberikan apabila acara motivasi tamat lebih kurang 20 minit lebih awal dari yang dijadualkan. Alhamdulillah pembentangan berjalan lancar. Awalnya saya risau juga kerana terasa kerdil harus bercakap di hadapan ramai ulamak besar. Rupa-rupanya sepanjang acara di dewan solat utama berlangsung mereka sedang mengadakan muzakarah tertutup di dewan lain.

Pembentangan terasa begitu santai dan menenangkan. Lihat video yang tertera. Ada peringkat saya deja vu apabila mendapati keadaan dalam majlis serupa seperti dalam sebuah mimpi yang berlaku lebih setahun lalu!

Terima kasih kepada sahabat baik saya Zaidi yang sudi menemani dan 'bertugas' mengambil video. Terima kasih lagi kepadanya juga kepada mereka-mereka yang menolong mengedarkan risalah buku kemudian mengangkat buku-buku ke pintu besar belakang dewan solat utama lalu menyediakan meja untuk jualan. Tanpa dipinta ada yang menolong menjaga buku dan mengatur jualan semasa saya keluar mengejar hal lain. Tentunya terima kasih harus diucapkan kepada para petugas yang memastikan majlis bergerak lancar. Dan tidak lupa, terima kasih juga kepada para hadirin dan peserta yang sanggup berkejar ke luar pintu dewan semata-mata untuk mendapatkan buku dan/atau bertemu dengan saya. Alhamdulillah sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan... :]


Petangnya ada demonstrasi silat.



Ada tidak kurang 5 aliran mengambil bahagian sebagai sokongan kepada Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (Harum) dan perjuangan membela ummah yang mahu diketengahkan.


Saya terus mengikut program hingga larut malam.



Selepas satu siri ceramah, munajat perdana diadakan untuk membangkitkan semangat membela Islam dalam keadaan akhir zaman yang mendesak akibat serangan musuh dari pelbagai arah dan jurusan. Menarik untuk difikirkan, walaupun terdapat ulamak-ulamak besar tersohor dari seluruh Nusantara terutama dari Pulau Jawa selain Patani, Brunei, Singapura dan Tanah Bugis, ulamak besar yang diangkat sebagai ketua adalah Sheikh Amran Waly dari Aceh. Terasa ada kena-mengena dengan pembentangan buku "Berpetualang ke Aceh" siang hari.

Malam itu baru saya tahu jumlah peserta dari Aceh yang mengikuti program ini melebihi 800 orang, bukan 600 seperti diberitahu kepada saya hari Sabtu. Sebelum itu iaitu selepas Maghrib saya ada diberitahu bahawa program besar ini adalah inisiatif seorang ulamak Tasawuf dari Terengganu berketurunan wali besar abad ke 17 Tok Pulau Manis. Beliau mendapat sokongan ulamak dari Aceh setelah menunjukkan makam Tok Pulau Manis di Kuala Terengganu kepada Sheikh Amran lalu memperkenalkan moyangnya itu sebagai anak murid Sheikh Abdul Rauf Singkel, mufti besar Aceh zaman itu. Mendengar ini terbetik di hati mungkin sebab itu saya dijemput membuat pembentangan buku "Berpetualang ke Aceh". Adapun pengacara majlis awalnya menyebut saya akan bercerita tentang buku "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" iaitu buku ketiga saya sahaja. Fikir saya ketika itu mungkin beliau tidak tahu "Berpetualang ke Aceh" sebenarnya adalah satu siri trilogi iaitu terdiri dari 3 buku.

Apabila saya naik ke pentas baru beliau tahu, kerana melihat saya membawa ketiga-tiga buku. Oh. Saya tidak dapat menggunakan slaid untuk pembentangan kerana petugas masjid yang mengendalikan projektor bercuti hari itu! Asalnya pembentangan mahu dibuat di dewan solat bawah di mana alatan projektor sudah sedia menjadi sebahagian daripada barangan pentas hadapan. Tetapi ada kursus haji berlangsung di situ. Acara pun dialihkan ke dewan solat utama di mana projektor dan alat paparan harus dibawa naik ke atas lalu dipasang.

Nasib baik Allah memberikan saya gerak spontan untuk bercakap apa yang patut demi memperkenalkan sebuah siri buku yang ditulis tahun 2006-2007. Walaupun sebelum acara ada sejumlah hadirin menyatakan sudah membaca buku-buku saya malah sentiasa mengikuti perkembangan dan penulisan di blogspot ini, pembentangan dibuat dengan beranggapan tulisan saya tidak pernah dilihat atau diketahui langsung oleh para hadirin. Dalam keadaan inilah saya bercerita panjang lebar tentang perjalanan sebenar hidup yang membawa kepada penulisan siri novel "Berpetualang ke Aceh"...

Jika saya tahu program Harum 2012 bermula dengan muzakarah awal di Aceh 2010 dan muzakarah itu pula tercetus akibat pertemuan dan perkongsian rasa antara ulamak Terengganu berketurunan Tok Pulau Manis dengan Sheikh Amran Waly yang berasal dari satu kawasan di Aceh Barat tidak jauh daripada tempat asal Sheikh Abdul Rauf di Singkel, tentu saya akan mengambil pendekatan yang berbeza. Setelah mendapat tahu hal sebenar di sebalik pengendalian majlis baru terbetik di fikiran kenapa novel ketiga "Berpetualang ke Aceh" disebut pengacara sebagai buku yang akan dibentangkan oleh saya, tidak buku-buku sebelumnya! Ini kerana dalam buku yang memilik tajuk kecil "Sirih pulang ke gagang?" itulah saya ada bercerita panjang lebar tentang Tok Pulau Manis dan kaitannya dengan Aceh. Lihat artikel lama Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17... . Dengan ini biar artikel ditamatkan dengan beberapa perenggan ayat yang tertulis dalam risalah photostat yang diberikan kepada saya oleh orang tertentu ketika pertama kali sampai ke makam Tok Pulau Manis 9 tahun lalu...


Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi.
Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh. Dan kami bermohon bergantung padaMu dan berwasilah kepada Rasulullah SAW kepadaMu. Adapun kemudian daripada itu, kami berlindung kepadaMu Ya Allah akan pena yang derhaka dan pendustaan dan mengada-adakan sesuatu daripada sesuatu untuk maksud sesuatu.
Kami mohon ditonton oleh umat akan kehadiran keturunan Rasulullah SAW yang disebutkan menjadi khalifah ke seluruh dunia dan setelah gagal dibatalkan oleh Bani Umaiyah dan kaum-kaum Wahabi dan kaum-kaum Ahli Kitab Al-Fasik, Yahudi dan Nasrani dan kaum-kaum derhaka dan ahli siasat dan ahli muslihat…


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,gembira rasa dapat melihat saudara dari jauh.semoga saudara berjaya dan diredhai allah.saya ada beli buku saudara.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Semoga saudara mendapat faedah dari buku-buku itu... :]

anak beringin berkata...

assalamualaikum tuan MS..

harap2 dapat berjumpa nanti..

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Insyaallah...