Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Ogos 09, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Jejak keluarga Tok Pulau Manis

Hmm. Dah dekat 2 minggu tergantung cerita siri ni. Maka bersambunglah terus dari artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Mencari tamadun awal Terengganu?.


Pada hujung artikel lalu telah disebut bahawa kami singgah di satu tempat di tepian jalan raya utama Kuala Terengganu-Kuala Berang untuk mencari seorang kenalan. Ternyata dia tiada di rumah. Kami pun berpatah balik menghala ke KT.


Tetapi kami bukan mahu kembali ke KT sebaliknya mahu mengambil satu simpang, simpang yang kalau dari arah KT ke KB (Kuala Berang, bukan Kota Bahru ya) memerlukan kami membuat u-turn untuk masuk.

Oh. Saya tidak ingat jika pernah menyebut sejak perjalanan Pantai Timur ini bermula Hari Krismas iaitu 25 Disember 2010, anak kecil kami Al-Rasyid yang ketika itu berumur setahun dua bulan akan membuat gaya orang melaungkan azan setiap kali ternampak mana-mana masjid. Pada hari kesembilan perjalanan baru saya merekodkan gelagatnya iaitu apabila menghampiri sebuah masjid sebelum sampai ke jalanraya KT-KB. Videonya sudah diletakkan dalam Youtube sekian lama untuk dipersembahkan dalam artikel lalu tetapi terlupa. Maka biar diletakkan di sini ya...











Tidak lama kemudian kami pun sampai ke Kampung Tasek lalu singgah di masjidnya. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Tasek, Terengganu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Di hadapannya ada sesuatu yang istimewa...


Ada makam Tok Tasek, seorang cucu kepada wali Allah terkenal di Terengganu abad ke 17-18 iaitu Tok Pulau Manis.


Malah satu kawasan dikhaskan untuk anak cucu keturunan Tok Pulau Manis sahaja.


Siap ada carta salasilahnya...


Makam Tok Tasek. Al-Fatihah. Lihat Makam (Tomb of) Tok Tasek.


Perjalanan diteruskan semakin ke pendalaman.


Sudah nampak ke mana?





Nampaknya kawasan di hadapan ini telah dibersihkan dari pokok-pokok sehingga kelihatan masjid dengan terang. Lihat Masjid (Mosque of) Pulau Manis, Serada.


Saya turut mengambil sedikit masa untuk turun melihat Sungai Terengganu dari sebelah sini. Lihat artikel Terengganu river from Kampung Pulau Manis di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kemudian baru menziarahi makam Tok Pulau Manis.


Al-Fatihah untuk baginda (ya, baginda sebenarnya). Ini adalah kali pertama Rasyid dibawa menziarahi. Sebelum itu kami pernah sampai bulan Ramadhan tahun 2009, sebulan selepas membuat perjalanan ke Aceh di mana kami suami isteri pertama kali dapat menziarahi makam Sultan Malikus Salih. Di Aceh isteri sedang 6 bulan mengandungkan Rasyid, di makam Tok Pulau Manis pula 7 bulan. Lihat Bringing the baby to the tomb of Tok Pulau Manis.


Perjalanan diteruskan menghala ke selatan.


Hujan turun lebat.


Tak lama kemudian sampai ke bandar Kuala Berang.



Seberang Sungai Terengganu.


Masuk ke Kampung Temir.


Kami mahu mencari seorang hamba Allah yang pernah saya temui kira-kira 7 tahun lalu, orang yang pernah membuat satu risalah kecil photostat tentang keistimewaan nasab Tok Pulau Manis dan kaitannya dengan satu tokoh besar bernama Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu 1303 Masihi. Kata-kata pembukaan dalam risalah itu ada disisipkan dalam buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" yang terbit November 2007... dalam bab bertajuk "Tok Pulau Manis, Batu Bersurat Terengganu dan beberapa warisan Aceh". Biar dicopy and paste...


Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi.

Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh. Dan kami bermohon bergantung padaMu dan berwasilah kepada Rasulullah SAW kepadaMu. Adapun kemudian daripada itu, kami berlindung kepadaMu Ya Allah akan pena yang derhaka dan pendustaan dan mengada-adakan sesuatu daripada sesuatu untuk maksud sesuatu.

Kami mohon ditonton oleh umat akan kehadiran keturunan Rasulullah SAW yang disebutkan menjadi khalifah ke seluruh dunia dan setelah gagal dibatalkan oleh Bani Umaiyah dan kaum-kaum Wahabi dan kaum-kaum Ahli Kitab Al-Fasik, Yahudi dan Nasrani dan kaum-kaum derhaka dan ahli siasat dan ahli muslihat…





Namun saya tidak ingat di manakah rumahnya, rumah yang pernah saya jejaki dan tumpang mandi 7 tahun lalu. Malah orangnya pun seperti tidak wujud lagi. Seorang kenalan kami di Kota Bahru, Cikgu Najib pernah melihat risalah yang sama lalu cuba menghubunginya melalui nombor telefon yang tertera tetapi tak dapat. Lalu beliau yang bekerja di Istana Kelantan pun meminta pihak polis mencarinya tetapi menurut ceritanya orangnya seperti tidak pernah wujud! Hmm...

Apapun dipendekkan cerita kami beralih ke satu bahagian di lain berdekatan Sungai Terengganu. Sambil Cikgu Shukri dan Ariffuddin menunggu di lereng saya dan isteri membawa anak memanjat bukit dalam hujan renyai-renyai.


Kami menziarahi makam satu watak misteri penting yang memiliki peranan besar dalam peristiwa akhir zaman, insyaallah!


Salam dan Al-Fatihah untukmu wahai Khalifah Sharif. Saksikanlah bahawa kewujudanmu dan keturunanmu yang gagal dibatalkan oleh golongan jahat dan fasik kini telah diketahui ramai lalu turut diintai agen-agen jahat CIA, Mossad, Illuminati dan Yahudi Zionis yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenal pasti dan menghapuskan zuriatmu yang akan membawa Panji-panji Hitam kebangkitan sebenar Islam dari arah Timur tetapi tak dapat... lantaran terlalu ramai pihak yang membuat pengakuan sebagai ketua pejuang apabila dibukakan baru sedikit sahaja hal-hal kebatinan lalu menjadi hikmah kudrat dan iradat Allah dalam menyembunyikan sesuatu yang nyata dalam terang...


Selepas itu kami melihat masjid lama di Kampung Buluh.




Ternyata ia sudah rosak teruk... teringat suatu masa dahulu dibawa berehat di sini oleh seorang ahli kerabat diraja Terengganu yang berkerabat dekat dengan wali Allah abad ke 19 iaitu Tokku Paloh. Orangnya pelik namun dianggap keramat hidup oleh sesetengah orang. Kalau di kampung-kampung orang akan berpatik bertuanku dengannya, siap mengangkat sembah sebelum berkumpul mengadukan masalah...


Kini sudah ada masjid baru menggantikan tumpuan. Oh, di sini kami berpisah arah dengan Cikgu Shukri dan Ariffuddin yang mahu kembali ke Kuala Terengganu. Lihat Masjid baru (New mosque of) Kampung Buluh, Kuala Berang.




Seterusnya kami singgah di masjid jamek Kuala Berang. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Kuala Berang.




Perjalanan pun diteruskan lebih ke selatan.




Kalau ikut rancangan asal saya mahu ke bandar Dungun untuk menziarahi makam seorang Sultan Siak dan mengambil gambar sekitar Sungai Dungun. Tapi sampai di papan tanda ni pun dah jam 7 petang. Nak ke sana perlu mengambil jalan pesisiran pantai yang tidak selancar jalan utama pendalaman. Sampai dah tentu lewat, kalau setakat nak ambil gambar dalam gelap baik tak payah...


Saya pun mengambil keputusan untuk terus mengikut jalan utama pendalaman yang melalui Bandar Muktafi Billah. Singgah bersolat di masjidnya... lihat Masjid (Mosque of) Sultan Mahmud, Bandar Muktafi Billah.


Tu dia, Rasyid kepenatan. Ketika ini hampir 9:30, hampir ke sempadan negeri Pahang baru kami makan malam. Sempena dua jam setengah lagi kita akan berpuasa (ayat ini ditulis hampir jam 5 petang) biar disajikan satu klip video 'pembuka selera' hehe. Dengan ini tamatlah penceritaan hari ke-9 perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat 7 bulan lalu...









7 ulasan:

Ahmad berkata...

Salam saudara..

Posting ini membuka sedikit sebanyak pertanyaan kepada diri saya sendiri yang selama ini hanya bermain di benak saya.

Saya pernah menjejak kaki ke tanah usul di Jenagor itu mereka di situ dan mempercayai bahaya Khalifah Syarif Muhammad Al-Baghdadi itu masih lagi hidup tetapi ghaib..

Apa pendapat saudara tentang perkara ini?

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Memang benar Khalifah Syarif masih hidup dan ghaib tetapi bukanlah seperti disebut sesetengah orang. Tidaklah baginda itu akan masuk ke dalam badan orang lain... yang buat kerja macam tu cuma jin yang menyamar jua. Dan tidaklah baginda menjelma kembali menjadi ustaz tertentu. Itu cuma sangka2 mereka yang ada hati mencari pengaruh besar dan mahu memegang kuasa.


Sesungguhnya hidup dan ghaibnya orang seperti Khalifah Syarif adalah ibarat kata-kata dalam ayat Al-Quran : Kamu ingat mereka yang mati syahid itu sudah tiada bahkan mereka HIDUP menerima rezeki di sisi Allah...

Sharif Shamsuddin al-Hasani berkata...

Salam sekali lagi. Almarhum Tuan Tasik @ Sharif Abdul Malik kalau berjalan atas usungan kata orang Terengganu. Ayahanda assham. Pemegang ahli silsilah sheikh abdul malik (assham). Teruskan perjuangan. Kalau ada masa pegi jumpa mbah Abdullah Qasim di Ceribon dan Kiyai Ariffin di Surabaya.

Ahmad berkata...

Terima kasih atas respon saudara.

Saya faham maksud saudara bahawa sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan dengan mengaku jelmaan kembali Khalifah Muhammad seperti yang didakwa pihak mereka.. Tiadalah hamba mempunyai secebis pon pengetahuan tentang ini kerana yang ghaib adalah milik Allah s.w.t semata..

Semoga kebangkitan akhir zaman yang dirintis Khalifah Muhammad Al-Kamil lama dahulu akan bangkit kembali di akhir zaman ini bersama baginda.. Insya Allah!

Tanpa Nama berkata...

salam...
tuan pernah sampai ke kg saya rupanya....nak tanya sikit... rumah dalam gambar selepas gambar papantanda kg temir tu terletak di kg temir jugak ke?....kalau ye rumah sapa ek..jenuh saya mikir...mcm bukan kt kg temir je..?
lagi satu berkenaan hamba Allah yg tuan jumpa 7 tahun dulu tu, juga berasal dari kg temir ke? kalau ye...boleh saya tau namanya...manalah tau saya kenal orangnya..

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Rumah kedai selepas gambar papantanda tu memang di Kampung Temir. Hamba Allah yang disebut tu memang asal dan ada rumah di Temir tapi saya tak ingat namanya. Risalah yang saya dapat di mana tertera nama orang itu dengan nombor telefon (yang cuba dihubungi Cikgu Najib tapi tak dapat) pun letak entah di mana. Tak jumpa...

Tanpa Nama berkata...

Dimana tempat yang sebenar makam sharif albaghdadi,ingin melawat-Lah..

Thanks